...Assalamualaikum...
2 September 2012. Rata-rata seluruh universiti di Malaysia menerima Mahasiswa/i baru bagi sesi 2012/2013. Tidak terlepas juga UKM menerima pelajar baru kira-kira 2500 orang pelajar.
Pengambilan pelajar UKM saban tahun menerima penurunan. Tahun lepas UKM menerima lebih kurang 3000 orang pelajar. Gelaran research university menyebabkan UKM menerima pelajar Ijazah Sarjana Muda semakin sedikit dan UKM juga menerima pertambahan pelajar Master dan PhD.
Tidak ketinggalan juga Kolej Kediaman aku menerima para juniors. Dengar kata juniors yang masuk ke Kolej Keris Mas seramai 600++. Pertambahan yang mendadak untuk penghuni kolej. Tahun lepas batch aku seramai 400++. Sungguh menakjubkan. Bertambah meriahlah kolej aku ni.
Kolej Keris Mas, UKM dikenali sebagai kolej terbesar, ramai penghuni, sewa termahal, kemudahan yang banyak serta lengkap menyebabkan ia menjadi perhatian ramai. Terasa riak dan bangga sekejap.
Aku rasa macam rugi pula sebab tak join jadi PC (PemudahCara) kolej aku untuk menyambut dan berkongsi kegembiraan. Sama-sama menyemakkan dan memenatkan diri.
Di sini aku hidangkan dua keping gambar untuk jadi halwa mata. Nilailah sendiri.
Banyak betul yang bertudung sehingga tak nampak yang free hair.
Haaa.. Baru ada yang free hair. Nampaknya 3/4 adalah para gadis dan 1/4 para jejaka. Nampaknya jejaka ini akan menjadi rebutan para gadis di sana.
*Gambar diambil dari page Kolej Keris Mas
Teringat masa zaman aku di masa orentasi. Macam-macam perasaan timbul.
Gementar - tak tahu apa apa yang akan jadi, bertuah atau malang.
Suka - Pengalaman pertama menjejakkan kaki ke UKM.
Tergamam - Tak sangka dapat masuk UKM.
Sedih - Kena tinggalkan keluarga tercinta.
Geram - Para PC yang suka membuli dan membebel serta marah.
Penat - Berlatih cheers sampai 3 pagi bangun pula 5 pagi.
Lega - Bila orentasi dah tamat.
Sekarang Rindu - Nak lalui zaman tu sekali lagi.
Selepas itu bermulalah perjuangan aku di UKM sehingga sekarang dan akan berterusan sehingga tahun 2014.
...Sekian, Wassalam...
...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...
Hahaha... Hari ahad haritu sy antar adik ipar sya kat situ... Kolej keris mas... Hehehe blog 14 tempat dia...
ReplyDeleteadiknya gegirl... sy pulak bakal menghuni di blog 8...
DeleteAll the best kayy ;)
ReplyDeleteWahhh, siapa la jodoh aku dalam ramai2 ni ye..hahaha
ReplyDeletetak tahu lah nak kata ape... bertuah atau malang mereka yg dapat ko tu...
Deleteagak2 boleh pilih awal2 tak?hehe
ReplyDeleteboleh.. pilih je yg mana berkenan... tak marah pun... ni bru satu kolej... kita ade lg 12 kolej yg lain...
Deletewaahh! bestnya..jeles tahap gaban *23saat* good luck smua.. :)
ReplyDeleteknp nak jeles???
Deletebuli jgn x buli...haha
ReplyDeleteish3.. tak boleh... nti kena dakwa... menyesal tak sudah...
Deletesemuanya tinggal kenangan kan..
ReplyDeleteselamat datang juga pada mereka =)
http://lobaksusue.blogspot.com/2012/09/wordless-wednesday-4.html
tahun ni IPG kami tak terima junior sebab asrama dah penuh!=D
ReplyDeletekena tambah asrama tu...
DeleteHarap zaman sekarang ni dah stopla budayasenior buli junior baru masuk, entah apa positif benda camtu saya pun tak tahu. Dekat universiti saya belajar tak ada budaya camtu, tapi dengar kawan-kawan yang belajar local kene buli kesian plak dengar.
ReplyDeleteskrg ni rasanya dah kurang budaya membuli... tp, tetap ada cuma tak secara serius lah... secara mental... kahkahkah...
Deleteselamat menempuh alam pembelajaran
ReplyDeletehttp://asmarpunyablog.blogspot.com
kolej bru adik saya ^^,
ReplyDeleteminggu orientasi,kasi buli.hahaha..
tahun ni adalah thn ke-2 sy di kolej tu... so, itu adalah kolej lama sy...
DeleteWah UKM student ke? Congratz btw :D..Mesti best kan kat sana..
ReplyDeleteSalam. Saya google2 and found your blog. :) Do u mind if i ask, intake for masters in ukm bln brp? For both 1st n 2nd intake. Dh puas selongkar website ukm, tak jmpe pulak ape yg dicari. Thank u in advance. :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete