Tuesday, September 4, 2012

Selamat Datang Juniors!

...Assalamualaikum...

2 September 2012. Rata-rata seluruh universiti di Malaysia menerima Mahasiswa/i baru bagi sesi 2012/2013. Tidak terlepas juga UKM menerima pelajar baru kira-kira 2500 orang pelajar.

Pengambilan pelajar UKM saban tahun menerima penurunan. Tahun lepas UKM menerima lebih kurang 3000 orang pelajar. Gelaran research university menyebabkan UKM menerima pelajar Ijazah Sarjana Muda semakin sedikit dan UKM juga menerima pertambahan pelajar Master dan PhD.



Tidak ketinggalan juga Kolej Kediaman aku menerima para juniors. Dengar kata juniors yang masuk ke Kolej Keris Mas seramai 600++. Pertambahan yang mendadak untuk penghuni kolej. Tahun lepas batch aku seramai 400++. Sungguh menakjubkan. Bertambah meriahlah kolej aku ni.

Kolej Keris Mas, UKM dikenali sebagai kolej terbesar, ramai penghuni, sewa termahal, kemudahan yang banyak serta lengkap menyebabkan ia menjadi perhatian ramai. Terasa riak dan bangga sekejap.

Aku rasa macam rugi pula sebab tak join jadi PC (PemudahCara) kolej aku untuk menyambut dan berkongsi kegembiraan. Sama-sama menyemakkan dan memenatkan diri.

Di sini aku hidangkan dua keping gambar untuk jadi halwa mata. Nilailah sendiri.


Banyak betul yang bertudung sehingga tak nampak yang free hair.


Haaa.. Baru ada yang free hair. Nampaknya 3/4 adalah para gadis dan 1/4 para jejaka. Nampaknya jejaka ini akan menjadi rebutan para gadis di sana.

*Gambar diambil dari page Kolej Keris Mas

Teringat masa zaman aku di masa orentasi. Macam-macam perasaan timbul. 
Gementar - tak tahu apa apa yang akan jadi, bertuah atau malang. 
Suka - Pengalaman pertama menjejakkan kaki ke UKM. 
Tergamam - Tak sangka dapat masuk UKM. 
Sedih - Kena tinggalkan keluarga tercinta. 
Geram - Para PC yang suka membuli dan membebel serta marah. 
Penat - Berlatih cheers sampai 3 pagi bangun pula 5 pagi. 
Lega - Bila orentasi dah tamat.
Sekarang Rindu - Nak lalui zaman tu sekali lagi.

Selepas itu bermulalah perjuangan aku di UKM sehingga sekarang dan akan berterusan sehingga tahun 2014.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...


22 comments:

  1. Hahaha... Hari ahad haritu sy antar adik ipar sya kat situ... Kolej keris mas... Hehehe blog 14 tempat dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adiknya gegirl... sy pulak bakal menghuni di blog 8...

      Delete
  2. Wahhh, siapa la jodoh aku dalam ramai2 ni ye..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu lah nak kata ape... bertuah atau malang mereka yg dapat ko tu...

      Delete
  3. agak2 boleh pilih awal2 tak?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. pilih je yg mana berkenan... tak marah pun... ni bru satu kolej... kita ade lg 12 kolej yg lain...

      Delete
  4. waahh! bestnya..jeles tahap gaban *23saat* good luck smua.. :)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. ish3.. tak boleh... nti kena dakwa... menyesal tak sudah...

      Delete
  6. semuanya tinggal kenangan kan..

    selamat datang juga pada mereka =)
    http://lobaksusue.blogspot.com/2012/09/wordless-wednesday-4.html

    ReplyDelete
  7. tahun ni IPG kami tak terima junior sebab asrama dah penuh!=D

    ReplyDelete
  8. Harap zaman sekarang ni dah stopla budayasenior buli junior baru masuk, entah apa positif benda camtu saya pun tak tahu. Dekat universiti saya belajar tak ada budaya camtu, tapi dengar kawan-kawan yang belajar local kene buli kesian plak dengar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg ni rasanya dah kurang budaya membuli... tp, tetap ada cuma tak secara serius lah... secara mental... kahkahkah...

      Delete
  9. selamat menempuh alam pembelajaran
    http://asmarpunyablog.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. kolej bru adik saya ^^,
    minggu orientasi,kasi buli.hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun ni adalah thn ke-2 sy di kolej tu... so, itu adalah kolej lama sy...

      Delete
  11. Wah UKM student ke? Congratz btw :D..Mesti best kan kat sana..

    ReplyDelete
  12. Salam. Saya google2 and found your blog. :) Do u mind if i ask, intake for masters in ukm bln brp? For both 1st n 2nd intake. Dh puas selongkar website ukm, tak jmpe pulak ape yg dicari. Thank u in advance. :)

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...