Baca tajuk je dah kelakar. Bercampur baur bahasa. Nasib baik dua bahasa. Kalau masuk mandarin dengan tamil tak tahu lah apa jadi. Ikutkan panjang lagi tajuk ni. Macam ni tajuknya "It's not kasut! Keluar Sekarang! Siapa tak pakai google pun Keluar!"
Nampak kejam tajuk tu. Tapi, itulah ayat yang keluar dari siapa entah yang datang ke lab Kimia kami semasa buat experiment. Dah dua kali kena. Yang terbaru selasa lepas. Berderau darah aku bila dia masuk.
"Faizul, Faizul!" Panggil seorang gadis sampai tunjuk suruh pakai google.
Ini lah google yang dimaksudkan. Bukan google bawak berenang tu. Google ini adalah berfungsi sebagai pelindung bijik mata dikala experiment berlangsung. Untuk mengelak daripada mata terkena bahan kimia yang merbahaya.
Aku pun dengan gelabahnya duk menyangkung dibawah meja secara automatik lalu menggapai google yang terdapat di atas meja lalu memakainya. Lepas tu, aku berdiri semula dengan buat muka tak bersalah. Time tu jantung macam nak gugur dah.
Apa ke tidaknya orang tu masuk secara tiba-tiba yang datang entah dari mana. Alih-alih buat kecoh. Mahu tak berderau darah aku. Dah lah pulak tu, aku duk depan. Lagi senang dia nampak kesalahan aku.Untung nasib dia tak nampak. Kalau tak sia-sialah hidup aku masa tu.
Tiba-tiba, hamba ALLAH itu melontarkan vokal lunaknya itu "It's not kasut! Keluar sekarang! Siapa perempuan ini? Saya tak peduli dia sapa, kalau tak ikot rule kena keluar jugak. Kau amik nama perempuan ini!" Kesian demonstrator aku, kena marah depan orang ramai. Mau tak malu muka demonstrator aku tu.
Kalau selipar macam ni dibawak masuk dalam makmal memang mintak penampar lah jawabnya. Selipar macam ni sesuai untuk ke tandas sahaja.
Kalau aku kena macam tu tadi, tak tahu lah aku. Dah la time tu experiment payah. Duk bawah kipas pun berjurai-jurai peluh jantan aku ni dek kerana buat experiment ni. Buat aku tempered je. Siap buat kenangan lagi sambil memecahkan apparatus. Berjam-jam buat tak dapat hasil.
Tensionnya jangan lah nak cakap. Bersabar je lah. Nak buat lagi sekali!! Almaklum tidur kat lab lah jawabnya.
Hahha..nasb baik aku memang awal2 lagi diwajibkan pakai kasut. So, xde la slipar2 ni kalo ke kelas. haha.. tp x patut marah demonstrator depan2 org ramai. jatuh maruah dia.
ReplyDeletePergh.. Seram gila.. Prempuan tu agk mnakutkn, wlaupun sy skadar mmbaca entri ni. (=__=) Apapun, kdang2 mmg kna garang. Klu tak garang, org tak ambik prhatian sgt apa kita ckp..
ReplyDeleteselipar mcm tu lah paling selesa ke mana2
ReplyDeletebetol2 masuk lab wajib pakai kasut.tapi google ktorg x wajib