Friday, August 10, 2012

Iklan Raya Yang Bermakna

...Assalamualaikum...

Selalunya bila time dah nak raya macam ni banyak lah iklan mengenai Hari Raya. 

Kalau dulu, paling aku minat iklan Allahyarham Yasmin Ahmad. Iklan yang dia buat tu betul-betul ikhlas. Terkesan hingga dalam jiwa sanubari aku ni. Iklan dari petronas pun betul menarik. Menyentuh jiwa raga.

Paling aku ingat iklan raya ialah pasal "ikan di laut, asam di darat, dalam periuk, bikin muafakat". Masa tu Hari Raya Aidilfitri sekali dengan Depavali. Secara ringkasnya di panggil Deparaya!

Iklan lain adalah pasal seorang ibu yang inginkan hati, limpa, paru dan seangkatan dengannya. Lastly anaknya terus membeli sekor lembu. Amik kau! Sampai pensan terkejut emak dia.

Banyak sebenarnya iklan yang betul-betl menyentuh jiwa dan raga ni. Cubalah cari kat You Tube. Comfirm jumpa.

Untuk tahun ni iklan yang menyentuh jiwa raga aku ialah iklan dari Syarikat Bernas. Tak sangka syarikat beras pun mampu buat iklan sebaik ini.

Saksikan.



Bila aku baca komen orang tentang iklan ni semua cakap yang dia menangis. Aku? Belum tengok lagi dah menangis. Power tak!

Memang betul pun. Boleh sebak aku bertahun-tahun tengok iklan ni. Nilai persahabatan, kasih sayang antara kawan, dan juga terhadap keluarga.

Aku bersyukur sebab aku masih di beri keluarga yang lengkap, di beri tubuh badan yang sihat. Jadi, hargailah apa yang kita ada. Jangan bila sesuatu telah hilang, time tu juga kita menyesali. Masa tu, dah tak berguna lagi.

Maka dengan itu, perlulah kita menghargai segala nikmat yang kita perolehi. Jangan sia-siakan. Guna ke tempat membawa kebaikan.

Kita jangan rasa kita paling susah, sebenarnya ada mereka yang diluar sana lebih susah hidupnya.



notaFO : Agak-agaknya ikran raya apa yang korang masih ingat dan terkesan sampai sekarang? Sharelah sikit, Banyak pun boleh.

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

8 comments:

  1. sy blm dpt buka sb kena block wireless institut.
    nt pinjam brodband kwn, sy nk tgk iklan tsbt..
    semua blogger kata ianya amat menyentuh hati...=)

    ReplyDelete
  2. iklan ni betul2 sedey bro.. semoga ibu dan bapa diseluruh dunia panjang umur .. Amiin...

    ReplyDelete
  3. Sdih iklan ni.smua yg tgk kompem nangis

    ReplyDelete
  4. iklan dan hari raya tidak dapatdipisahkan..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...