Wednesday, September 26, 2012

Wordless Wednesday : Keputusan Pilihan Raya Kampus 2012

...Assalamualaikum...


Sumber : Kosmo 26 September 2012

...Sekian, Wassalam...

notaFO : Hanya UKM di tawan Pro-M. Ada masa aku cerita pengalaman aku mengundi di UKM.


Sunday, September 23, 2012

Tampil Cantik Dengan Minum Air

...Assalamualaikum...

Air memang amat penting buat kita. Dengan air kita boleh jadi cergas kerana dia menjadi salah satu sumber tenaga kepada kita. Seperti kereta, kerata perlukan minyak untuk bergerak. Jika tiada minyak tak boleh berfungsilah kereta tu. Jadi, air juga dijadikan seperti minyak untuk badan kita untuk bergerak. Sebab tu ada orang boleh hidup bertahun-tahun dengan hanya minum air.

Tapi, entry kali ni bukan untuk cerita pasal kereta, minyak ataupun yang berkitan dengannya. Ini cerita lain.




Semasa dalam kelas Fisiologi Tumbuhan pensyarah aku ada beri Tips Untuk Menjaga Kecantikan serta Untuk Mengempiskan Perut supaya tak buncit.

: Caranya adalah:

Setelah bangun pagi, sebelum menggosok gigi hendaklah minum air sebanyak 2 cawan. Kemudian, tarik nafas dalam-dalam melalui hhidung. Selepas itu, hembus nafas melalui mulut. Ulang tarik hembus nafas ni sebanyak 5 kali.

: Hasilnya :

Muka akan kelihatan cantik dan awet muda. Lagi satu, perut boleh kempis tanpa buncit ke depan. Mesti menawan dengan cara ni sebab cara ini adalah cara semula jadi.

Berharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua orang. Apa-apa pun kita usaha dulu. Hasilnya kita berserah. Tak salah kan untuk mencuba?

...Sekian, Terima Kasih...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

Wednesday, September 19, 2012

Sikap Peniaga Melayu!

...Assalammualaikum...

Cerita yang akan aku ceritakan ini adalah hasil dari pengalaman Abah aku. Abah bercerita pada isteri dan 4 orang anaknya. Cerita ini bukan untuk menjatuhkan sesiapa tapi untuk pengajaran buat kita semua. Ceritanya bermula...

*****

Pada malam itu, Abah pergi ke sebuah gerai makan yang terletak berhampiran masjid di bandar Kota Tinggi. Abah memang selalu makan kat situ. Sebabnya makanan di situ halal dan sedap. Kira berbaloi lah. Yang penting Melayu. Nak sokong ekonomi orang Melayu.

Masa tu Abah sorang-sorang je. Tiada teman mahupun family.

Abah dengan keadaan kelaparan terus duduk. Bila dah dapat tempat duduk yang selesa Abah pun memanggil pelayan. Pelayan tu lelaki.

Pelayan Lelaki : Ye, nak minum apa?
Abah : Saya nak Teh tarik satu.

Lepas ambil order air, pelayan lelaki tu pun nak pergi ke dapur. Then, Abah panggil dan melarang.

Abah : Nantilah kejap, Saya belum habis order lagi ni.
Pelayan : Ye, nak order apa?
Abah : Bagi saya nasi goreng kampung.

Lepas tu, dia terus menuju ke dapur untuk bagi order Abah pada tukang masak. Tak sampai 15minit order tu pun sampai. Abah pun makanlah dengan berseleranya. Sebelum makanan tu habis Abah adalah minta air suam pada pelayan kat kedai makan tu. Nak tahu apa dia kata?

Awak pergi ambil sendiri kat dapur,boleh tak?. Saya banyak kerja ni!

Menyirap darah merah Abah ni. Lepas tu, Abah makan cepat-cepat. Kemudian, Abah panggil pelayan tu untuk kira makanan. Pelayan tu dengan riang gembiranya datang untuk mengambil hasil jualan dari Abah.

Sebelum Abah bayar, Abah siap warning pada pelayan di situ. "Kalau macam inilah cara layanan awak, nampak gayanya inilah kali terakhir saya datang ke sini. Bukan setakat saya je, orang lain pun akan buat perkara yang sama kalau cara layanan awak macam ni."

Abah melangkah keluar dari kedai makan tu dengan perasaan tak puas hati tetapi masih bersabar.

*****

Gambar hiasan semata-mata. Tiada kaitan dengan kedai makan yang aku cerita seperti diatas. Ini adalah ihsan Pak Google.


