Thursday, October 11, 2012

Lawak, Tragis, Trauma Kerana Seekor Anjing Hitam


...Assalammualaikum...

Kali ini aku nak cerita pengalaman aku dan kami semua pada malam ini. Cerita santai yang boleh buat gelak-gelak dan jugak pengalaman aku yang aku rasa pertama kali aku rasai beramai-ramai.

Kisah bermula...

Malam 10 Oktober 2012, kami seramai 45 orang pelajar yang terdiri dari pelajar Bioteknologi Tumbuhan dan Mikrobiologi telah menghadap pensyarah wanita dari jam 8 hingga 10 malam. Sebabnya kelas tu adalah kelas gantian buat kursus Pengekspresan Gene.

Tingtong. Pukul 10 malam. Mata yang mengantuk mula mencerah dengan tetiba. Sebabnya kelas selama 2 jam dah pun berakhir. Jadi, dengan gembira rianya kami semua keluar dari dewan kuliah DKG129BB. Dengan harapan dapat balik ke kolej dengan riang gembiranya.

Tiba-tiba, aku terdengar sayup-sayup suara gadis-gadis menjerit. Aku pelik. Tapi, secara rialitinya mereka ni memang suka jerit-jerit. Masa tu, aku masih dalam dewan kuliah. Dengan pantas kilat seperti superman aku pun keluar dan menjengah. Dengan niat untuk menyelamatkan mereka. 

Dengan sekali jengahan, aku nampak gadis-gadis itu menjerit, terhimpit, tersepit di pintu. Riak muka mereka masa tu, takut, trauma, cuak, gelak, gembira. Pelikkan? Tapi itulah realitinya. Nampak gaya untuk melarikan diri. Aku tercengang. Bisu 1000 bahasa. Kenapa? Apa yang berlaku? Dengan pantasnya, aku pun turut lari. Ye! Untuk mengelakkan dari bahaya. Memang pantas lah aku lari, walaupun aku tak tahu apa benda yang mereka semua takutkan.

Ada ular ke? Kalau betul memang pantas dan tangkasnya diorang berlari macam tak cukup tanah. Aku pun lari sebabnya aku geli dengan ular ni.

Rupa-rupanya anjing hitam telah terlepas masuk dalam bangunan biologi. Ini kes tak jumpa jalan keluar lah tu. Tak pun nak berteduh dalam bangunan biologi. Ye lah, kan kat UKM hujan mencurah-curah. Memang pantaslah anjing tu masuk dalam bangunan tu.

Dalam keriuhan yang melanda, datanglah seorang hero yang gagah perkasa untuk menyelamatkan kami dari anjing hitam tu. Dengan kekuatan mental dan fizikalnya dia telah mengambil sebatang payung lalu mengejar dan mengetuk-ngetuk dengan menggunakan payung tu.

Kami pun bangga dapat hero yang baik hati untuk menyelamatkan kami dari anjing itu. Setelah hero tu kejar dan mengetuk-ngetuk menggunakan payung tu, hasilnya payung tu jadi patah riuk. Tapi, anjing tu masih tak melarikan diri akibat dari hasil ketukan itu.

Nak tahu sebab apa? Sebabnya Hero itu mengetuk lantai bukan anjing!!! Patutlah anjing tu tak lari. Baru nak kagum. Terus tak jadi. Anjing tak lari, payung pulak yang patah. Kesian pemilik payung yang patah tu. Dah lah trauma dengan anjing, payung pulak patah riuk. Bertambah-tambah trauma.

Dalam keriuhan semasa melarikan diri tadi, macam-macam barang tercicir. Selipar tercabutlah, payung tercicirlah. Tak pasal-pasal keluarlah gelaran Cinderella Pukul 10. Sebabnya selipar gadis tu telah tercicir umpama cinderella melarikan diri dari putera raja. Tapi, yang ini cinderella ni melarikan diri dari anjing hitam.

Memang lawak kisah kami beramai-ramai. Paling best tu, dengan pensyarah pun berlari-lari dan sama-sama tersepit dan terhimpit. Masa tu, aku nampak dah macam rusuhan melanda.

Akhirnya, kami balik ke kolej dengan perasaan bercampur baur. Takut. Trauma. Geli hati ( sebab perkara yang tak pernah buat pun boleh terjadi, sebagai contoh ada budah perempuan sanggup nak panjat pintui grill besi ).

Inilah yang menjadi kenangan di UKM buat kami semua.

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

notaFO : Sampai sekarang aku duk tergelak sebab geli hati punya pasal.

2 comments:

  1. hihihi..
    lawak..
    nasib baik la anjing tu tak mengganas kan..
    anjing jenis yang baik..
    dia hanya menumpang teduh je..=p
    cik payung tu, mestilah taknak pukul guna payung...
    hahaha....

    ReplyDelete
  2. memang trajik crita ni

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...