Tuesday, August 7, 2012

Curik Minum Air Teh

...Assalamualaikum...

Kali ni aku nak mengimbau kenangan aku semasa berpuasa. Masa kejadian ni berlaku, aku baru berumur 8 tahun. Kira-kiranya aku dalam darjah 3 lah.

Cerita bermula di sini. Di waktu petang di dapur rumah, aku bersama Mak dan dua adik kembar aku duduk di dapur. Kiranya aku dengan adik kembar aku tu nak menolong mak di dapur lah. Masa tu adik aku baru 5 tahun dan tak berpuasa.

Jadi, adik aku ni minumlah air teh. Aku ni nampak lah secawan air teh yang sungguh menggoda mintak untuk diminum. Untuk pengetahuan aku ni berpuasa. Jadi, untuk hilangkan dahaga yang menderita di tekak ni aku pun minum lah air tu.

Mak aku tak nampak. Yang nampak adik kembar aku tu. Aku siap bagi isyarat suruh diam. "Shhhhh!". Dia pun angguklah. Lepas tu aku minum lagi. Kali ni adik kembar aku yang lagi satu nampak. Lepas dia nampak tu, terus dia bagi tahu kat mak aku. "Mak, along minum air teh adik!".


Mak aku dengan jelingan yang sungguh tajam menujuk jantung tu terus menerkam kat aku. Dengan lintang pukangnya aku berlari keliling rumah. Sehingga aku nak menyorok dalam jamban lah. Tapi mak aku dapat tangkap aku. Terus menerus dia menampar aku sambil berkata. "Kau nak puasa ke tak? Kalau tak nak kau berbuka?! Sia-sia kau berpuasa kalau menipu?! Nak berpuasa tu, puasalah betul-betul.!

Menyeringai mak aku marah aku macam tu sekali. Sejak dari hari tu aku dah tak curik minum lagi air teh. Tapi, setiap kali aku ke bilik air, aku akan minum air paip. haha. Teruk dan jahatnya aku dulu.

Bila last puasa 30 hari, aku mintak kat abah RM10. Sebab abah ada janji nak bagi duit kalau aku cukup puasa 30 hari. Memang jahat. Dah lah puasa menipu. Tak ikhlas! Lepas tu mintak upah pulak.

Sampai sekarang aku ingat cerita tu.

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

11 comments:

  1. haha.. kecik2 mmg macam tu kan.. masuk bilik air curi2 minum.. =)

    ReplyDelete
  2. kenangan puasa mmg lucu zaman kanak2 :)

    ReplyDelete
  3. Setakat ni, aku tak pernah bohong mak aku puasa ke tak.... Anak yang baik... Awww!!

    ReplyDelete
  4. aku rasa aku dah darjah enam baru penuh puasa aku kot... x berapa nak ingat lak.. :)

    ReplyDelete
  5. waktu kanak-kanak paling best..hahaha

    ReplyDelete
  6. kita semua ada kisah kan zaman kecil-kecil..kalau nak tulis novel pun boleh..but memang enjoy being a kid..tak yah pening-pening macam orang dewasa

    ReplyDelete
  7. Sampai sekarang masih curi-curi minum ker? Har har!

    Jangan marah... guwau jer... :-p

    ReplyDelete
  8. Nanti dah ada anak, boleh crita kenangn ni pulak jadi pengajaran ekeke..

    ReplyDelete
  9. Ala kecik2 mmg nakal... Tapi bila dah besaq bleh wat pedoman Dan kenangan... M follow sini...Salam Ramadhan...

    ReplyDelete
  10. patutnya bila ko dah dapat air teh tu.. ko bukak peti taruk ais sikit.alang2 nak minum la katakan haha

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...