Sunday, November 27, 2011

Cuti-Cuti Malaysia : Mari Melawat Johor

Memandangkan sekarang tengah cuti sekolah, jadi aku terpanggil untuk buat cerita pasal tempat yang ,menarik yang boleh korang pergi. Terutama yang ada anak tapi tak tahu ke mana nak bawa anak bercuti. Tak payah pergi ke luar negara. Kat Malaysia sendiri pun banyak tempat menarik.

Kali ini aku nak tunjuk satu tempat kat korang. Tempat tersebut ialah KOTA TINGGI WATERFALL RESORT yang terletak 16 KM dari bandar Kota Tinggi. Tempat ini menjanjikan percutian korang menjadi lebih bermakna. Yang mana kerja dalam kesibukan bandar boleh datang sini. Bak kata orang boleh release tension.

Jadi aku nak share lah sedikit gambar yang menarik yang terdapat di resort ini.


air terjun yang menjadi tumpuan pelancong sama ada dari dalam negara mahupun luar negara. Kalau ada shooting gambar pengantin kat sini juga adalah pilihan utama mereka. Air yang sangat sejuk. Sesuai mandi ketika waktu panas. Berendam dalam air ni setengah jam pun dah menggigil-gigil.


Bukan setakat air terjun kat atas je jadi tumpuan. Ada juga 3 kolam utama sepanjang laluan air terjun ni. Pengunjung boleh bebas menggunakan kolam mana yang mereka suka. Ada juga permainan gelongsor air ala-ala roller coster. Tapi nak main permainan ni tak boleh main gelongsor dengan sendirinya. Syaratnya kena ada pelampung khas digunakan untuk permainan ini. Jadi pengunjung perlu menyewa pelampung tersebut dengan kadar RM5 dan RM8 untuk pelampung SINGLE atau DOUBLE.



Kalau yang nak menginap sini ada juga chalet disediakan. Kadar sewaan chalet tersebut ialah RM180/RM150 untuk 1 malam. Dalam Chalet tersebut disediakan 2 katil, tandas, tv dll. Kalau nak tilam tambahan juga ada disediakan tapi charge tambahan akan dikenakan.


Hotel pun ada juga. Hotel ni murah sikit dari Chalet. 1 malam RM150/RM130. Dia murah sikit sebab tv tak disediakan tapi kemudahan lain still sama. Ada penyaman udara, tandas dll. Tapi, hotel ni jauh sikit lah dari pemandangan air terjun.


Bagi sesiapa yang tidak tahan sejuk akan kesejukan air terjun, swimming pool pun ada disediakan. Kalau yang menginap hotel tiada bayaran dikenakan tapi bagi yang datang berkunjung bayaran dikenakan sebanyak RM5.


Kat sini bukan setakat air je kita boleh lihat. Ada juga Rabbit Farm. Kita boleh lihat serba sikit macam mana rabbit ni hidup. Kalau ada rezeki, kita boleh sentuh dan membelai dengan penuh kasih sayang rabbit tersebut. Cewah!!! Kalau yang nak membeli rabbit tersebut pun boleh juga. Harga boleh dirunding.


Lobi ni lah kita boleh tanya macam-macam kat pekerja yang mesra pelanggan. Kalau pekerja tu tak mesra bagi je penampo. Baru sedar sikit. hahaha. Tak de lah gurau jek.


Ni adalah restoran view. Kenapa restoran view? Sebab restoran ni kita boleh tengok pemandabgan air terjun yang mencurah-curah ke ladang gandum. hahaha. Tapi, restoran ni di buka jika ada function-function tertentu je. Tapi, kalau hari-hari biasa ada food court yang beroperasi dari pagi sehingga petang.


Ni adalah kedai cenderamata. Boleh la beli barang cenderamata untuk dibawa pulang buat kenang kenangan.


Nak pergi tempat ni ada beberapa peringatan yang perlu aku bagi tahu.

 Masuk tempat ni dikenakan jugalah bayaran
    Dewasa : RM 7.50 seorang
    Kanak-kanak : RM 3.50 seorang
    Kereta : RM 3.00 sebuah
    Motosikal : RM 1.00 sebuah
    *kanak-kanak dibawah 4 tahun adalah percuma. Lagi satu ini adalah harga sehingga september 2011. 

Disini bukan setakat percutian je kita boleh buat. Kalau nak buat function, perkhemahan pun boleh. Nak sambut hepy besday pn boleh. Nak buat BBQ pn boleh juga. Apa pun semua boleh runding dengan pekerja kat sana yang sungguh mesra.

