Saturday, August 11, 2012

Beza Lelaki dan Perempuan : Bila Tonton TV

...Assalamualaikum...

Bila menonton TV, kita mestilah nak tengok rancangan yang kita gemari. Kadang-kadang boleh bergaduh bila nak tengok TV. Betul tak?

So, hari ini aku nak share satu info yang kemungkinan besar berlaku pada diri lelaki dan perempuan. Info ni aku dapat dah lama dulu. Cuma hari ini baru aku nak luahkan.



Lelaki

Bila berhadapan dengan TV, mereka akan suka menukar-nukar siaran. Sama ada siaran TV tu iklan atau tak. Sehingga dia dapat apa yang dia nak.

Perempuan

Mereka akan menanti pada siaran tu sehingga rancangan yang dia tonton tu habis. Kalau 3 jam, 3 jam lah dia akan setia pada siaran tu. Walaupun iklan, jangan harap nak tukar siaran!

Gambar ihsan dari pak google


Info ni betul-betul berlaku dalam rumah aku. Bila aku tukar siaran TV je. Mak dengan adik-adik aku bising. Marah betul bila aku tukar siaran TV.

Perkara macam ni pun berlaku pada Mak cik dan Pak Cik aku. Bila Pak cik aku menukar siaran TV je, mak cik aku kata "Kan cerita tu belum habis! Biarkan je lah siaran tu!". Pak cik aku pun kata, "Kan iklan, saya alih lah sekejap, nak tengok kalau kalau ada cerita best". Mak cik aku kata lagi, "Suka sangat macam tu, tunggu dulu lah rancangan saya tu habis dulu, lepas tu baru lah tukar siaran lain! Hish!"

Rasa-rasanya korang pernah tak berlaku siatuasi macam tu? 

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

13 comments:

  1. saya tak suka sangat tengok tv... so tak tahu pulak ada situasi macam ni... heehe

    ReplyDelete
  2. heheh den jarang tgok TV xtaula nak cakap heehee

    ReplyDelete
  3. sy lain plak

    sy ske tukar kalo iklan

    sume pakat marah haha

    ReplyDelete
  4. betul gak tu. takut terlepas babak yang best. klu da 2 siaran yang best baru tukar2 siaran :)

    ReplyDelete
  5. tak dinafikan,org perempuan memang macam tu pun,hehehe...

    ReplyDelete
  6. salu sangt jafi macam nie kat rumah

    ReplyDelete
  7. salu sangt jafi macam nie kat rumah

    ReplyDelete
  8. Itu menunjukkan pompuan ni lebih setia

    ReplyDelete
  9. eh,ye k?
    kat rumah,mcm terbalik je..
    adik laki suka tgg,adik pmpn ske tkr2..

    ReplyDelete
  10. hahaha...mak iman n nenek imnan adalh dlm golongn 2
    iman???iman suke tukar2 smpai dpt citer yg bez

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...