Melalui kisah ini, bukan niat aku nak memburukkan peniaga Melayu. Aku teramatlah sokong peniaga Melayu. Sebagai tanda sokongannya adalah aku pergi membeli belah di kedai mereka. 

Kejadian ini mungkin berlaku pada sebahagian peniaga Melayu. Tak semua. Mungkin ini berlaku pada peniaga yang nak keuntungan semata-mata. Bukan nak menjaga hati pelanggan pun. 

Kita kalau nak berniaga, hati pelangganlah kena jaga. Tiada pelanggan, tiadalah peniaga.

Cuba kita lihat pada kebanyakkan peniaga cina. Bagus kan. Pandai jaga hati pelanggan. Tak pernah kecewa dengan service yang ditawarkan oleh mereka. Memang aku puji sikap peniagan cina yang pandai menjaga hati pelanggan. Tip Top! Dengan layanan dan service yang bagus, memang tak seriklah kita akan ke tempat mereka berkali-kali. Betul tak?

Aku tahu masih ramai peniaga melayu yang pandai jaga hati pelanggan tapi masih bertambah ramai juga peniaga melayu yang tak menjaga hati pelanggan langsung. Semuanya demi keuntungan semata-mata.

Memang betul, kita berniaga semua nak untung. Adalah bodoh jika kita berniaga semakin rugi. Tapi, biarlah keuntungan kita tu dibina dengan menjaga hati pelanggan supaya kita ada pelanggan yang setia pada peniaga.

Jadikanlah apa yang aku sampaikan ini berguna untuk anda semua. Jadilah yang terbaik.

Agak-agaknya, setelah Abah aku warning macam tu pada peniaga tu, apa yang dia rasa?

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

Monday, September 17, 2012

Sibuk

...Assalammualaikum...

Semua sedia maklum yang aku baru sahaja memulakan kembali perjuangan di UKM. Minggu pertama sahaja dah sibuk dengan mengemas kini jadual. Sibuk juga nak mengembalikan mood belajar yang dah 2 bulan lebih di tinggalkan.

Gelombang sibuk akan terus melanda diri aku dan juga rakan seperjuangan yang lain. Tak kira lah di UKM mahupun di Universiti lain.

Ini masih belum terima apa-apa assignment mahupun masuk makmal. Tapi, bila dah masuk, tak boleh nak jawab lah bagaimana kesibukannya. Ni baru bidang Bioteknologi Tumbuhan. Kalau bidang perubatan. Lagilah sibuk. Hanya mereka yang mengalaminya mengetahui.

Dah masuk tahun kedua aku di UKM. Rasanya aku dah boleh nak arrange yang mana patut dan yang mana tak patut. Supaya hidup ni lebih teratur dan terancang.

Antara perkara yang tak seberapa nak patut adalah Facebook, twitter dan juga blog. Kena tinggalkan sementara waktu. Dahulukan yang perlu. Bila ada masa lapang barulah mengadap benda ni lama-lama.

Tapi kan sekarang ni facebook memang penting. Nak atau tak kena juga buka selalu. Kat situ macam-macam hebahan maklumat dapat. Kalau tak, memang ketinggalan lah kita. Sedangkan assignment pun ada di bagitahu kat Facebook.

Hish! Dah melalut jauh ni. Ok, kembali semula. Cuma aku nak bagitahu ni, bila aku dah masuk fasa kesibukan mungkin jaranglah untuk aku berblogwalking. Kalau update blog tu mungkin tapi tak selalu. Bila ada idea barulah nak menulis dan bercerita di sini.

Pesanan aku ialah : walau sesibuk manapun kita ni, jangan lupa pada ALLAH. Sentiasa bersujud padaNya. Ingat pada-Nya. Kerana Dia lah kita boleh hidup di dunia ni. Lagi satu walau sesibuk manapun kita, sentiasalah kita ingat dan bertanya khabar pada ibubapa kita. Redha kita terletak pada Redha ibubapa.

Sebelum aku melabuhkan tirai Sibuk aku ni, aku bagi cuci mata dengan jadual aku semester ini.


Aku ambil 22 jam kredit sebanyak 8 kursus.

nota FO: Fasa sibuk belum mula lagi. Mungkin 2 atau 3 minggu lagi mulalah ia.

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

Wednesday, September 12, 2012

Apa Tujuan Sebenar Menuntut Ilmu?

...Assalammualaikum...

Sementara masa masih belum dihujani dengan study, lab report, kelas yang banyak, kuiz, exam serta assingnment adalah perlu untuk aku update blog aku ni. Nanti bila dah terlalu dan teramatlah busy sampai facebook pun tak sempat nak buka.

