Saturday, September 1, 2012

10 Popular di Bulan Ogos

...Assalamualaikum...

Bulan Ogos 2012 merupakan aku terlalu dan termatlah aktif dalam mengeluarkan entry. Sama ada yang merepek mahupun tidak. Sama ada syok sendiri ataupun syok beramai-ramai. Yang penting ramai juga yang membuka dan ingin tahu apa yang aku repekkan selama ini.

Jadi, sebelum aku meneruskan segala tulisan dalam blog ini. Aku nak kongsi kepada semua pembaca blog ini  apakah 10 entry terhangat yang menghangatkan blog aku di bulan Ogos ini.


Tempat Ke-10
Entry ini telah di publish pada 7 Ogos 2012. Entry ini aku menceritakan pengalaman aku ketika aku berpuasa ketika dulu-dulu. Kenanganlah katakan.

Tempat Ke Sembilan
Entry ini telah di publish pada 5 Ogos 2012 yang menceritakan tentang penjagaan kesihatan yang mudah yang boleh di amalkan oleh semua makhluk yang bergelar manusia.

Tempat Ke Lapan
Telah di pamerkan di blog ini pada 23 Ogos 2012. Mengisahkan tentang pendapat yang aku perolehi ketika hari raya.

Tempat Ke Tujuh
Telah menghiasi blog ini pada 10 Ogos 2012. Bila dah time nak raya banyaklah iklan mengenai raya yang keluar. Jadi, di sini aku berkongsi satu iklan yang sungguh bermanfaat untuk kita hayati.

Tempat Ke Enam
Dikongsi pada 12 Ogos 2012. Lagu raya pun aku nak kongsi jugak dalam blog ini. Comel dan cute. Sedap menjadi halwa telinga sambil bergelak ketawa.

Tempat Ke Lima
Di publish pada 7 Ogos 2012. Menceritakan tentang perbualan antara aku dan adik aku. Sungguh melucukan. Dalam lucu ada logiknya.

Tempat Ke Empat
Di kongsi pada 25 Ogos 2012. Perkongsian yang bermanfaat. Ada betul dan ada juga salahnya. Perkongsian yang di buat bedasarkan apa yang dilihat oleh kaca mata aku sendiri.

Tempat Ke Tiga
Di keluarkan pada 11 Ogos 2012. Perkongsian yang dibuat atas pemerhatian aku sendiri. Sebahagian besar ada benarnya.

Tempat Kedua
Di taip dan di keluarkan pada 4 Ogos 2012. Artikel mengenai bulu kucing ini di keluarkan kerana banyak pendapat yang tidak pasti dan mengelirukan sebelum ini. Jadi, disini penerangan mengenai duduk dan dirinya berkaitan bulu kucing diutarakan. 

Juara di Bulan Ogos
Perkongsian dilakukan pada 16 Ogos 2012. Memang mengelirukan apa yang dilakukan oleh lelaki dan perempuan bila berhadapan dengan mesin keluar duit. Nak berhadapan dengan duit pun ada bezanya.

Kalau mereka semua ini adalah makhluk yang bernyawa sudah tentu aku bagi penghargaan yang tak terhingga kepada 10 entry yang berjaya menambat hati mereka-mereka di sana. Kerana entry inilah trafik blog ini sentiasa meningkat-ningkat.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

1 comment:

  1. alhamdulillah...
    mornink faizol...

    http://lobaksusue.blogspot.com/2012/09/jom-sama-sama-amalkan.html

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...