Tuesday, November 22, 2011

YEAH!!!! MALAYSIA MENANG!!!

Rupanya nervous aku terjawab jugak dengan menangnya Malaysia ke atas Indonesia. Aku ingat aku nervous ni sebab nak amik exam Mikrobiology. Tak tentu arah jawab exam. Akhirnya dapat gak nak tengok perlawanan bola sepak ni. Seperti yang aku bagi tahu sebelum ni, aku ni tak la minat bola. Tapi, bila time Malaysia lawan ni lain plak semangatnya. Terpekik terlolong seh aku.

Paling hangat kat sini sebab ada penyokong Indonesia sekali. Nak-nak lagi duk kat Kafe KKM ni. Mau nak runtuh kafe ni. Penat pakcik mak cik kafe ni nak kemas hasil sepahan yang dilakukan kitorang para fanatik bola Malaysia & Indonesia di KKM ni.

Aku ingat yang sorak sorai ni kat kolej aku je. Rupa-rupa nya seluruh UKM kot. HAHAHA... Memang meriah...

Kepada pasukan Malaysia yang menang TAHNIAH!!! diucapkan. Kepada pasukan & penyokong Indonesia, takpe lah. Adat mainan ada menang ada kalah. Lagipun Indonesia dah banyak emas. Bagi plak kat kitorang ni yang tak cukup emas. Hehehe.

Ni nak share skit la gambar yang sempat aku amik kat kafe KOLEJ KERIS MAS ni. Gambar ni memang tak lawa. Tapi, boleh lah nak ditengok.

*gambar masuk esok..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...