Harga memang mahal tapi ia memberi satu kepuasan buat mereka yang berkunjung ke sini. Bila da datang sini, korang akan merinduinya untuk datang banyak kali.

Kalau nak buat tempahan mahupun pertanyaan lebih lanjut mengenai tempat ini boleh lah menghubungi di talian 07-8899111/222.

Kalau dah baca, sila "LIKE" post ni. Thanks.

Saturday, November 26, 2011

Hijrah Awal Muharam

Rasanya ramai yang mengetahui akan makna Hijrah iaitu perubahan ke arah kebaikan. Rasulullah juga berhijrah tapi hijrah Rasullulah dari Mekah ke Madinah adalah untuk menyebarkan Islam yang suci ini. Tapi apakah Hijrah dalam konteks diri kita?



Bagi diri aku Hijrah yang harus dilakukan diri kita sebagai seorang muslim adalah untuk mendekatkan diri lagi kepada Yang Maha Esa bukan makin menjauhkan diri darinya. Kita juga harus bertaubat dengan apa yang telah kita lakukan agar di tahun baru ini kita tidak akan melakukannya lagi.

Dalam sambutan tahun baru yang baru sahaja menjengah ini tentu banyak azam dan tekad serta cita-cita yang ingin dicapaikan. Seperti juga aku, mesti ada azam yang perlu dilakukan agar hidup kita di dunia ini menjadi lebih sempurna dan selesa. Dalam keinginan kita mengimpikan sesuatu, kita harus serta kan dengan usaha dengan doa. Angan-angan semata-mata tiada faedah. Maka jadilah seperti angan-angan Mat Jenin yang mati sia-sia yang jatuh dari pokok kelapa akibat terlalu berangan-angan.

Jadi, di kesempatan ini aku nak ucap kan Salam Maal Hijrah kepada semua umat islam di dunia. Tak kiralah yang baca blog ni atau tak. Semoga apa yang ingin di capai tahun ini kan tercapai. 


Agak-agaknya apa azam korang ditahun baru ni??? Adakah azam korang tahun lepas tercapai???

Kalau da baca mintak "LIKE" entry ini.


Wednesday, November 23, 2011

Tiba-tiba Rindu KMNS.

Tiba-tiba teringat kat KMNS
Kalau dah teringat mesti lah rindu kn?
Kalau dah rindu mesti nak imbau balik apa yang dibuat masa kat matrik dulu.
Ikuti serba sikit apa yang aku buat kat matrik sampai aku rindu sangat kat KMNS ni.


Ni pagar dan logo KMNS. Logo ni simple tapi bermakna. Di sebalik nama KMNS ni pun ada maknanya : Kita Menjana Nilai dan Skor. Memang menjana lah. Apa taknya 2 tahun aku kat KMNS ni. Mana bole aku lupa. Lagi plak masa kat matrik ni jugak adalah first time aku duk hostel. Maknanya kali pertama berjauhan dari ketiak mak bapak lah.


Minggu pertama masuk kena orentasi. Tapi, aku ni spesial sikit sebab orentasi 2 kali. Ye lah aku kan 2 tahun duk belajar kat matrik. Orang lain dapat setahun tapi aku dapat 2 tahun. Ni lah padah kalau SPM tak bagus. Hahaha.


Ni geng aras aku masa duk kat B3 aras 4 tahun 2009/2010. Masa ni orang cina sambut perayaan tanglung. Kitorang pun nyibuk jugak lah. Sama-sama nak sambut. Padahal kitorang tak ada pun yang cina. Kalau nak tahu lagi, aras kitorang asik kena sound dengan felo pasal aras kitorang adalah aras paling kecoh dan bising sekali. Bak kata macam nak runtuh lah. Kalau nak makan tu, ajak ramai 1 aras serang kafe. Kira macam adik beradik lah. Seronok kalu kenang balik.


Ni geng kelas aku masa aku PDT la. Kelas MH1P3. Kelas ni antara pelajar paling ramai dalam kalangan pelajar PDT yang lain iaitu 25 orang. Kalau kelas lain belas-belas je. Kelas ni plak kelas paling kecoh. Ada je benda nak buat. Memang sporting 1 kelas. Ada yang mula masuk pemalu tp bila dah lama dalam kelas ni semua jd tak malu. Tapi, tak malu dalam konsep ni bukan lah sampai tahap buka baju. Ada mahu kena buang matrik tapi tak tahu malu dalam kel;as ni adalah semua jadi peramah dan kecoh nak mampos. Dalam kelas ni plak aku jadi ketua. Kalau aku ketua paham-paham je lah. Garang!!! hahaha. Dalam kelas ni ada je yang kena marah dengan aku tapi tak semua lah. Apa pun kelas ni memang best lah. Tak tahu lah bila nak jumpa lagi.


