Friday, April 27, 2012

Andainya Rasulullah Masih Ada : Ingin Sekali Aku Melihat Akhlak Mulianya

Hari ini aku nak share lagi satu tentang sunnah Rasulullah. Tajuk ini seperti tajuk di atas melalui akhlak mulianya. Semua orang tahu kan aklah mulia Rasulullah amatlah mengagumkan kita sebagai manusia biasa. Memang agak luar biasalah jika semua dapat melakukan semua akhlak Rasulullah. Walaupun kita tak dapat mencontohi 100% akhlaknya, kita dapat ambil sedikit pun sudah memadai.


Kucing yang comel ini adalah antara satu haiwan kesayangan Rasulullah. Ini adalah akhlak yang terbaik dari Baginda.

Disini aku dapat kongsi hanya 3 Sunnah Baginda yang mungkin kita dapat jadikan ikutan. INSYAALLAH.

Pertama
Abu Sa'id Al-Khudri r.a. meriwayatkan : 
"Sungguh , Rasulullah s.a.w lebih pemalu daripada seorang gadis yang berada di tempat pingitannya ( berkurunganya ). Jika Baginda tidak senang terhadap sesuatu, maka kami boleh mengetahuinya daripada raut wajah Baginda." 
( Riwayat at-Tarmizi, al-Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Sa'd )

Kedua
Aisyah r.a. meriwayatkan : 
"Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berusaha untuk membalas kezaliman yang Baginda terima selama mana ia tidak menyebabkan larangan Allah dilanggar. Jika larangan Allah dilanggar, maka Bagindalah yang paling keras mengungkapkan kemarahan. Jika Baginda berhadapan dengan dua pilihan, maka Baginda akan memilih yang paling mudah selama mana ia tidak menyebabkan dosa." 
( Riwayat at-Tarmizi, al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad )

Ketiga
Aisyah r.a. meriwayatkan : 
"Rasulullah s.a.w tidak berteriak-teriak di pasar. Baginda juga tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan ; Baginda selalu memaafkan dan bersikap lapang dada.
( Riwayat at-Tarmizi, Abu Dawud dan Ahmad )


Berkerjasama dan tolong menolong sesama manusia juga adalah akhlak yang terbaik yang patut kita terapkan dalam diri kita.


Semoga apa yang aku kongsikan disuni dapatlah kita manfaatkan bersama.

Sebelum tinggalkan blog ini minta tolong klik SINI. Terima Kasih!

3 comments:

  1. subhanallah...indahnya akhlak Rasulullah s.a.w...saya pun suka kucing... :)

    ReplyDelete
  2. Berteriak di pasar? Hmm.. Yg ni mngkin rmai peniaga taktau.. Tu yg kasi teriak2 tu.. Apapun, prkongsian yg sgt baik.. Ada sunnah yg dinyatakn sy bru tau..^^

    ReplyDelete
  3. insyallah moga akhlak Rasullullah jadi ikutan..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...