...Assalammualaikum...
Pagi tadi semasa sahur adik aku yang darjah 4 bercerita dan bersoal jawab bersama mak aku. Nama dia Nadia. Aku bertindak sebagai pendengar yang setia je. Saksikan perbualan ini.
Nadia : Mak, kita ni tak ada kampung ke?
Mak : Kenapa pulak?
Nadia : Semalam, cikgu adik tanya kat kelas. Cikgu tanya siapa yang tak balik kampung. Lepas tu ramai yang angkat tangan. Lepas tu, cikgu tanya kenapa tak balik kampung? Lepas tu, ramai yang jawab sebab tak ada kampung nak balik.
Mak : Memanglah korang semua kan dah duduk kat kampung. Kampung mana lagi kau nak balik beraya. Kampung kat sini lah Kampung Lukut. Itulah kampung kau.
Nadia : Ye ke? Bukan kena balik kampung orang lain ea?
Mak :??????
*****
Macam-macamlah adik aku ni. Buat aku tergelak je di pagi sahur ni.
...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...
xpe. nanti anak ko la merasa balik kampung. kalo ko berhijrah ke perantauan la. kalo x, nasib anak ko sama mcm ko. haha
ReplyDeletebosan ah tu tempat sama jer.. lagi2 dlm tv tulis balik kampung.. hoho
ReplyDeletetapi masa kecik aku tak raya kat kampung aku, aku raya kat kampung parent aku.
ReplyDeletecomel je bl bdk2 ada jawapan cam tu... blk kg mmg best..
ReplyDeletehaha..kebetulan nama sama, nadia. kirim salam kat dia nanti ye..ahaks~
ReplyDelete^__^
meh la balik kg aku la camtu haha
ReplyDeletefaizul nanti kalau free, jemputlah berayaa naaa :)
ReplyDelete