Yang ni menang kawad kaki MINI KAKOM KMNS tahun 2009/2010. Walaupun dapat Perak, berbaloi jugak lah sebab malam berlatih sampai 1 pagi. Penat tu!!! Aku memang minat kawad sejak dulu lagi tp kat matrik ni lah baru aku dapat nak masuk dengan benda ni. Sebab tu aku suka sangat kat KMNS ni. Kat sini lah minat aku mula di asah. 


Gambar kat atas ni adalah gambar aku bersama dengan geng PST. Masa ni dah masuk tahun ke 2 aku kat matrik. Tahun ke 2 ni aku dapat budak kelas yang baru. Aku ingat depa semua ni tak best macam budak kelas aku masa PDT. Rupa-rupanya lagi bergalak. Tengok lah kalu ada shooting ni. Berposing bukan kemain. Aku yang dulu segan nak bergambar ni pun da ikut bergalak macam diorang semua ni.



Kat mana-mana saja boleh nak bergambar. Asal dapat posing. Kat tangga, kat padang, kat kafe semua boleh. Entah-entah dalam tandas pun aku tak tahu. Kalau dah bergalak nak berposing, kat mana pun boleh. Kalau nak tahu kat dalam kelas ni lah buat aku banyak gelak je. Bertambah awet muda aku. Walau pun aku tua setahun dari mereka ni. Dalam kelas ni banyak kemengan bersama dalam kerja berkumpulan. Pertama kelas aku dapat juara buat model LIVER dalam pertandingan pemeran biologi. Kedua, tempat ke 5 dari 39 kelas menang pertandingan peta minda biologi bagi tajuk GROWTH. Seronok sangat!!!


masa ni tak sangka aku dapat wakil KMNS sekali lagi bersama Bella & Mar dalam pertandingan melukis poster sempena Hari Statistik di UM. Bertambah tak sangka menang dapat saguhati dalam 70 lukisan poster yang lain. Kiranya lukisan kami ni top 10 la. Seronok masa ni. Kalau ada lagi aku nak join tapi entah lah bidang dah lain. Kalau Mar ni selalu lah jumpa pasal 1 kelas dengan dia. Yang Bella jauh sekali. Belajar pun dah kat UPM.



Berdasarkan kesinambungan kawad aku yang tahun lepas, aku terjebak pula dalam KAKOM di KMJ. Atas sebab minat aku sanggup berpanas berhujan berembun datang latihan kawad ni. Alhamdulillah, menang pinagat GANGSA. Dapat sumbang pingat buat KMNS. Bangga masa ni. Bertengkar, bergaduh, menangis semua ada masa latihan kawad ni. Akhirnya dia membuahkan hasil apabila menang di padang kawad KMJ. Walau pun tak juara, tapi tetap bagi kepuasan buat kitorang. Masa latihan kitorang dah macam adik beradik. Semua kongsi bersama.



Yang ni 1 lagi. Aku masuk koir KMNS mewakili blok. Masa tu nyanyi lagu 1 Malaysia dengan lagu warisan. Menang jugak. Dapat tempat ke 3 dari 5 group. Tuah aku lah kot. Asal masuk asik menang je. Time sekolah trak pulak menang. Actually, time ni adalah first time aku masuk koir. Sebelum ni tak pernah pun. Ni pun aku minat jugak. Tapi, kalau nayanyi sorang-sorang memang tak sedap lah suara aku ni. Nyanyi ramai-ramai baru best.


Yang rambut lebat semacam tu kawan baik aku kat KMNS ni lah. Kalau pape cerita mesti nak cerita kat dia dulu. Problem pun sharing. Tapi, sekarang dah susah sikit pasal dia belajar jauh kat oversea. Kat UMS.
Yang wanita ala-ala melayu terakhir ni pun kawan aku jugak. Kawan sekampung aku. Dulu tadika sesama. Pengalaman yang aku tak dapat aku dangan dia lupa ialah aku tarik kerusi masa dia nak duduk sampai dia jatuh terduduk kat lantai. Nasib baik dia tak nangis. Sampai sekarang aku dengan dia ingat lagi peristiwa yang berlaku masa aku tadika tahun 1997. Lupa nak bagi tahu yang lelaki rambut lebat tu sadam aka adam. Yang wanita melayu terakhir tu Shaza aka L.





