Tuesday, November 8, 2011

Tentang Bulan

Hari ni malam jam 10 sampai 12 aku tonton lah filem Tentang Bulan di TV3. Filem kanak-kanak. Tapi, filem ni bagi penuh pengertian kepada aku. Rasanya ramai juga yang dah tahu pasal filem ni. Filem mengenai sahabat. Kasih sayang dalam persahabatan.



Kenapa kali ini hati aku terdetik nak menulis pasal entry ini???...

Kalau nak tahu, bila aku tengok je filem tu ia membuatkan air mata aku hampir tertitis. Apa yang nak aku sampaikan ialah aku ni tak ada la pengalaman yang manis dalam persahabatan yang ada dalam filem tersebut. Jika ada pun tak lah seindah yang ada terpapar dalam filem tersebut.

Kalau nak tahu juga aku ni tak lah mempunyai sahabat yang betul-betul karib di mana aku boleh share segala masalah dan memahami aku. Aku hanya ada kawan. Mungkin kawan ketawa dan ketika senang mudah aku dapat. Aku nak cari kawan yang susah senang bersama pun susah. Bagi aku kawan ketawa pun memadai untuk hilang kesunyian hidup. Tak tahu la kenapa. Kadang-kadang dalam persahabatan ini perlu ada saling memahami antara satu sama lain. Barulah persahabatan akan sentiasa menjadi manis.



Sehingga sekarang aku hanya ramai kawan bukan sahabat. Aku tak tahu siapa yang boleh jadi benar-benar sahabat aku. Bila seseorang itu merahsiakan sesuatu adakah dia dikira sahabat?

Bagi aku sahabat ni mestilah :
1. Orang yang boleh memahami diri kita sama ada diri kita ni baik atau buruk.
2. Keduanya sahabat ni boleh berkongsi masalah bersama.
3. Sahabat ni juga boleh ketawa dan menangis bersama.
4. Sahabat ni boleh menjadi pendengar yang baik buat kita
5. Seorang sahabat tak akan menyakiti hati dan perasaan kita.

Kadang-kadang dalam persahabatan mesti ada salah faham. Jika salah faham berlaku cepat-cepat lah selesaikan. Kenapa ada yang salah faham dengan sahabat akan memutuskan sahabat dengan begitu sahaja. Bila nak continue balik persahabatan dah susah. Masing-masing akan ego.

Pesanan aku untuk korang yang ada sahabat, jagalah persahabatan ada. Sayangilah sahabat anda umpama adik beradik sendiri. Adik beradik pun kita tak sayang umpama sahabat. Kalau boleh nak hidup semati dengan sahabat.

Sebagai penghargaan kepada yang sudi baca entry ni sila lah dengar dan lihat klip video ini. Hayati lirik dia. Kalau betul dihayati akan menitis air mata.


2 comments:

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...