Perkongsian yang menarik hari ni. Dan patut di bahas serta di beri perhatian serta pandangan sesama kita. Sumber yang aku dapat melalui laman MukaBuku.

"UPSR menentukan kamu pergi sekolah mana"
"PMR menentukan aliran mana yang akan kamu akan ambil"
"SPM menentukan institusi mana yang bakal menerima kamu"
"FINAL EXAM DI UNIVERSITI setiap semester pula akan menentukan berapa lama kamu akan bertahan di universiti"

Bila fikir-fikir dengan akal yang waras, memang betul pun apa yang dikatakan. Tapi, bila baca ayat seterusnya aku agak kurang setuju. Ayatnya adalah :

"...dan hakikatnya, sekeping sijil tidak menentukan anda kerja di mana-mana..."

Apa pandangan korang tentang frasa ayat di atas? *cewah! bahasa bukan main gah.



Sebelum anda-anda semua bagi pendapat yang bernas, biar aku dulu yang keluarkan bahas dan hujah aku.

Dengan akal yang waras serta dimulakan dengan bismillah, aku memulakannya.

Terfikir tak apa sebenarnya tujuan kita belajar? Nak kerja yang hebat? Nak gaji yang besar? Nak menuntut ilmu? Mencari redha Illahi? Ataupun sebab parents yang suruh?

Kalau aku tanya seoranmg demi seorang mesti ada yang bagi kesemua jawapan di atas.

Terus terang aku cakap, kita ni sebagai orang yang berpegang pada agama memang wajib menuntut ilmu. Tak kisah lah ilmu apa yang penting ilmu tu mendatangkan manfaat yang baik kepada kita. Bukan ilmu hitam ataupun ilmu sihir. Itu menenpah neraka namanya.


Betulkanlah niat anda. Niat yang sepatutnya anda buat bila anda dapat tawaran sambung belajar adalah kerana ALLAH dan untuk mencari Redha-Nya. Bila niat kita ikhlas kerana Allah pasti kejayaan itu akan milik kita. Sikali gus kita akan dapat gaji yang besar serta kerja yang hebat. Kita kena ingat rezeki itu ALLAH yang beri. Bukan makhluk lain yang bagi.

Kalau kita niat hanya untuk dapat gaji yang besar ataupun kerja yang hebat, mungkin kita akan dapat. Tapi adakah kita akan gembira dengan kerja kita? Bila niat kita dah lain, hasil yang kita dapat pun tak bagus. Kurang kualiti!

So, ubahlah niat anda bila anda buat apa-apa pekerjaan. Biarlah niat utama kita kerana Allah.

Aku bagi ni bukan hanya untuk korang tapi untuk aku juga. Maklumlah, manusia ni sering sahaja lupa. Masa aku tengah ungat ni patutlah aku ingatkan sekali termasuklah diri aku sendiri.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

Tuesday, September 11, 2012

Teruskan Sisa Perjuangan

...Assalammualaikum...

Sem 1 tahun 2, baru je bermula. Semangat di awal sem memang berkobar-kobar. Harap terus istiqomah sampai ke tahun akhir. Insya Allah.

Kisah bermula pukul 12 pagi buta 9 September 2012. Aku naik bas dari Kota Tinggi menuju ke TBS. Pukul 4 pagi dah sampai TBS. Tunggu sampai pukul 6.50 baru dapat naik KTM menuju ke UKM. Sampai kat stesen KTM UKM terus naik bas ke KKM. Sampai kat kolej pukul 7.40 pagi. Tak boleh masuk bilik lagi, sebab kunci tak ada. Kena tunggu lagi sampai pukul 9 pagi. Pukul 9.30 baru dapat masuk bilik. Aktiviti pagi tu hanya menunggu dan terus menunggu. Siapa yang tak tahan sabar memang pecah lah kepala.

Dapat kunci terus je masuk ke Blok 8-6**. Bilik aras 6. Paling atas sekali. Kawan aku cakap bilik ni ekskusif macam panhouse. Memang best pun bilik ni. Terasa keamanannya.


Inilah bilik baru aku. Bilik single. No more room mate! Situasi ni sejurus aku masuk ke dalam bilik. Tu nampak hodoh. Belum berkemas lagi.


Kali ni aku duduk single. No roomate tapi bilik ni sentiasa terbuka untuk sesiapa yang nak datang. Buat masa sekarang ni memang ramai lah buat lawatan ke bilik aku. Al-maklumlah masih dalam mood raya.

Ok. Stop cerita pasal bilik.