Semangat kitorang keluar outing. Kat Kuala Pilah pun jadi lah. Tak ada shoping compleks pun. Tapi pekan ni klasik. Dah penat berjalan makan cendol. Cendol paling popular kat Kuala Pilah.


Wajah-wajah ceria yang beriya-iya ni adalah antara cikgu-cikgu yang pernah hadir dalam hidup aku kat matrik. Ada banyak lagi tapi aku tak ada gambar mereka ini. Mereka ni lah yang bagi tunjuk ajar dan nasihat sehingga aku dapat jugak masuk UKM yang tak pernah tercapai dek akal fikiran aku ini. Kalau tak ada mereka semua tak tahu la apa jadi dengan hidup aku.

Sesungguhnya hidup aku kat matrik ni mengajar dan memberi aku pengalaman yang cukup berharga yang membuatkan aku sentiasa rindu akan segala-galanya di KMNS. Betul apa yang cikgu-cikgu di KMNS katakan yang kehidupan di KMNS ni akan aku kenang dan rindui sepanjang hidup.

I VERY LOVE KMNS!!!

Kalau dah baca mintak tolong untuk 'LIKE'... Thanks...

Tuesday, November 22, 2011

Gelombang TG2KM Kembali!!!

Semalam adalah pelancaran logo TG2KM : Temasya Gemilang Kolej Keris Mas. Ini adalah acara yang julung-julung kali yang diadakan di Kolej Keris Mas. Aku secara tak langsung menjadi Timbalan Executif Unit Khas & penerbitan. Pelancaran tadi serius best.

Apa yang nak aku ceritakan ialah persiapn aku sebelum pelancaran. Kitorang dibawah unit Khas & Penerbitan telah buat logo kat atas polosterin. Penat jugak lah buat benda alah ni. Dari pukul 10 pagi sampai pukul 5 petang. Kitorang  buat masa hari ahad ari tu. Untung tak hancur polisterine ni dibuatnya kitorang ni.
Ingat tak pandai nak melukis. Rupanya pandai jugak lah aku ni melukis. Tapi, kalau mintak aku jadi arkitek gerenti bangunan tersebut RUNTUH!!!

Ni lah permulaan kerja melukis logo.

ni plak tengah mewarna.

ni dah siap. Sama tak macam yang kecik tu. Yang kecik tu guna komputer.


ni lah potong buat puzzle. Penat tau nak potong ni.
Benda alah ni nak guna masa pelancaran logo. Pelancaran logo pun da buat semalam yang dilancarkan oleh Pengetua Kolej Keris Mas, UKM di Kafe KKM. Dia lah kena susun puzzle ni. Berpeluh-peluh dia susun puzzle ni.

Dalam pelancaran ni jugak dia perkenal kan para ajk TG2KM. Kira aku pun termasuk sekali la. Aku surprise giler masa gambar aku keluar. Satu kafe sorak kot. Dia amik gambar aku kat Facebook. Orang yang ada kat situ tahu lah. Segan lak aku. Hahahaha. Sebenarnya tak sangka kena sorak. *perasan betul mamat ni

TG2KM ni akan diadakan pada 9-11 Mac 2012 di Dataran Gemilang UKM. So, ni nak promote skit. Siapa-siapa yang ada kesempatan boleh lah datang. Tak kisah lah korang duk mana ke pelajar atau tak ke. TG2KM ni untuk semua. Pelajar U lain pun boleh datang sekali. Tak ada masalah.

Macam-macam program ada. Kalau nak tahu datang lah ke UKM ni.

Kalau dah baca, sila la 'LIKE'. Terima Kasih 

YEAH!!!! MALAYSIA MENANG!!!

Rupanya nervous aku terjawab jugak dengan menangnya Malaysia ke atas Indonesia. Aku ingat aku nervous ni sebab nak amik exam Mikrobiology. Tak tentu arah jawab exam. Akhirnya dapat gak nak tengok perlawanan bola sepak ni. Seperti yang aku bagi tahu sebelum ni, aku ni tak la minat bola. Tapi, bila time Malaysia lawan ni lain plak semangatnya. Terpekik terlolong seh aku.

