Monday, September 17, 2012

Sibuk

...Assalammualaikum...

Semua sedia maklum yang aku baru sahaja memulakan kembali perjuangan di UKM. Minggu pertama sahaja dah sibuk dengan mengemas kini jadual. Sibuk juga nak mengembalikan mood belajar yang dah 2 bulan lebih di tinggalkan.

Gelombang sibuk akan terus melanda diri aku dan juga rakan seperjuangan yang lain. Tak kira lah di UKM mahupun di Universiti lain.

Ini masih belum terima apa-apa assignment mahupun masuk makmal. Tapi, bila dah masuk, tak boleh nak jawab lah bagaimana kesibukannya. Ni baru bidang Bioteknologi Tumbuhan. Kalau bidang perubatan. Lagilah sibuk. Hanya mereka yang mengalaminya mengetahui.

Dah masuk tahun kedua aku di UKM. Rasanya aku dah boleh nak arrange yang mana patut dan yang mana tak patut. Supaya hidup ni lebih teratur dan terancang.

Antara perkara yang tak seberapa nak patut adalah Facebook, twitter dan juga blog. Kena tinggalkan sementara waktu. Dahulukan yang perlu. Bila ada masa lapang barulah mengadap benda ni lama-lama.

Tapi kan sekarang ni facebook memang penting. Nak atau tak kena juga buka selalu. Kat situ macam-macam hebahan maklumat dapat. Kalau tak, memang ketinggalan lah kita. Sedangkan assignment pun ada di bagitahu kat Facebook.

Hish! Dah melalut jauh ni. Ok, kembali semula. Cuma aku nak bagitahu ni, bila aku dah masuk fasa kesibukan mungkin jaranglah untuk aku berblogwalking. Kalau update blog tu mungkin tapi tak selalu. Bila ada idea barulah nak menulis dan bercerita di sini.

Pesanan aku ialah : walau sesibuk manapun kita ni, jangan lupa pada ALLAH. Sentiasa bersujud padaNya. Ingat pada-Nya. Kerana Dia lah kita boleh hidup di dunia ni. Lagi satu walau sesibuk manapun kita, sentiasalah kita ingat dan bertanya khabar pada ibubapa kita. Redha kita terletak pada Redha ibubapa.

Sebelum aku melabuhkan tirai Sibuk aku ni, aku bagi cuci mata dengan jadual aku semester ini.


Aku ambil 22 jam kredit sebanyak 8 kursus.

nota FO: Fasa sibuk belum mula lagi. Mungkin 2 atau 3 minggu lagi mulalah ia.

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

6 comments:

  1. betol tu faizol..
    selamat menyibokkan diri ;)
    jaga kesihatan yer =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun dah selsema, batuk dgn sakit kaki... hebat jugaklah kena penyakit ni.. huhu...

      Delete
  2. cantiknya tulisan dekat timetable tu....^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih atas pujian tu... terharu sehingga meleleh air mata ni...

      Delete
  3. Hai . Selamat menjalani tahun 2 dengan penuh kejayaan :)

    -budak KIY-

    ReplyDelete
  4. huhuhu.. samalah kita... sejak masuk ijazah medicine ni, gila tak ada masa.. banyak gila nak kena baca.. ni pun terpaksa curi masa jap... huhuhu.... sgt memahami anda... keep moving and dont give up ye... ^.^

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...