Pengalaman sebagai senior. Memang tak tergambar perasaan ni saat para junior panggil aku 'abang'. Sebenarnya aku tak nak orang panggil dengan title tu. Panggil nama je dah cukup. Lebih mesra. Like a friend. Kalau ada title ni rasa macam ada barrier plak. Macam nampak tua je yang panggil aku 'abang'. Haha.

Bila tengok junior ni teringat plak zaman dulu kala. Aku pun macam tu jugak. Pakai smart. Tengok kedai semua penuh. Fakulti aku yang sunyi sepi pun jadi ramai plak umat manusia. Apa nak buat? Terima je lah.

Azam tahun ni. Setelah setahun berada di alam universiti rasanya aku dah dapat adapt dengan persekitaran. Cara belajar dah dapat tangkap. Setelah aku agak kecundang dalan dua sem yang lepas, tak bermakna aku akan kalah. Masih berbaki 4 semester. So, kenalah teruskan perjuangan. Tak kan nak kalah je memanjang. Tak toleh belakang. Aku akan terus buat yang terbaik. Itu janji aku pada diri aku sendiri. *Wah! berkobar-kobar jiwa ni!

Belajarlah kerana ingin mencari Redha-Nya. Bukan kerana kerja dan gaji yang mahal. Ikhlaskan hati untuk buat kerana ALLAH. Insya Allah, dia yang memberi rezeki kepada kita. Tak kisah lah apa bidang kita pun. Yang penting kita kena berusaha.

Status blog aku? Entah lah. Tak dapat nak cakap. Tak dapat di duga. Mungkin aku akan mengalami waktu-waktu busy tahun ni. Tapi, bila ada masa dan idea, blog ni tak akan sepi. Tengok je lah nanti.

notaFO : Semangat punya pasal, sekarang ni tengah download nota. Then baca sikit-sikit. Harap berhasil. Kahkah.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...




Sunday, September 9, 2012

Pertunangan : Siti & Sukur

...Assalamualaikum...

8 September 2012. Satu majlis pertunangan telah berlangsung di rumah Mak Ndak di Bandar Petri Jaya. Aku tak ketinggalan untuk sama menyibuk. Yang bertunag tu bukan Mak Ndak tetapi sepupu aku iaitu Siti.

Nama penuh dia ialah Siti Fatimah binti Baharil. Umur 22 tahun. Tua setahun dari aku. Yang paling bestnya part ni ialah pasal nama sepupu aku ni. Family aku panggil dia Chomel. Macam nama kucing pulak. Pasal apa Chomel? Kes ni bermula sejak dia kecik lah. Alasannya - Dia comel.

Tapi, kawan-kawan dia panggil dia Siti. Then, ada family terkejut. "Siapa Siti ni?". "Siti tu comel lah". "Oh, ye ke? Nama betul comel tu Siti? Baru tahu." Ishishish. Dah 22 tahun orang tu hidup, baru tahu nama sebenar dia. Kalau dia tak bertunang sampai ke sudah tak tahu nama dia. Ni lah padah kalau guna nama panggilan tak sama dengan nama IC.

Pasal Sukur. Tak banyak aku tahu. Al-maklumlah, bakal menjadi ahli baru keluarga aku. Tunggu je lah tahun depan diorang ni nikah. Aku nak selidik bak wartawan.

Layan gambar sekitar Majlis Pertunangan Siti dan Sukur.


Ni lah sepupu aku. Tua setahun dari aku. Comel kan? haha. Masa aku nak balik dari rumah dia, dia siap cakap, "Along, kau belajar dulu, jangan nak menggatal nak kawin". Then aku balas balik, "Eleh, pandai cakap kat oarang, dia tu?". Dia tak nak kalah, " Kalau aku, haruslah nak kawin dulu".


Bersama perents dia yang tersayang. Suka lah Mak Ndak dengan Pak Lang aku ni. Bakal menerima menantu yang ke lima. Dan bakal dapat jugak lagi dua cucu.


Hantaran pinangan dari ke dua-dua belah pihak. Hantaran dari pihak lelaki, perlulah aku rasa. Nak amik berkat. 

Gambar tunang sepupu aku ni ada dalam simpanan. Saja malas nak masukkan. Nak buat suprise sikit. Tunggu je lah bulan Februari 2013 nanti. Bila mereka dah sah jadi suami isteri time tu baru boleh tengok tunang dia. Buat masa ni rahsia lagi baik.

Siti ni adalah antara 3 sepupu aku yang menanti giliran untuk bernikah. Dua sepupu yang lain akan buat majlis nikah pada Oktober 2012 dan Mac 2013. 