Paling hangat kat sini sebab ada penyokong Indonesia sekali. Nak-nak lagi duk kat Kafe KKM ni. Mau nak runtuh kafe ni. Penat pakcik mak cik kafe ni nak kemas hasil sepahan yang dilakukan kitorang para fanatik bola Malaysia & Indonesia di KKM ni.

Aku ingat yang sorak sorai ni kat kolej aku je. Rupa-rupa nya seluruh UKM kot. HAHAHA... Memang meriah...

Kepada pasukan Malaysia yang menang TAHNIAH!!! diucapkan. Kepada pasukan & penyokong Indonesia, takpe lah. Adat mainan ada menang ada kalah. Lagipun Indonesia dah banyak emas. Bagi plak kat kitorang ni yang tak cukup emas. Hehehe.

Ni nak share skit la gambar yang sempat aku amik kat kafe KOLEJ KERIS MAS ni. Gambar ni memang tak lawa. Tapi, boleh lah nak ditengok.

*gambar masuk esok..

Sunday, November 20, 2011

Betul ke Aku Diasah??? ( Part 3 )

Rasanya dah lama aku tinggalkan kisah yang ada 3 part tu. Jadi kali ni nak sambung balik la cerita tu. Cerita ni adalah part terakhir iaitu part ke 3. Kepada yang tak sempat untuk baca part ke 1 dan ke 2 boleh klik kat link bawah ni :


OK. Kisah Part 3 bermula pada pagi ahad 30 Oktober 2011. Time ni dah seronok lah pasal danak balik. Tapi ada lagi seronok sebab aktiviti terakhir ni ada flying fox dengan abselling.

power tak!!! boleh terbang-terbang.


ni lah barang yg digunakan untuk terbang-terbang


ni menara pelepasan untuk terbang.

that my group. kepang namanye.



yang ni plak group HA!!!


yang ni plak group OK.

yang ni group cap ayam.

bersemangat nak blik tp terkandas kejap pasal hari ujan masa tu. tu duk bawah khemah ni.

ni nak lg terang menunjukkn group aku. yang kat atas td semua berselimut.
Bila dah sakan bergambar, kitorang balik lah naik bas KIFFAH yang banyak digunakan oleh budak UKM ni. Sampai nak pegi program pun tetap guna bas ni. 5 jam perjalanan sampai jugak di UKM tercinta.

Rasanya korang tertanya tak kenapa aku bagi tahu yang aku diasah??? Jawapannya tempat perkhemahan kitorang memang tempat dia nama asahan. Kalau nama penuhnya : KEM SAUJANA ASAHAN, MELAKA. 

Kem ni memang best. Kalau ada peluang mesti nak pergi lagi

Kalau dah baca mintak khidmat korang untuk LIKE

Saturday, November 19, 2011

Amalan Ayatul Kursi


Hari ni tak ada sangat nak di ceritakan. Tapi, hari ini ada sedikit perkongsian mengenai ayat kursi yang patut kita sebagai hamba ALLAH amalkan. Hal ini kerana ayat kursi mempunyai kelebihan kepada diri kita sebagai manusia. 

Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.




1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.


2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.


3)  Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.


4)  Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.


5)  Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.


6)  Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.


7)  Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.


8)  Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.


9)  Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.


10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.


11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.


12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.


13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.


14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.


16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.


18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.


*Jangan sekadar dibuat hiasan Ayatul Kursi tetapi diamalkan sebaik-baiknya.Insyaallah!


Dah baca sila "LIKE" ye.. terima kasih...

SEGMEN | JOM FOLLOW DAN KOMEN

...ASSALAMMUALAIKUM...
...SALAM SEJAHTERA & SALAM 1 MALAYSIA...


Nampak tak banner kat atas tu. Kali ni nak join segmen lagi. Segmen Pak Joe. Saje jek nak join. Tengah stress sangat join je la segmen ni. Buat-buat soalan kimia asik tak dapat je. Geledah benda lain kat internet ni dapat plak??? ish3. Tu yang join segmen ni. Dapat tak dapat apa misi nya belakang cerita.

Apa yang kena buat ialah suruh bagi tahu bilangan follower setakat ini. Jadi follower blog ni setakat ini ialah 72. Memang tak banyak sebab ini blog baru. Tak sampai setahun pun.

Kalau sesiapa nak join bole klik je kat banner tersebut. Kalau tak dapat klik je di SINI

Itu je. Thanks.

Friday, November 18, 2011

Aku STRESSSS!!!!!!

