Kali ini satu lagi buku yang aku dah abis baca. Tajuk dia macam yang aku tulis kat atas tu. Buku ni adalah spesis novel. Secara saintifiknya dia adalah Novel Psikologi Islam Pembangun Jiwa. Novel ni karya novelis Indonesia tapi bahasa dia mudah difahami dan seperti bahasa kita di Malaysia.
Dalam buku ini ada 2 mini novel. Pertama Pudarnya Pesona Cleopatra. Sinopsis cerita dia adalah mengenai seorang pemuda yang telah dijodohkan dengan wanita yang bukan pilihan dia. Lelaki tersebut adalah lkulusan agama dari Mesir. Wanita tersebut amatlah baik yang amat. Bukan setakat baik, cantik pun yek jugak. Masalahnya si suami ni tak minat pada jodoh pilihan ibu dia. Dia lebih minat akan wanita arab yang dikatakan cantik umpama Cleopatra. Sehingga lah dia menemui dengan bermacam orang yang bercerita mengenai wanita arab menyebabkan dia mula jatuh cinta. Akan tetapi cinta dan rindunya tiadak kesampaian di sebabkan oleh..........
Rasanya tak perlulah aku bagi full story. Nanti tak ada pulak yang nak baca novel ni.
Mini novel yang kedua ialah Setitis Embun Cinta Niyala. Ni pun satu lagi kisah cinta. Bukan satakat cinta pada kekasih malah kepada ahli keluarga dan pada Yang Maha Esa. Apa yang ingin aku sampaikan dalam kisah ini seorang wanita solehah yang bernama Niyala. Niyala dalm dilema apabila menerima surat dari ayahnya untuk menikah dengan orang yang tidak disukainya disebab kan sejarah hitam yang menimpa dirinya. Dia tidak sanggup untuk melakukan semua itu. Tapi, jiwanya rasa terpaksa melakukan demi ayahnya kerana ayahnya menanggung hutang budi dan wang yang banyak terhadap bapa kepada lelaki tersebut. Akan tetapi Faiq berjaya menyelamatkannya dalam hal ini. Siapa Faiq? Apa yang Faiq buat untuk selamatkan Niyala? Jadi untuk ketahui bacalah novel ini.
Semasa aku baca novel ini macam-macam perasaan yang keluar. Rasa macam wujud dalam diri aku. Jadi tak rugi kalau aku katakan yang korang pun patut baca novel ni.
SPESIFIKASI BUKU
Penulis : Habiburrahman El Shirazy ( Penulis Novel BEST SELLER 'AYAT-AYAT CINTA' )
Halaman : 125 Halaman
Harga : RM11.90 (semenanjung) RM 13.90 ( Sabah & Sarawak )
Cetakan terakhir : May 2009 ( dalam buku yg aku beli ni)
p/s : ni first time sebenarnye baca novel cinta macam ni. Sebelum ni baca novel thriller je. hehehe..
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.