Sehinggakan menimbulkan nada cemburu pada Abah aku. Cemburu sebab adik beradik Abah yang lain dah dapat menantu dan cucu. Tapi, dia tak dapat lagi pun. Sabar ye Abah, lagi 5 tahun dapat lah tau. Sama ada along atau anak kembar abah tu.

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...


Saturday, September 8, 2012

Cerita Perang Dectar 2012

...Assalammualaikum...

2 hingga 7 September 2012. UKM telah mengadakan Minggu Mesra Pelajar ( MMP ). Dalam MMP ni maca-macam aktiviti bagi membiasakan dan proses mengenali Pelajar baru terhadap UKM.

Aku tak terlibat secara langsung pun dalam MMP ni. Hanya goyang kaki sambil melekatkan mata di depan laptop. Dengan alasan 'taksempatnakmohon'. Tapi, tak bermakna aku tak tahu apa-apa pasal ni. Aku ambil tahu juga. Supaya tak jadi orang yang ketinggalan zaman.

Selama 6 hari MMP berlangsung. Bermacam-macam kontroversi dan versi cerita yang melanda sepanjang MMP berlangsung. Tak sanggup nak menceritakan di sini. Boleh google untuk mengetahui apa cerita di sebalik MMP UKM. Aku sendiri pun tahu melalui pembacaan di Facebook dan blog. Nak ulas lebih-lebih takut salah. Kemudian di kecam. Kahkah.

Cuma aku nak ceritakan perihal Perang Dectar. Cerita ni pun dah aku terbitkan dalam blog ni sebagai pengalaman aku sertai Perang Dectar. Apa itu Perang Dectar?


Inilah Dectar kesayangan kami. Mostly majlis besar akan digunakan. Termasuklah exam, konvo dan juga MMP. Multi function.


Perang Dectar adalah perlawanan sorak ( cheers ) suara antara 12 kolej UKM. Perang Dectar ini telah menjadi tradisi UKM sejak zaman dahulu kala sehingga sekarang. Cuma sekarang ini baru terbitnya pembantahan akan acara kemuncak dan final untuk MMP. Kenapa? Meh sini aku bagi penerangan kenapa boleh jadi begitu. Aku ulas ni pun berdasarkan pengalaman aku sendiri.

5 Cerita di sebalik Perang Dectar yang telah aku sertai. Baca dan fahami.

Secara jujur, aku sebagai pelajar baru masa tu hanya mengikut telunjuk senior. Al-maklumlah tak tahu apa-apa. Perkara yang buruk pun nampak baik. Pada mulanya, aku nampak ianya biasa dan untuk suka-suka. Tapi, semakin lama, semakin aku nampak akan akibatnya. Lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Lebih-lebih lagi semenjak aku dah bergelar senior.

1. Semasa sesi latihan cheers, para junior masa tu di ajar cheers. Dijerit dengan kuat, tak kuat kena buat sampai kuat. Sampai sakit tekak. Dah mudaratkan kesihatan. Perkara yang boleh mudaratkan kesihatan kan tak boleh. Islam sendiri suruh kita jaga kesihatan. Pendapat lain juga, suara perempuan kan aurat. Bila dah terjerit-jerit macam tu dah terdedah. Hilang kesopanan dan kesusilaan anda.

2. Latihan cheers ini di lakukan sehingga menjelang 3-4 pagi. Bangun balik pukul 5 pagi. Siang tu pulak bermacam sesi ceramah. Dengan tak cukup rehat, ada antara pelajar baru tertidur semasa ceramah dan Pemudahcara (PC) pun marah serta caci maki. Lepas tu kata pelajar baru dah kurang ajar. Aku sendiri pun pernah tertidur sendiri semasa dengar ceramah. 

Kan bertambah banyak dosa tu. Tak kan tak faham sistem biologi manusia. Malam untuk rehat, siang untuk berkerja. Bila badan tak cukup rehat. Kualiti kerja pun berkurang. Carca marba dalam kehidupan seharian pun berlaku. 

3. Perkara yang paling aku cukup ambil serius adalah pelajar tidak di lepaskan untuk menunaikan solat. Paling tak pun melewat-lewatkan waktu solat. Tapi, tak lah sampai tinggalkan solat langsung. Semuanya pasal latihan cheers untuk Perang Dectar. Apa kes? Siapa nak jawab kalau ramai yang tak solat?

