Tuesday, April 10, 2012

One Day During Holiday

Hari ini masa aku agak terisi apabila aku ambil keputusan untuk keluar dari rumah. Bukan lari rumah ye. Hanya mencari hiburan di luar sana. Nak menghiburkan hati yang sunyi sepi ini.

Hari ini aku ke Jusco Ulu Tebrau. Asyik ke situ je aku pergi. Tak ada ke tempat lain ke? Apa taknya kalau dah naik public transport macam tu lah gayanya. Pergi yang mana termampu je.

Lain tak bukan aku ke sana apa lagi kalau bukan tengok wayang. Cerita? Of course la cerita melayu. Sokong buatan Malaysia. Heh! Aku tengok cerita Jangan Pandang-pandang. Best jugak lah cerita ni. Boleh gelak sakan aku di buatnya. Aku bagi 8 daripada 10 bintang je. Memang menarik. Rugi bagi sesiapa tak tengok lagi filem tu. Release jugak la tension ni bila tengok filem tu.


Lupa pula aku nak bagi tahu yang aku keluar ni seorang diri. Tanpa teman di sisi? Kenapa? Aku tak dapat nak hubungi sesiapa sebab handfon sony ericson aku demam setelah 3 tahun bersama aku. Umpama nyawa aku hilang sekejap tanpa Sony disisi.

Dah tengok wayang, aku menempelkan diri ni di kedai buku. Memang tak sah kalau aku tak singgah kedai buku. Kalau dah singgah mesti beli. Kali ini aku beli 3 buah buku. 1 Novel Indonesia : Laskar Pelangi, 1 Novel English : The Arabian Night dan buku islamik : Jumaat bersama Tok Guru.


Beli buku banyak-banyak ni takut jugak mak aku marah. Ye lah beli banyak-banyak. Tapi, bila tadi mak aku tak marah pula sebab dah faham yang aku ni memang minat sangat. Tiada yang dapat sama minat dengan aku kecuali adik aku yang bongsu. Terlalu minat dengan buku ni. Ada juga lah yang ikut jejak langkah aku yang terlalu obses dengan buku.

Nota FO ; Esok nak pergi jalan-jalan lagi. Tapi kali ini aku keluar bersama sahabat handai yang berjuang bersama di sekolah menengah.

5 comments:

  1. Untungla...tghari nie turn aku plak nk tgk wayang, hunger game. ahaha

    ReplyDelete
  2. haha... untung la... da tgok wayang... beli novel eglish plak tu...

    ReplyDelete
  3. Tak tengok lg crite tu.. Tnggu kluar astro First la. Fmily bkn type rajin2 nak kluar tgk wayang skrg, busy.

    Apapun, laskar pelangi mmg trbaik dri ladang! Crite dia pun boleh tahan jugak sbnrnya..

    ReplyDelete
  4. last bawak belalang Jr pegi tgk filem seefood... teringin juga nak tgk filem2 mcm ni :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...