Sunday, August 5, 2012

Tips Mudah Jaga Kesihatan #01

...Assalamualaikum...

Kita wajib menjaga kesihatan diri kita. Dengan diri yang sihat kita dapat melakukan pelbagai tugas seharian dengan baik.

Tips yang aku nak kongsikan ini adalah tips mudah. Tak perlu apa-apa perbelanjaan untuk jaga kesihatan diri. Hanya kita perlua amalkan dalam kehidupan seharian kita.


*****

1. Minum air selepas bangun tidur. Air yang kita kena minum ialah air suam/air masak/air kosong. Tak kisah lah apa yang korang panggil. Yang penting korang faham apa yang aku cuba maksudkan. Nak lebih info, baca lah kat Sini. Setelah aku amalkan minum air selepas bagun tidur ialah sistem pencernaan akan aktif. Kiranya sihatlah kita membuang air di waktu pagi ni.

2. Jangan tidur semula selepas solat Subuh. Perkara seperti ini memang susah kita nak buat. Kadang-kadang terjadi juga pada aku. Orang tua-tua ada cakap kalau tidur semula selepas subuh rezeki akan lari. Dari sudut yang lain jugak, tidak tidur selepas subuh juga banyak memberi serba sedikit kesihatan pada diri kita.




Aku juga pernah terbaca tentang amalan seorang pelajar cemerlang ni, dan dia menyatakan yang dia tidak tidur selepas subuh. Sebenarnya, jika kita tidur selepas subuh, kita telah matikan otak kita. Nak tahu lebih lanjut boleh baca Sini.

3. Jangan tidur terlalu lama pada waktu siang. Yang ni penting jugak. Aku dapat tahu pun tips ini dari Dato' Aziz Satar. Katanya sebabkan dia mengamalkan cara sebegini dia sentiasa kelihatan awet muda. 

Lagi pun , fitrah yang ALLAH jadi kan manusia ialah manusia berkerja di waktu siang dan berehat di waktu malam termasuk melakukan ibadat dan tidur. Kalau nak tahu pasal ni boleh lah klik di Sini. Kalau nak tidur tu jangan lah jadi macam burung hantu ke kelawar ke. Siang tidur malam berjaga. Tak sihat jadinya.


*****

Cukuplah 3 tips aku bagi. Lain kali aku bagi lagi. Tips ni semua ni pun aku dapat melalui apa yang aku dengar dan juga apayang aku amalkan serba sedikit. Walaupun adakalanya tak berjaya. Yang penting dah mencuba.

notaFO : Mood tengah dengar lagu raya. Mak pulak sibuk buat kuih juadah raya.

6 comments:

  1. ya..minum air kosong tu sunnah nabi selepas bangun jer dari tidur, apa yang saya tahu, ia membantu proses pencernaan kita.

    Bukannya bangun tidur, terus hisap rokok..he.he..he.

    sebab tu sahur, kalu tak ada kurma kita minum air kosong jer....

    ReplyDelete
  2. ya betul tu, sunnah nabi minum air selepas bangun dari tidur, apa yang saya tahu ianya dapat membantu proses pencernaan.

    bukannya merokok lepas bangun tidur...he...

    kalau sahur pun, kalau tak ada kurma kita disunatkan minum air kosong.

    ReplyDelete
  3. Tips 1&3 tu sy amalkan..^_^
    tp tdo di siang hari tu, sy tak dpt nak tdo sekejap je..
    paling2 pun tdo 2 jam..=p
    tengah berusaha nak buang tabiat buruk ni.=D

    ReplyDelete
  4. subanallah, entry yang sangat berkesan..selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  5. Kalo berpuasa amalkan sahur walaupun seteguk air.

    p/s: masa kat matrik sahur juxt minum air sebotol besar sbb nk save duit. hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...