...Assalamualaikum...
Setelah Menu Idaman di Bulan Ramadhan dan Menu Idaman di Bulan Ramadhan #2 kini aku keluarkan lagi untuk Menu Idaman di Bulan Ramadhan #3. Kali ni aku cerita pasal minuman. Menu yang lepas aku cerita pasal makanan je.
Bila masuk bulan Ramadhan je, tekak yang haus setelah seharian berpuasa mesti di basahi dengan air idaman kita. Kalau pergi bazaar Ramadhan je kecur air liur tengok air yang berwarna-warni ni. Nasib baik tak meleleh-leleh air liur ni.
Tanpa berlengah, aku nak share air yang aku betul-betul minat.
1. Air Katira
Baru aku tahu yang air katira ni hanya terdapat di Johor. Patutlah bila aku tanya kawan-kawan yang luar Johor tak tahu menahu pun pasal air ni. Air ni banyak campuran. Aku sendiri apa yang dia campur. Yang pastinya air ni memang sedap.
2. Air Tebu
Memang jadi kegemaran aku minum air tebu masa buka puasa. Lagi-lagi air tebu yang baru di perah. Memang segar je tekak ni.
Masa aku kat matrik memang hari-hari aku balun minum air tebu ni. Orang cakap air tebu ni tajam. Parut akan sakit bila kita minum air tebu dalam keadaan perut yang kosong. Tapi, aku lantak je minum. Yang penting perut aku tak sakit.
3. Air Kelapa
Tekak tengah haus serta kering kontang memang best kalau dapat minum air kelapa. Dengan isi kelapa yang berlemak manis. Air yang sejuk serta segar. Memang menjadi idaman aku untuk minum bila buka puasa.
*****
Ni je lah air idaman aku di bulan Ramadhan. Tapi, Ramadhan tahun ni aku belum merasa lagi semua air-air tersebut. Aku minum air buatan mak aku je. Kalau dah sekali sekala balik rumah ni, melantak lah buatan dari air tangan mak aku. Bila dah duduk berjauhan susah pulak nak merasa masakan dari air tangan mak.
Tak gitu?
...Sekian, Wassalam...
...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...
notaFO : Semua gambar adalah hasil curian dari Pak Cik Google.
katira!! terbaik...
ReplyDeleteair tebu pun favorite aku ngan air jambu-amra. air katira kat tempat aku x bape sdp sgt.
ReplyDeletepenah nampak air katira tue tp tatau plak ia digelar air katira huhu...
ReplyDeleteyes air tebu pun feveret saya...hampir setiap hari berbuka, memang air tebu wajib ada kat umah.
air katira femes...tirah ramadhan nie bru pestime beli sbb bru td dr mohd najib...hehe
ReplyDeletexpnh rasa lorrrrrrrr..
ReplyDeleteyeay! same!! XD
ReplyDeleteair katira tue sedap!
dia sebenanrnye air ape ek?
pernah nampak owg jual air katira ni tapi xbeli sbb xtaw air apew...membalas kunjungan yang lepas..i follow...
ReplyDelete