Friday, August 3, 2012

Nice Song : Shahir - Aku Yang Berdosa

...Assalammualaikum...

Rutin aku di waktu cuti adalah seperti biasa yang aku dah cerita dulu. Hari ini aku mendapat tahu lagi lagu baru. Terbaru dari Shahir. Aku Yang Berdosa



Betul tu, kita sebagai manusia ni memang tak lari dari melakukan dosa. Sama ada dosa besar mahupun dosa kecil. Kadang-kadang apa yang kita lakukan itu tidak sedar yang ianya satu dosa. Tapi, bila kita sedar akan dosa yang kita telah lakukan, kita cepat-cepatlah bertaubat. 

Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambanya. ALLAH Maha Pengampun. Jadi, tak payahlah nak sombongkan diri untuk tidak meminta keampunan dari ALLAH.

Ceh! Itu je lah tazkirah ringkas aku. Sesuai untuk kita dalam bulan Ramadhan ini. Tazkirah ini juga bukan untuk korang je malah untuk mengingatkan diri aku juga.

Jomlah, kita hayati lagu ni. Fahami maksud lirik lagu ni mendalam.


Dah habis dengar. Amacam? Best kan? Syahdu je lagu ni. Ala-ala nasyid. 

Bagus kalau lagu macam ni di perbanyakkan kat Malaysia ni. Dakwahlah katanya. Kita boleh saling mengingati antara manusia. Mungkin dalam lagu pun boleh. Betul tak?

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

2 comments:

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...