Tuesday, May 1, 2012

Istimewa Di Bulan Mei

Bulan Mei telah menjelma. Bagi aku bulan Mei tahun ini dalah istimewa sangat. Bermacam peritiwa yang bakal aku raikan. Antara peritiwa yang menarik sdepanjang bulan Mei 2012 ini adalah :

1 Mei 2012
Hari bekerja. Sebagai pelajar pun sebenarnya berkerja jugak. Assignment tu lah kerja kami semua. So, 1 Mei adalah hari rehat dan bercuti. Sebenarnya pelajar berkerja tak ikut masa. Dari pagi sampai malam. Betul tak? Hanya orang yang bergelar pelajar je tahu akan hal ini.


Pada hari yang sama juga Pesta Buku Antarabangsa berlangsung di PWTC. Nampak tak apa motifnya? Aku nak ke sana lah. Aku nak borong buku. Kalau tak habis RM200 aku tak nak balik lagi. Larung kau Faizul nak melantak sampai RM200. Apa tak kau borong je dengan kedai tu. Senag cerita. Melampau lah kan kalau macam tu.

4 Mei 2012
Salah seorang dari adik aku akan ke PLKN. Nampaknya lagi sekali adik kembar aku akan berpisah sementara . Jauh pulak tu dapat PLKN kat Ayer Keroh Melaka. Kalau dari Kota Tinggi makan masa 3 jam kot. Kalau ikut kelajuan kereta bapak aku, lagi lama sikit.

Paling Best adik aku dapat PLKN tempat yang sama dua pupu aku dapat. Tempat yang sama. Tak tahu dua pupu tu apa. Sepupu mak aku punya anak lah. Kira adik aku ada lah jugak kawan dia nanti kat sana.


mencuri dari pengajar.info

11 Mei 2012
Mak aku paling gembira sebab hari ini adalah Hari Lahir dia. Tahun ini sudah 45 dia hidup. Cucu? Belum ada lagi. Tak tahu lah bila nak ada. Menantu? Oh, jauh sama sekali. Mak aku tak mintak semua tu. Dia nak anak dia berjaya je.

Dah 21 tahun aku hidup dengan mak aku. Tak pernak aku celebrate Birthday dia. Tak tahu nak buat suprise apa. Tak kan nak baling tepung dengan telur pulak kan. Ada kena halau dari rumah pulak nanti. Any Idea?


mencuri lagi dari mrnamie.com


12 Mei 2012
Kegembiraan berganda buat Mak dan Abah. Nak tahu sebab apa? Sebab dah 22 tahun Mak dan Abah bersama menjadi suami isteri serta menghasilkan 4 orang anak yang bermacam ragam ni. Mesti Mak dan Abah banyak kenangan dia hidup selama 22 tahun kan? Ada manis,masin, kelat, pahit dan segala rasa lah ada.

Dah 21 tahun aku hidup dengan dia pun ulang tahun pernikahan dia ni pun aku tak pernah nak sambut. Tak tahu nak sambut macam mana. Tapi, apa yang selalu dia cakap ialah dia nak anak-anak dia berjaya. Jangan jadi macam dia. Jangan mewarisi kesusahan keluarga sejak turun temurun lagi.

Rasa nak sambut tapi tak tahu nak sambut mcm mana. Ada idea? Tolong share. Kepala buntu ni.


 terima kasih banyak disiglitter.com

13 Mei 2012
Kegembiraan berganda-ganda-ganda-ganda dan berganda buat Mak. Sebagai seorang emak kepada 4 orang cahaya mata, ini adalah hari dimana anak-anaknya meraikan Hari Ibu. Sebagai seorang ibu mesti banyak moment dia membesarkan anaknya dari dalam kandungan sehingga lah anaknya besar panjang. *tetiba sebak plak.

Yang ni pun aku tak pernah sambut. Cuma dulu aku hanya ada bagi kad je. Tu pun masa sekolah rendah. Bebudak masa tu. Tapi, dia tak pernah mintak. Bagi dia, anak mendengar kata dan tak derhaka serta menghargai dia sebagai seorang ibu dah cukup agaknya.

Aku akan cuba bahagiakan Parents aku. Tanpa dia tiadalah aku didunia ini. Cewah!


 tak habis-habis mencuri akupapa.com


16 Mei 2012
Hari guru! Bahagia lah para guru time ni sebab dapat banyak hadiah dari murid. 

Entry akan datang aku gagahkan diri untuk menceritakan satu persatu pasal semua tarikh istimewa ini. Begitu banyak memori pada tarikh ni.


last penculikan untuk hari ini dari yedilmangemore.blogspot.com


Sebelum tinggalkan blog ni mintak tolong klik SINI dulu. Terima Kasih.

notaFO : seronok sangat sebab midsem dah habis. Sekarang boleh fokus pada final. Niat, tak nak terlibat dengan ko-kurikulum sehingga final.

2 comments:

  1. banyak betul event mei. meriah!

    ReplyDelete
  2. Pekate ko bwak blik bkal mnantu sbg hdiah..haha

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...