Friday, May 18, 2012

Andainya Rasulullah Masih Ada : Ingin Sekali Aku Menyuakan Makanan Kepadanya

Hari ini hari Jumaat. Penghulu segala hari. Bagi yang lelaki jangan lupa ke masjid. Di hari Jumaat ni jugak aku nak kongsi lagi sunnah Rasulullah yang aku sendiri talah baca. Aku kongsi, kita sama-sama manfaatkannya. Tak salah kan?

Kisah 1
Abu Ayyub al-Ansari r.a berkata : "
Suatu hari, kami sedang duduk bersama-sama Rasulullah s.a.w. Baginda pun menyuakan makanan kepada kami. Tidak pernah kulihat makanan yang lebih besar berkatnya daripada makanan itu pada awal kami memakannya. Namun tidak pernah pula kulihat makanan yang lebih sedikit berkatnya daripada makanan itu pada saat terakhir kami memakannya. Kami bertanya,'Wahai Rasulullah, bagaimana hal ini boleh terjadi?' Baginda menjawab, 'Kita menyebut nama Allah ketika kita mulai makan. Tetapi, kemudian ada orang yang duduk lalu makan tanpa menyebut nama Allah. Maka, syaitan pun makan bersamanya'". 
( Riwayatnya Tirmizi, Ahmad dan Bagawi )

Kisah 2
Aisyah r.ha berkata :
"Rasulullah s.a.w pernah makan bersama enam orang sahabat Baginda. Tiba-tiba seorang Badwi datang dan ikut makan bersama mereka sebanyak dua suapan. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w bersabda, 'Seandainya dia menyebut nama Allah, nescaya makanan ini cukup untuk kamu semua.'
( Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah, Darimi, Ahmad dan Bagawi )

Kisah 3
Jabir r.a berkata : 
"Suatu hari, aku menemui Rasulullah s.a.w dan melihat buah labu dipotong-potong. Aku bertanya , 'Kenapa buah ini dipotong-potong?' Baginda menjawab, 'Untuk memperbanyak makanan kita.'
( Riwayat Ibnu Majah dan Nasa'i )

Kisah 4
Anas bin Malik r.a. berkata : 
"Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang menyukai buah labu. Maka setiap kali disuakan makanan atau diundang dalam jamuan, aku selalu mengikuti dan menyuakan buah labu di hadapan Baginda kerana aku tahu bahawa Baginda menyukainya.
( Riwayat Ahmad, Darimi, Nasa'i dan Abu Dawud )

Semoga ilmu yang aku kongsikan hari ini dapatlah kita manfaatkan bersama.

5 comments:

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...