Wednesday, November 16, 2011

Jakun Di PTSL

Hari ni teringin lah nak jadi mat library. Sejak semalam lagi da mula. Masalah jhakun pun da timbul sebermual nya masuk ke library. Dah 2 bulan duk kat UKM pun baru time ni nak masuk. APA LAH NAK JADI!!!

Semalam, masuk-masuk je konon-konon nak cari buku kimia. Tajuk pasal pH yang ada titration. Cari punya cari buku kat aras 4 tak de. Yang ada ensiklopedia je. Apa kejadah plak lah buku macam ni banyak. Tak berguna untuk rujukan yang nak dicari.



Dah puas cari mencari barulah nak bertanya kat librian kat mana buku rujukan yang lain.

"Buku tersebut ada kat aras 5. Kat situ macam-macam buku rujukan ada". kata libririan tersebut.

Apa lagi naik la ke aras 5 bangunan PTSL tersebut. Alangkah terkejutnya melihat rak-rak buku disana. Betapa penuhnya dengan buku-buku. Pening-pening. Proses pencarian dimilakan lagi untuk mencari rak buku kimia yang dimahukan. Nak cari rak pun da makan masa. Belum cari buku lagi. Bila dah jumpa rak, cari buku plak. Nak cari buku yang sesuai ni memang makan masa. 15 minit jugak lah baru jumpa buku yang dimahukan.





Buka je buku tu, nak carilah bahan rujukan. Cari-cari macam tak ada sangat je rujukan dia. Macam tak lengkap. Sekali bukak la kat muka depan. Kononnya nak tengok la tahun dia publish buku tu. Seka li tengok buku tu publish tahu 1986. Lama nya punya buku. Buku ni lebih tua dari aku rupanya. Time ni mak abah aku pun belum berkenalan agaknya. Pening nak cari buku kat library UKM ni.

Sebagai pengajaran, rajin-rajin lah ke library. Study kat library ni memang best sebenarnya. Cuma perasaan nak balik bilik ni berkobar-kobar walaupun kolej jauh sangat dari fakulti.

konon-konon study


p/s : Untuk pengetahuan Library UKM ni namanya PTSL ( Perpustakaan Tun Sri Lanang ) merupakan perpustakaan terbesar di asia tenggara.
*patutlah susah sangat nak cari buku ni.

5 comments:

  1. mana gambar aku??? hahahhaa

    ReplyDelete
  2. hahaha... gmbo ko xde... aq x sanggup nk amik gmbo ko...

    ReplyDelete
  3. eh,budak UKM ke?huhu.salam perkenalan.follow sini jugak

    ReplyDelete
  4. a'ah... dak ukm jgk... bdk 1st year...

    ReplyDelete
  5. oh, rasa mesti da tau pasal gemilangukm..guna tu senang cari buku..

    amek kos kimia ke? fuh...2nd year kimia nanti lagi pening..skang da 3rd year kurang sikit tapi pening gaks

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...