4. Cheers yang berlangsung ni bukan sekadar untuk suka-suka tapi memprovok dan mencaci maki kolej lain. Adakah ini mencerminkan sebagai seorang pelajar universiti. Bab memprovok ni lah aku tak suka. Merendah-rendahkan martabat orang lain. Adakah ini apa yang islam ajarkan? Tak pun, matapelajaran sivik ada ke suruh memprovok orang lain?

5. Ada juga segelintir umat yang telah bersikap kurang ajar semasa Perang Dectar. Ada yang sanggup membaling benda untuk mengalahkan cheers kolej lain. Boleh memudaratkan fizikal orang lain. Patut ke?

Cukuplah 5 sedutan dari pengalaman aku tentang Perang Dectar pada sesi 2011/2012. Berdasarkan pengalaman aku ni korang sendiri dapat menilai patut atau tak perang dectar ni. Masing - masing di beri akal. Fikir-fikirkan lah.

Ini aku nak bagi sedutan Perang Dectar tahun lepas. Aku sendiri ada dalam tu. Cubalah cari! Kalau jumpa tunjuk kat aku. Aku belanja eskrim satu!


Pendapat korang selepas tengok video ni?


Bermacam hujah dan debat aku baca dalam group-group facebook dan blog UKM. Tak mampu aku nak luahkan kat sini. Yang mana rajin tanyalah Pak Cik Google yang baik hati. Tak pun geledahlah group UKM. Itupun kalau dapat.

Masa aku tulis entry ni pun MMP dah pun tamat. Tapi, rentetan tentang Perang Dectar tak dengar cerita. Buruk atau baik entahlah. Apa yang berlaku. Aku pun tak tahu. Batal atau tak Perang Dectar ni pun masih menjadi persoalan aku. Nantikan je lah butir-butir kata yang keluar nanti. 

Di bawah ni aku sertakan gambar-gambar di dalam dectar. Semuanya aku ambil di dalam facebook yang telah diupload oleh mereka-mereka yang baik hati. 


Sejurus selepas acara malam seni berputik. Selepas acara inilah dikatakan bermulalah Kisah Perang Dectar. Tapi, tahun ini masih menjadi tanda tanya buat aku. Bagi sesiapa yang tahu, silalah kongsi.


Gambar melalui hadapan pentas. Kalau tak silap aku gambar ni di tangkap oleh TNC HEPA. Then diupload. Kemudian, aku pula dah mencuri untuk di letak dalam ni.
Kalau tak silap aku juga, time ni adalah hari di mana Pelajar Baru mengangkat sumpah ( Aku janji ) sebagai pelajar UKM. Dengan bersaksikan Naib Canselor UKM.


Semasa hari pertama pelajar menjejakkan kaki ke DECTAR. Muka bahagialah agaknya mereka ni. Masa aku mula-mula menjejakkan kaki ke Dectar ni pun dah merasa amat kagum. Dewan sebesar alam. Main lari-lari pun boleh.

Peringatan!
Segala apa yang aku tulis ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan aku semata-mata. Tiada kaitan antara politik kampus ataupun apa-apa. Segala curahan pendapat serta hati anda hendaklah diluahkan dalam ruangan komen di bawah. Harap maklum.

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

notaFO: Kurang 24 jam aku akan berada dirumah. Terasa sebak pula. Lagi satu, semakin banyk pula idea yang nak di curahkan dalam blog buruk ini.




Bloglist HASRULHASSAN.COM | 200 Blog Terawal Sahaja

...Assalamualaikum...

Bloglist memang penting dalam blog kita. Membuatkan kita tahu rakan blogger ada cerita sensasi yang terbaru. Begitu juga bagi pemilik blog hasrulhassan.com. Dengan itu, Hasrulhassan menawarkan kepada 200 blog untuk di masukkan dalam bloglistnya.


Sumber gambar : Errah Najwa


Aku tak nak lah lepaskan peluang. Bukan senang orang nak masukkan blog kita dalam bloglistnya. Lagi-lagi blog buruk aku ni.

Tak susah nak join. Mudah je. Nak tahu pergi lah ke Sini.

Blog Hasrulhassan ni dah lama bertapak dalam bloglist aku. Dan menjadi santapan wajib aku untuk ke blognya setiap kali ada cerita baru. Cerita yang selalu di bawa adalah tips dan teknik kita dalam dunia blogging. Sangat bermanfaat buat aku dan blogger lain juga.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

Friday, September 7, 2012

Kenapa Perlu Tonton 29 Februari?

...Assalammualaikum...

6 September 2012. 8 pagi sehingga jam 3 petang aku menghabiskan masa untuk mengambil ujian memandu ( Test JPJ ). Alhamdulillah lulus dengan cemerlang. Seminggu lagi baru lesen P keluar. Aku suka teramat sangat. Berhasil juga cuti aku ni.

