Wednesday, August 22, 2012

Dibuang Anak Kandung, Diambil Anak Tiri

...Assalamualaikum...

Bila dah berhari raya, memang tak sah kalau tak menziarahi rumah orang. Lebih-lebih lagi rumah saudara mara kan?

Jadi, bila dah berjumpa dengan saudara mara ni macam-macam lah cerita yang kita boleh dengar. Ni ada satu cerita yang aku dengar untuk sajikan kepada pembaca blog aku.

Aku nak cerita ni bukanlah untuk mengaibkan sesiapa. Aku nak cerita ni hanya untuk tauladan buat kita.

Mula cerita ni dah lama. Dan kisah ni berlanjutan sampai sekarang. Dan mungkin akan datang. Dan aku tak tahu lah apa kesudahan cerita ni. Cukuplah watak utama dalam cerita aku ni, aku gelar sebagai mak cik. Supaya tak mengaibkan sesiapa.

*****

Mak Cik ni dah menjanda lama. Kalau tak silap sejak tahun 2006. Suami dia meninggal sebab serangan jantung secara mengejut ketika menangkap ikan di laut. Mak Cik ni ada 6 orang anak. 4 lelaki dan 2 perempuan. Setelah suami mak cik ni meninggal dunia hidup dia agak susah sebabnya anak dia tak membantu, malah anak dia hanya meminta duit kat Mak Cik ni.

Mak Cik ni terlalu sayang kat anak dia. Jadi, apa anak dia mintak dia bagi je. She never say 'no!'. She always say 'Yes'. Anak Mak Cik ni pun rasa terbela lah. 

Sejak Mak Cik ni jadi janda, hidup dia memang tak senang. Apa yang dia buat semua anak dia nak kawal. Mak Cik aku ni pun mula buat kuih. Untuk jual. Semuanya untu anak dia. Tapi, anak dia sikit pun tak menghargai. Apa yang anak Mak Cik ni tahu ialah hanya meminta dan terus meminta. Padahal anak dia semua dah berkerja.

Akhir tahun 2011, mak cik ni ambil keputusan nak mendirikan rumah tangga dengan orang lain. Tapi, anak dia semua tak bersetuju. Semua tak suka. Alasan dia cuma satu je iaitu takut orang rampas harta arwah ayah dia. Lepas tu, dia fitnah yang orang yang nak mak dia tu guna ubat guna-guna untuk dapatkan mak dia.

Mak Cik ni tak kisah. Dia kahwin jugak. Adik-beradik mak cik ni semua setuju supaya mak cik ni berkahwin. Paling kurang pun hidup dia terbela. Terjamin. Tak lah hidup di bawah terlunjuk anak je.

Tapi, anak Mak Cik ni memang tak suka jadi anak-anak Mak Cik ni siap cakap "Kalau Mak kahwin dengan orang tua tu, aku tak kan jenguk mak lagi. Mak jangan tinggal kat rumah ni. Keluar dari rumah ni". Kiranya macam tu lah anak dia kata. Segala geran tanah dan harta benda mak cik ni semuanya anak dia ambil. Buat hak.

Mak Cik ni tak kisah pun anak-anak dia ambil harta tu.

Selepas Mak Cik ni berkahwin, hidup dia bahagia sangat. Dah boleh bergaya. Walaupun tak kaya tapi hidup dia terpelihara. Tapi, dalam sudut hati seorang ibu mestilah nak kan anak sentiasa berada di sisi. Suami baru Mak Cik ni baik je. Tak jahat pun. Sentiasa tolong Mak Cik ni. Memahami isi hati Mak Cik ni.

Baru-baru ni time raya, seorang anak dia tak datang jenguk Mak Cik ni. Hidup Mak Cik ni hanya menumpang kasih anak tiri je. Anak tiri Mak Cik ni kaya, baik pulak tu. Time raya ni Mak Cik ni naik kereta Honda tau. Kelas kau naik kereta Honda. Anak kandung dia sendiri pun tak ada kereta macam tu.

Baru-baru ni Mak Cik ni di pelawa oleh anak tiri untuk melancong. Semuanya anak tiri nak taja. Anak kandung? Ada ke nak buat macam tu? Tak ada kan?

Tapi, dalam sudut hati kecil Mak Cik ni sungguh terasa lah. Beraya tanpa anak kandung di sisi. Ibu mana yang tak sayang anak. Walau anak tu jahat sangat mak mesti sayang anak.

*****

Setakat ini je lah aku nak bercerita. Harap dapat faham. Aku ni tak pandai nak mengarang cerita sampai terkeluar air mata. Harap cerita macam ni dapat memberi pengajaran buat semua orang. Hargailah ibu anda. Ibu tiada galang gantinya. Hanya satu je ibu anda di dunia ini. Tiada Ibu tiadalah kita.

Selepas aku tahu kisah Mak Cik ni, seba sedikit menjadi tauladan buat aku. Aku menjadi lebih menghargai Mak aku.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...




4 comments:

  1. Alhamdulillah. Masih Ada yang sayang padanya. Balasan Allah atas kebaikannya.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, sedihnya... Anak memang patut menghargai ibunya

    ReplyDelete
  3. Mak ai..sedey giler. Spesies anak x guna nie. nsb bek makcik tu kawin lain.

    Mari kenali UAI ^^

    http://pawakadaksina.blogspot.com/2012/08/mari-kenali-ustaz-azhar-idrus.html

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...