...Assalammualaikum...
Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Aidiladha ni disambut sederhana oleh keluarga aku. Cara kami menyambutnya adalah dengan menyediakan juadah istimewa buat santapan pada hari raya. Barulah terasa serba sedikit hari raya tu. Betul tak???
Juadah yang betul-betul istimewa buat keluarga aku adalah LAKSA. Laksa ni adalah makanan tradisi dan kegemaran semua ahli keluarga aku. Setiap keluarga baru yang masuk dalam ahli keluarga aku mesti belajar makan laksa ni. Laksa ni bukan sepopular laksa johor ataupun penang walaupun keseluruhan keluarga aku adalah jati Johor.
Laksa yang duk aku kecohkan dalam entry kali ini adalah Laksa Tepung. Pelikkan? Menurut kisah datuk nenek moyang aku dulu, laksa yang menjadi kegemaran turun temurun ini adalah berasal dari terengganu. Ataupun di panggil Laksa Terengganu ataupun Kelantan . Selera pantai timur keluarga aku ni.Bagi kebanyakkan orang mesti pelik sebab aku orang Johor tapi pandai makan makanan Terengganu.
Ini adalah laksa turun temurun yang menjadi pujaan keluarga aku.
Hidangan laksa yang menjadi kegemaran keluarga di Aidiladha.
Bagi yang tak tahu, ni aku nak share serba sedikit tentang laksa yang menjadi kegemaran keluarga aku.
1. Mee Laksa : Sedapnya mee laksa ini adalah handmade dari nenek saudara aku. Mee laksa di uli dengan menggunakan tepung gandum dan air sahaja dan menjadi adunan seperti buat roti. Lepas tu, adunan tu di masukkan ke dalam acuan membuat mee yang dipanggil kebuk. Nak tunjukkan kebuk tu macam mana pun aku tak tahu. Tak ada gambarnya. Mee tersebut di rebus sehingga di yakini masak. Lepas tu boleh lah di angkat dan sedia untuk makan.
2. Kuah Laksa : Kuah ni menggunakan santan kelapa yang diperah. Fresh ok. Dari pokok lagi. Aku yang kait. Bab perah tu mak aku. Kuah tu di campur degan ikan selayang yang dah di asingkan tulang serta di kisar. Lepas tu, santan yang dicampur dengan ikan selayang yang dah dikisar tu hendaklah dipanaskan di atas dapur. Tak kan panaskan dalam peti sejuk pulak kan?
3. Ulam : Tak kisah lah ulam apa yang nak di letakkan. Macam mak aku hanya letak timun dengan kobis. Kalau nak letak petai pun boleh. Asal minat.
4. Sambal : Sambal yang digunakan ini adalah dengan menggunakan lada kering yang telah dikisar sehingga halus. Dalam sambal kisar tu mestilah ada bawang dan sebagainya.
5. Asam limau : Limau yang digunakan ialah limau yang selalu di buat sambal belacan. Lemon tak pernah lagi aku nampak orang guna. Kalau nak cuba boleh lah.
6. Belacan : Sebagai penambah perasa. Kalau aku memang suka letak banyak-banyak. Orang melayu jati lah katakan.
7. Garam : Ia diperlukan sebab dalam kuah semua tidak dimasukkan garam. Tapi, jika garam dah dimasukkan dalam kuah tu, garam ni pun tak lah diperlukan sangat. Tapi, bagi yang suka masin tu boleh lah letak sampai satu bungkus garam. Tapi, kalau kena darah tinggi tu sendiri kena ingatlah. Jangan lah salahkan aku pulak sebab ajar korang makan macam tu.
Cara Makan
Ambil pinggan. Lepas tu masukkan semua bahan diatas ke dalam pinggan. Setelah itu, ramaslah laksa dengan menggunakan tangan sehingga dia menjadi rata. Biar rasa masin, masam tu sebati. Kalau nak guna sudu pun boleh. Tapi, tradisi keluarga aku makan laksa ni dengan menggunakan tangan kanan. Terasa kepuasannya. Paling best bila kuah tu meleleh sampai ke siku. Lepas tu jilat. Tapi, cara gini agak selekeh lah. Jangan fikir aku buat macam ni pulak. Aku tak buat pun. Masa kecik-kecik dulu adalah berlaku macam ni. Hehe. Lepas dah gaul tu, buka mulut dan masukkan laksa tersebut ke dalamnya. Sedapnya bukan ke main. Nikmatilah dengan penuh minat. Bukan paksaan.
Tahun ni beraya haji memang seronok sebab rumah aku menjadi tempat kunjugan saudara mara sebab adanya laksa. Habis laksa ni dikerjakan. 5 kilo laksa bersama 5 biji kelapa untuk kuah. Habis!
Sebenarnya dah lama jugak aku dan keluarga aku tak makan makanan tradisi kami ni. Time perayaan dengan function je dapat melantak laksa ni.
Agak-agaknya, bilalah aku akan dapat melantak laksa ni lagi ek???
...Sekian, Wassalam...
...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...
notaFO : cuti tak macam cuti. Naik cuti ni kena exam. Masa cuti ni jugak ada assignment. Apalah makna cuti ni semua?
woo. xpernah lg mkn laksa tepung. selalu laksa tu beli je.
ReplyDeletekuah sama mcm mak ciksu buat.suka letak santan.
ReplyDeleteciksu panggil KUAH LEMAK ;)
jauh benor nk pergi bukit gambang.. ;)