Selepas aku menghabiskan masa sebanyak itu, aku menghabiskan masa pula di Jusco Ulu Tebrau denagn tujuan menonton wayang. Filem yang aku teringin sangat nak tengok ialah 29 Februari. Setelah tengok filem ni aku berpuas hati teramat sangat.



Kenapa perlu tengok 29 Februari?

1. Ini adalah filem Stereoscopic 3D pertama Malaysia.

2. Filem muzikal. Pelakon jadi penyanyi. Tak percaya?

3. CGI yang tak mengecewakan. Aku berpuas hati. Bertambah kagum ada lah.

4. Filem yang menyentuh perasaan. Bergetar-getar jugak jiwa aku ni bila tengok filem ni.

5. Boleh membuatkan menangis, tak pun air mata bergenang-genang. Kalau aku tengok sorang-sorang boleh meleleh juga.

6. Menceritakan era-era dari zaman penjajahan British ( 1896 ) sampai zaman sekarang ( 2012 )

7. Umpama kita ada dalam filem 29 Februari.

8. Semacam kita belajar sejarah negara kita ( Malaysia )

9. Dapat mengenali tempat bersejarah dan tempat menarik di Malaysia.

10. Peredaran fesyen pun kita dapat lihat dari Filem 29 Februari.

11. Filem ni ada sentimental value yang menarik.

12. Filem yang ada perpaduan kaum. Melayu, Cina dan India.

13. Merupakan kisah cinta sepanjang zaman.

14. Walaupun kisah cinta bermacam genre ada dalam filem ni. Aksi, cinta, kasih sayang, komedi, sejarah.

15. Filem KRU memang tak mengecewakan.

Inilah 15 sebab kenapa perlu tengok filem ni. Filem yang baru sahaja seminggu tayang ini masih boleh lagi anda tonton. Setelah tengok, segala plot, watak dan ceritanya akan terngiang-ngiang dalam kepala otak. Dari otak terus turun ke hati.

Memang layan tengok cerita ni. Tak rugi pun tengok filem ni. Filem yang memang patut kena tonton. Aku boleh bagi sehingga 8/10 markah.

Layan trailer filem ni



Sesiapa yang belum tengok, boleh lah pergi ke panggung wayang berhampiran anda.


...Sekian, Wassalam..


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

Thursday, September 6, 2012

Alasan - Kenapa Merokok?

...Assalamualaikum...

Tercetus di kepala otak untuk berkongsi apa yang aku dengar dan lihat oleh telinga dan biji mata aku. Ye, aku akan beri alasan yang selalu aku dengar oleh si perokok kenapa dia merokok dan susah hendak berhenti?

Kenapa kau hisap rokok? Rokok kan membahayakan kesihatan? Dalam islam, perkara yang membahayakan dan memudaratkan kesihatan kita kena tinggalkan. Kalau tak berdosa namanya sebab dah membahayakan kesihatan.


Tidakkah mereka rasa takut dengan bermacam gambar di kotak rokok. Aku nampak pun dah geli-geleman.

Ini adalah alasan yang aku dengar bagi mereka - kenapa mereka merokok?

1. Aku nak nampak lebih macho. Baru lelaki namanya. 
( Kalau tak merokok adakah mereka ni spesis perempuan ataupun lembik? )

2. Semua ahli keluarga aku merokok. So, malulah kalau aku tak merokok
( Kenapa nak perlu ikut orang, jangan jadi seperti lalang )

3. Ini adalah pengaruh kawan. Susah nak elak. Asyik kawan ajak je
( Kenapa tak tolak je, kenapa perlu ikut orang? Takut hilang kawan ke? Come on lah masih ada ramai lagi kawan kat dunia ni! )

4. Rokok ni nampak kan diri kita ni dewasa
( Kalau tak merokok ni nampak macam budak-budak ke? )

5. Merokok ni boleh release tension. 
( Banyak sebenarnya cara nak release tension, ambil wuduk, solat sunat, berzikir, baca al-Quran, mesti lari jauh-jauh tension tu. Tension kan Allah yang beri. Kepada Dia juga kita minta untuk hilangkannya. )

6. Susah lah nak berhenti merokok. Dah terbiasa
( Kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Kalau kita jauhi rokok pun, boleh jadi terbiasa jugakkan? )

7. Seronok merokok ni. Kau apa tahu? 
( Ye ke seronok? Macam tak ada benda lain je nak seronokkan diri kau. )

*****

Rasanya ini je lah alasan yang selalu aku dengar. Kalau ada alasan lain boleh lah share kat ruangan komen di bawah.


Dah nampak tanda macam ni pun ada lagi masih yang merokok. Geram bertambah dengan benci!


Aku sebenarnya anti dengan asap rokok. Busuk! Buat aku terbatuk-batuk! Mensesakkan nafas aku! Hidung aku ni sensitive dengan bau asap rokok. Walaupun asap tu jauh aku tetap dapat detect. Ni menampakan yang aku ni betul-betul benci pada rokok.

Bagi aku, kalau kau nak merokok, no hal. Aku tak kisah. Soal nyawa kau. Aku dengan kawan lain dah nasihatkan. Tapi, tolonglah respect orang lain. Jangan nak hembus-hembus asap pada aku. Hormatilah orang lain.

Kalau rasa nak bunuh diri jangan ajak orang lain. Orang lain masih banyak perkara nak lakukan untuk dunia dan akhirat. So, jauhkanlah diri kau bila kau merokok dari mereka yang tak merokok. Membahayakan orang lain.

Peh! Dah macam gaya marah je entry aku ni. Lantaklah, yang penting aku dapat sampaikan apa yang patut. Aku harap mereka yang merokok mengerti perasaan mereka yang tak merokok dan anti akan asap rokok seperti aku. Harap maklum.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...


Segmen Mizz Wen : Jom Tambah Follower di Bulan September

...Assalamualaikum...

Ikutkan hati malas nak join segmen. Tapi, hati tergerak pula nak join. Jadi, joinlah untuk memeriahkan lagi.





...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

Wednesday, September 5, 2012

Wordless Wednesday : Lucah

...Assalamualaikum...

Biarlah gambar menceritakan segalanya. Enjoy it!


Gambar dikredit kepada Zanariah Ibrahim.

Apa perasaan bila nampak nama macam ni?


...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...



Tuesday, September 4, 2012

Selamat Datang Juniors!

...Assalamualaikum...

2 September 2012. Rata-rata seluruh universiti di Malaysia menerima Mahasiswa/i baru bagi sesi 2012/2013. Tidak terlepas juga UKM menerima pelajar baru kira-kira 2500 orang pelajar.

Pengambilan pelajar UKM saban tahun menerima penurunan. Tahun lepas UKM menerima lebih kurang 3000 orang pelajar. Gelaran research university menyebabkan UKM menerima pelajar Ijazah Sarjana Muda semakin sedikit dan UKM juga menerima pertambahan pelajar Master dan PhD.



Tidak ketinggalan juga Kolej Kediaman aku menerima para juniors. Dengar kata juniors yang masuk ke Kolej Keris Mas seramai 600++. Pertambahan yang mendadak untuk penghuni kolej. Tahun lepas batch aku seramai 400++. Sungguh menakjubkan. Bertambah meriahlah kolej aku ni.

Kolej Keris Mas, UKM dikenali sebagai kolej terbesar, ramai penghuni, sewa termahal, kemudahan yang banyak serta lengkap menyebabkan ia menjadi perhatian ramai. Terasa riak dan bangga sekejap.

Aku rasa macam rugi pula sebab tak join jadi PC (PemudahCara) kolej aku untuk menyambut dan berkongsi kegembiraan. Sama-sama menyemakkan dan memenatkan diri.

Di sini aku hidangkan dua keping gambar untuk jadi halwa mata. Nilailah sendiri.


Banyak betul yang bertudung sehingga tak nampak yang free hair.


Haaa.. Baru ada yang free hair. Nampaknya 3/4 adalah para gadis dan 1/4 para jejaka. Nampaknya jejaka ini akan menjadi rebutan para gadis di sana.

*Gambar diambil dari page Kolej Keris Mas

Teringat masa zaman aku di masa orentasi. Macam-macam perasaan timbul. 
Gementar - tak tahu apa apa yang akan jadi, bertuah atau malang. 
Suka - Pengalaman pertama menjejakkan kaki ke UKM. 
Tergamam - Tak sangka dapat masuk UKM. 
Sedih - Kena tinggalkan keluarga tercinta. 
Geram - Para PC yang suka membuli dan membebel serta marah. 
Penat - Berlatih cheers sampai 3 pagi bangun pula 5 pagi. 
Lega - Bila orentasi dah tamat.
Sekarang Rindu - Nak lalui zaman tu sekali lagi.

Selepas itu bermulalah perjuangan aku di UKM sehingga sekarang dan akan berterusan sehingga tahun 2014.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...