...Assalamualaikum...
31 Ogos 2012, Malaysia akan menyambut sambutan Hari Kemerdekaan ke-55. Sambutan ini serentak diadakan di seluruh pelusuk Malaysia, sama ada di sekolah, pejabat-pejabat kerajaan, kampung-kampung serta bandar-bandar. Bermacam pertandingan di adakan sempena sambutan kemerdekaan ini.
Tapi, fahamkah kita apakah makna kemerdekaan ini? Apa tujuan pertandingan sempena sambutan kemerdekaan ini? Adakah untuk hadiah semata-mata ataupun menghayati hari kemerdekaan?
Orang yang mengalami susah payah je memahami akan erti kemerdekaan ini. Tapi kita? Adakah kita fahaminya?
Merdeka dari segi umumnya adalah bebas. Dari segi konteks kemerdekaan Malaysia adalah bebas dari di bawah pengaruh penjajah sejak 1511 sampai 1957. Lama juga Malaysia kena jajah kan? Kita Merdeka baru je 55 tahun.
Sepanjang 55 tahun Malaysia merdeka, bermacam kejayaan sudah Malaysia peroleh. Tak dapat nak senaraikan kejayaan yang Malaysia sudah capai. Terlalu dan teramatlah banyak. Kita sendiri pun boleh nampak kejayaan Malaysia ni kan?
Tapi, adakah kita fahami sendiri kenapa kita sambut Merdeka? Untuk apa? Untuk suka-suka ke? Ataupun untuk menghayati kemerdekaan sebenar?
Memang benar lagi sahih kita sendiri telah merdeka dan bebas dari penjajahan. Tapi, adakah kita ni merdeka sepenuhnya? Kita fikirlah sendiri ye.
Kali ni aku nak cerita cara kita sambut hari kemerdekaan ni. Tiap-tiap tahun cara kita menyambut kemerdekaan ini agak ada pembaziran dan kadang-kadang ada melampaunya. Hilang batas-batas kita sebagai manusia yang ada pegangan agama.
Tahun ni malam kemerdekaan jatuh pada hari khamis malam jumaat. Sebahagian tempat di Malaysia mungkin menghormati hari seperti ini. Dimana pada malam ini kebanyakan masjid di Malaysia akan mengadakan majlis keagamaan sempena sambutan kemerdekaan. Ini adalah petanda yang baik kerana kita bersyukur dengan apa yang kita perolehi selama 55 tahun.
Sambutan kemerdekaan Malaysia tahun 2012 yang ke 55 tahun adalah sambutan yang penuh kontroversi. Sebab apa? Tema, lagu dengan logo merdeka ke 55 ini. Aku sendiri pun keliru. Jadi, bagaimana kita nak fahami erti kemerdekaan ini?
Seperti di tempat aku, sambutan akan bermula pada hari Jumaat dan di sambut secara sederhana ataupun besar-besaran. Aku pun tak tahu bagaimana sambutannya. Kena tunggu sahaja lah. Bagi aku sambutan kemerdekaan ini penting semasa sekarang untuk kita memperingati sejarah Malaysia.
Kita tidak boleh lupa tentang sejarah supaya sejarah tak akan berulang kembali. Kita kena beringat kenapa, bagaimana kita dijajah? Kita kena memahami semangat perjuangan yang telah datuk nenek moyang kita telah lalui. Tanpa usaha dan semangat mereka untuk menuntut kemerdekaan, belum tentu kita akan mengecapi keamanan dan kesenangan hidup secara bebas seperti sekarang.
Cuma, persoalan yang sentiasa bermain di fikiran aku. Kenapa sambutan kita di sambut dengan letupan mercun mahupun pancaran bunga api? Bukankah ia sesuatu pembaziran? Ada yang lebih teruk tu menganjurkan konsert liar. Adakah ini dinamakan bebas merdeka?
Sama-sama kita fikirkan. Kita makhluk berakal. Mampu berfikir dengan waras.
...Sekian, Wassalam...
...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...
SALAM KEMERDEKAAN!
ReplyDeletehttp://vanillapluschocolate.blogspot.com/2012/08/selamat-hari-kemerdekaan-yang-ke-55.html
Salam kemerdekaan jugak...
DeleteSalam kemerdekaan.
ReplyDeletep/s dah follow
Salam merdeka!=) syukur dgn nikmat kemerdekaa yg kita kecapi..alhamdulillah
ReplyDeletesalam merdeka=)
ReplyDeletehttp://lobaksusue.blogspot.com/2012/08/saya-bangga-jadi-rakyat.html
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 55
ReplyDeleteSalam Kemerdekaan ...
ReplyDelete