Monday, September 3, 2012

Wedding : Cik Siti NH & Cik Oden

...Assalamualaikum...

1 September 2012 adalah hari makan free untuk aku bersama 4 orang kawan aku yang lain. Lantakan kami bermula di rumah terbuka YB Tan Sri Dato' Syed Hamid Albar bin Tan Sri Jaafar Albar ( Ahli Parlimen Kota Tinggi ). Kalau ajak makan panggil lah kami. Lebih-lebih lagi yang free. Tak sanggup nak lepaskan peluang keemasan tersebut.

Selepas itu, kami teruskan membawa perut ke rumah kahwin. Seronok tak terhingga pergi rumah kahwin ni sebab yang bernikah ini adalah rakan seperjuangan kami semasa sekolah menengah.

Majlis kahwin ini di adakan di kediaman pengantin perempuan iaitu rakan seperjuangan kami di Felda Pasak Kota Tinggi.

Terlupa pula nak bagi tahu pasangan pengantin tersebut adalah Cik Siti dan Cik Oden. Sweet je nama tu kan? Nama penuh pasangan tu adalah Puan Siti NorHidayah binti Ahmad Jashak dan Encik Mohd Salehuddin bin Nastani.

Disebabkan keghairahan kami nak makan nasi minyak Cik Siti tu menyebabkan kami datang terlalu awal. Tak ramai orang. Dengan selera gajah kami makan.

Dalam kesedapan makan tu, nampaklah pasangan Cik Siti dan Cik Oden. Rupa-rupanya mereka baru balik dari masjid dan baru sahaja berakad nikah. Alhamdulillah. Dah jadi Puan kawan aku ni.

Nasib baik dia perasan aku ada. Then, dia datang menegur dengan muka yang berseri-seri sambil berkata "Terharunya korang datang kat majlis aku ni. Tak ada hadiah ke?". Aku pun menjawab, "Alamak! Tak sempatlah. Kira datang ni pun dah ok. Huhu.".

Setengah jam je kami kat majlis kahwin tu. Nak pulang cepat sebab guna kereta pinjam.

Rasanya korang nak tengok kan bagaimana rupa pasangan ni. Sweet sangat. Aku? Bila lagi?



Simple but nice je kostum baju pengantin ni. Tak membazir majlis ni. Harap diberkati majlis ini.
Gambar ini bukan aku yang shoot dan edit. Ini adalah hasil kerja tangan pemilik nama Qaseh Zurafik.

Sedikit tentang pasangan pengantin ini. Cik Siti masih berumur 21 tahun pada tahun 2012 dan masih menutut di UIA  dalam jurusan Degree Nursing. Manakala, suaminya, tak sempat aku nak selidik umurnya tetapi suaminya telah berkerjaya. Alhamdulillah. Cepat jodoh mereka. Aku turut bergembira.

Ucapan aku:
Kepada Cik Siti dan Cik Oden aku, Faizul Osman ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga masjid yang dibina ini akan berkekalan hendaknya sehingga ke akhir hayat. Nanti, jangan lupa aku dan rakan seperjuangan yang lain. Dan jangan lupa juga untuk datang ke majlis aku plak nanti.
Yang penting, nasi beriani yang aku makan kat rumah kau tersangatlah sedap. Nak tambah tapi malu. Huhu.

Lepas ni siapa lagi yang akan kahwin? Aku nak datang. Dengarnya ramai yang tengah tunggu que nak nikah. Aku je yang tak tahu bila lagi. Sabar je lah.

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...





8 comments:

  1. kalau bab makan free, laju je.. pasni ekau pula ye.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. org cakap rezeki jangan ditolak... haha...

      InsyaALLAH... sampai jodoh dapat lah tu...

      Delete
  2. selamat pengantin baru buat kedua mempelai =)

    ReplyDelete
  3. slm blogger dari wan.. blog ni terpilih untuk d preview..

    jom terjah http://rizwanewan.blogspot.com/2012/09/preview-blog-faizul-osman.html

    ReplyDelete
  4. mudanyaaaa pengantin perempuan.. sob sob sob..terasa diri dkna dah berusi sebab tak kawen lagi :p

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...