Sunday, May 6, 2012

Kejutan

Hari ini kejutan buat aku. Bukan setakat aku je yang terkejut. Rakan-rakan lain pun macam tak percaya. Aku tak sangka perkara macam ni boleh berlaku kat dia. Aku berkawan, bergembira dan hari ini aku mendapat berita mengejutkan tentang dia.

Siapa dia? Rakan seperjuangan ku ini di UKM, Idris. Pukul 10.46 pagi, aku menerima sms dari Faiz. Cousemate Idris. "Salam. Faiz, aku kemalangan, sekarang ni di tahan di wad Hopital Batu Gajah. Mungkin kena tahan wad 5 hari. Jadi, aku tak dapat datang kuliah macam biasa dengan korang. Doakan aku cepat sembuh ye?" Aku terkejut terima sms macam ni. 

Aku sebarkan berita ni kat semua orang. Dalam facebook je lah. Itupun dah cukup. At least orang tahu dan dapat mendoakan dia agar dia cepat sembuh.

Macam mana dia excident? Coursemate dia memberitahu aku yang dia excident Motor masa pukul 1 pagi tadi. Masa tu dia on the way balik UKM. Jauh tu dari Perak nak ke Bangi naik motor. Malam-malam pulak tu. Dah takdir dia kan nak buat macam mana. Hanya doa aku dan rakan yang lain mampu beri di saat ini.

Aku bertambah kesian sebab family dia semua kat Sabah. Dia kat sini seorang diri. Yang hanya bersama dengan dia disini adalah rakan seperjuangan dia. Kami pun tak dapat nak melawat sebab di rawat di Hospital kat Perak. Jauh kami semua nak pergi. Kalau dekat area KL, boleh jugak kami semua nak pergi melawat.

Aku tak tahu lah teruk mana kecederaan dia alami. Apa yang aku tahu muka dia kena beberapa jahitan. Tapi, kalau dah kena rawat kat hospital sampai 5 hari agak teruk jugak lah kan. Tak tahu lah macam mana dia sekarang. Makan pun kena suap. Apa lah nasib. Ujian lah buat dia masa ni. Semoga dia tabah.

Sedih jugak aku. Kawan selalu bersama jadi macam tu. Aku harap kecederaan dia tak lah teruk sangat. Semoga cepat sembuh. Exam final dah nak dekat ni. Tak tahu lah family dia tahu atau tak. Hmmm... Aku kat sini hanya mampu berdoa agar dia cepat sembuh.

nukilan : ~Faizul Osman~

notaFO : malam ni buat backdrop lagi. Ingat selepas TG2KM dah tak ada lagi buat benda ni. Kena buat jugak lah. Buat kerja biarlah kerana Allah.

5 comments:

  1. Kalau dekat boleh kita pegi melawat...aku pun trkjut..semoga idris dan kawannya cepat sembuh..

    ReplyDelete
  2. Kesian dekat dia, family dahlah jauh. Semoga dia cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. semoga baik2 saja... berdoa (~_~)

    ReplyDelete
  4. semoga kawan kamo cepat sembuh

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...