Tandas. Apa yang nak cerita pasal tandas. Ye. Aku ada pandangan sendiri pasal tandas. Aku pasti korang sendiri pun ada pandangan tersendiri pasal tandas. Dah banyak tempat aku pergi. Dan setiap tempat aku pergi tak sah kalau tak singgah di tandas. Tak kisah lah mana tempat pun. Tandas adalah tempat wajib aku lawat. Ada yang free ada jugak yang kena bayar.
Paling mahal aku pergi kena bayar 3 posen. Tak pernah kena bayar sampai beringit-inggit. Aku tak tahu lah yang kena bayar tandas mahal-mahal ni apa yang istimewanya. Tandas sama je ada lubang jamban. Haha..
Tandas tak cantik tapi bersih dah kira ok la.
Tak ada cerita lain ke nak buat? Ada pulak cerita pasal tandas.
Tandas. Semua orang tahu bahawa tempat ini adalah tempat manusia melabur. Sama ada pelaburan kecik atau pelaburan besar. Sudah tentunya tempat yang kita nak labur ni perlu tempat yang selesa. Betul tak? Kalau tak pelaburan kita tak akan keluar dengan jayanya.
Dah banyak tempat aku pergi. Ni aku nak komen satu persatu tandas yang aku pergi ni.
Pertama. Kalau aku balik ke kampung aku yang terletak nun jauh di Kota Tinggi, aku akan melalui kawasan PLUS. Dan akan singgah sebentar membuat lawatan ke tandas. Tandas PLUS memang superb. Memang terbaik. Tak macam tandas. Service, kebersihan memang bagus. Ada kesempatan, boleh tertidur kat dalam tandas tu.
Tapi, kalau aku naik bas TRANSNASIONAL, dia akan pergi masuk ke mana entah. Perhentian dia sendiri. Dia tak nak berhenti kat perhentian PLUS tu. Tandas dia jangan nak cakap lah. Kotor! Nak melabur pun tak senang! Dah lah kena bayar doploh sen. Tapi service tak bagus.
Tandas macam ni boleh bawak tidur. Tak macam tandas. Macam tempat beradu.
Kedua. Kat Shoping Mall. Kat KL ni dah banyak shoping Mall aku pergi. Aku paling tak puas hati dengan tandas kat Berjaya Times Square. Sebab apa? Kepala paip tak ada. Yang ada hanya satu jamban je. Mana boleh tahan macam ni. Semua aras macam tu. Kat tandas lelaki la. Tandas perempuan aku tak tahu macam mana.
Tandas Mid Valley terbaik. Bersih. Tapi, baru-baru ni aku tak puas hati dengan cleaner bangla yang mengemop toilet tu. Aku duk sibuk melabur. Dia pulak sibuk memekak. Macam ni cara dia memekak "Wei, cipat cipat. Abang cipai!" *sebut dengan nada bangla. Geram aku! Tahulah sibuk nak mengemop. Sampai orang nak melabur pun tak senang! Nasib baik lah aku ni penyabar. Kalau tak kenalah bebelan aku ni.
Bergaya punya tandas. Berwarna-warni. Macam Tadika.
Aku paling suka masuk kat tandas JUSCO ULU TEBRAU. Ni kat JB. Sebab apa. Tandas dia bersih. Masuk pun percuma. Siap ada lagu. Memang tak bosan lah duk dalam tandas ni. Kalau dah melabur, tandas dia ter'flush' dengan sendirinya. Tak payah nak tarik-tarik ke picit-picit ke. Kalau kat singki tu. Hulur je tangan. Air dengan tibanya kan keluar dengan gembiranya.
Aku cuma nak cakap tandas ni mencerminkan peribadi seseorang individiu tu sendiri. Kalau tandas tu bersih maka orangnya pembersihlah. Begitulah sebaliknya.
Kalau pelancong luar nampak tandas kita yang kotor ni, apa agaknya diorang anggap pada rakyat Malaysia? Adakah pembersih atau pengotor?
Jadi, sama-samalah kita menjaga kebersihan tandas kita. Sama ada di rumah mahupun tandas awam.
notaFO : 28 - 30 Mei ada Karnival Cesmed di Panggung Seni UKM. Aku jadi tukang beli je.
tandas itu penting walau dimana berada.. cari umah sewa, pergi mana2 check tandas dulu.. keh2
ReplyDeleteBaruku tahu, ko ni pengusha jamban. haha.. nsb bek bangla tu jmpa ko. kalo kna kt aku. mmg kenyang dia makan maki. haha
ReplyDeletepaling suka tandas kat rumah..feel dia lain macam sikit...hahhaaaaa
ReplyDelete