Semakin lama, semakin stress MFO rasa. Ye ke MFO stress?. MFO ni pelik kadang-kadang. MFO sendiri pun tak tahu yang MFO ni stress ke tak. Tapi MFO perasan kalau ia berlaku simptom-simptom berikut tandanya MFO tengah stress.

  1. Aku ni mudah lapar. Sikit-sikit nak makan. Baru lepas makan, nak makan lagi. Kepada yang kenal aku ni, kalau tiba-tiba nampak aku asik kata lapar je tandanya aku tengah STRESS la.
  2. Rasa mengantuk dan terlalu banyak sangat nak tidur. Ni pun salah satu tanda yang MFO tengah STRESS
  3. Perasaan malas untuk melakukan sesuatu perkara membuak-buak dalam diri. Tak tahu la kenapa. Tapi yang jelasnya tandanya tengah STRESS la tu.
  4. Lagi satu, kalau badan ni asik sakit je, tak kiralah kepala ke hidung ke tekak ke. tandanya tengah STRESS la tu. Sekarang ni pun tengah sakit kepala.


Makin tambah STRESS bila orang lain dapat cover subjek yang belajar tapi MFO satu pun tak tahu. Macam orang tak pernah belajar. Macam-macam yang boleh buat MFO STRESS.

  1. Exam ni datang bertubi-tubi. Belum habis midsem exam da sibuk dengan final pulak.
  2. Assignment yang banyak guna masa plak kena tambah untuk buat. Present ini present itu.
  3. Tak cukup dengan tu ditambah lagi plak dengan KO-K. Ni kes nak tambah LC. Kalau tak dek kerana LC, tak bermakna nak join TG2KM. Tapi, bila dah dapat tugas ni kena lah buat yang terbaik.


Kalau dah STRESS ni melanda diri. Apa yang MFO buat ialah :

  1. Cuba relax. Tak payah nak kelam kabut. Kalau kelam kabut makin serabut kepala ni.
  2. Kalau pasal nk exam ni, study je yang mana mampu. Jangan tak study sudah lah. Lagi parah.
  3. Banyak lakukan ibadah supaya tenang sikit.
  4. Kalau nak release sangat tengok tv ataupun dengar lagu


Apa pun nak buat lah yang terbaik untuk capai kejayaan. Tak nak menyesal di kemudian hari.

Thursday, November 17, 2011

Malaysia lawan Indonesia di KKM

Hari ini Malaysia menentang Indonesia dalam bola sepak sukan sea di Palembang. Rasanya semua dah tahu yang Malaysia menang 1-0. Dan bakal ke separuh akhir bertemu Myanmar. Tak tahu plak bila, lupa plak.

Tapi, bukan ulasan bole ni nak diceritakan sangat tapi kemeriahan yang ada kat kafe Kolej Keris Mas ni. Memang meriah pasal penyokong yang duk kat kafe ni ada orang Malaysia dengan orang Indonesia. Memang gempak lah. Bersorak sorai. Untung lah kafe KKM tak runtuh.

Ni ada lah 4 keping gambar yang tak lawa memandangkan masa snap gambar ni tangan tak betul. Tapi masih boleh tengok untuk tengok betapa semangat nya mereka nak tengok Malaysia menang. Baik lelaki, baik pempuan.

Akak ni semangat nak tengok bola. Sampai hentak-hentak meja.

nampak tak skrin kecik tu. Skrin ni lah yang menjadi rebutan nak guna tengok bola.

abang-abang kat belakang tu ramai lagi. yang sebelah sana plak penyokong indonesia. 

Time ni Malaysia dah isytihar menang. Apa lagi balik lah.

Sebenarnya MFO ni tak minat sangat dengan bole tapi boleh lagi lah nak tengok. Nak tengok pun kene tahu sapa lawan sapa. Tapi, mostly tengok yang Malaysia main la. Baru rasa dekat dengan hati. Kalau yang international macam arsenal ke liverpool ke MU ke, tak tengok sangat. Tak tahu la kenapa. Kalau Malaysia main baru tengok.

Masa MFO tengok bola ni pun, main tengok je. Tak sorak pun sebab masa tu tengak makan nasi goreng ikan masin bersama otak-otak. Sedap sampai tak terkata apa-apa.

Apa pun TAHNIAH la kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana berjaya melayakkan diri ke separuh akhir. Teruskan lagi perjuangan sehingga menggenggam emas sukan sea ke 26.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...