Friday, August 10, 2012

Menu Idaman di Bulan Ramadhan #2

...Assalamualaikum...

Setelah bercerita tentang Menu Idaman di Bulan Ramadhan. Kali ini aku share lagi dua menu yang menjadi idaman aku di bulan Ramadhan. Aku rasa bukan aku je. Orang lain pun sama jugak.

Kali ni menu yang aku nak share berkaitan dengan desert. Ini bukan sebarang desert, tapi desert dari Tanah Melayu. Haha.

1. Bubur Sum Sum



Nama macam hantu kum kum! Memang sedap. Manis. Lagi best kalau makan secara sejuk. Terasa nyaman je tekak ni. Baru je sebentar tadi dapat melantak. Habis 2 mangkuk aku makan. Nyaman lah jugak tekak aku ni.

Air gula merah yang sungguh menggoda. Memang tercuci mulut aku makan dengan makan makanan yang manis. Makanan manis ni perlu untuk mengembalikan tenaga buat kita setelah seharian berlaparan.

2. Kuih Pelita


Bila aku makan kuih ni teringat pula cerita Seputeh Kasih Ramadhan yang Eja berlakon tu. Kuih ni pun sedap. Wangi pulak tu sebab dia balut guna daun pandan. Ini apa yang aku makan lah. Daun pisang pun ada jugak. Lagi moden letak dalam mangkuk. Senang kerja. Tak payah nak sulam-sulam daun jadi 4 segi.

Kuih ni ada 2 warna. Putih dan hijau. Yang atas putih dan yang bawah hijau. Yang hujau manis, yang putih berlemak. Kuih ni best bila makan dalam keadaan sejuk. Bertambah nyaman tekak ni. 

Kuih ni juga orang panggil kuih tako. Aku tak tahu mana datang tako tu. Ada yang tahu silalah bagi tahu.

*****

Itu je lah menu idaman bulan ramadhan kali ni. Semuanya aku dapat merasa hari ni. Dah nak habis Ramadhan baru dapat merasa menu Ramadhan aku ni. 

Apa pula menu idaman korang?

notaFO : Mak gigih buat kuih. Aku? Tolong makan je.

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...



2 comments:

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...