Untungnya aku hari ni. Di malam ini. Dapat makan free. Bertuahnya badan.
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.
Dinner malam ni berkonsepkan Santai tapi Style. So, aku pakai lah baju t-shirt biasa. Santai kan? Tapi yang style tu boleh lah sikit. Di kaki aku hanya pakai selipar monster. Warna Hitam. Asal boleh sarung, aku sarung lah. Memang santailah!
Dinner malam ni tak seperti Dinner : Me, My Self and Musics. Yang tu dinner tahunan kolej aku. Memang gempak lah. Tapi, yang dinner ini hanya dinner penghargaan bagi bekas Tenaga Kerja Temasya Gemilang Kolej Keris Mas ( TG2KM ). Sebab tu tema dia hanya Simple but Style only. Kalau tema yang grand grand payah pulak nanti.
Dinner ini hanya dibuat di Bilik Konvensyen, Aras 2, Blok Pentadbiran, Kolej Keris Mas UKM Bangi. Haaa!!! Amik kau. Siap alamat aku bagi. Tapi, tak dapat lah nak datang sebab makan-makan dah habis.
Aktiviti malam ini hanya makan, dapat hamper, cabutan bertuah dan karaoke. Tapi aku tak nyanyi. Takut Dato' Siti terus letak jawatan. Hakhak.
Hamper penghargaan. Aku yang ambil tadi. Wakil untuk Unit Khas dan Penerbitan.
Cenderamata yang dapat. Novel, buku cenderamata dan button batch.
Suasana dalam bilik Konvensyen KKM. Tengok abang tu. Sengih je aku amik gambar dia.
Santapan aku dan mereka-meraka di dalam bilik tu. Bihun segenggam. Fries secukup rasa. Sebatang sosej. 4 cucuk satay. Nasi yang di impit-impit. Sedap dan kenyang sehingga menjilat bibir serta jari-jemari.
Nombor cabutan bertuah yang tak bertuah. Susah betul aku ni nak dapat cabutan bertuah. Apa lah nombor ni. Tak bertuah langsung!
Acara ni belum habis masa aku keluar. Al-maklumlah ada banyak kerja lah katakan. Dah penuhkan perut yang dah seharian aku kosong kan. Semata-mata untuk dinner ini. Memang best lah sebab dapat makan free and then perut kenyang!
Lain kali buat lah lagi.
notaFO : Esok pergi mahkamah. Ada kes. menurut kawan aku yang pergi tadi rugi kalau tak pergi sebab best lah!
nukilan : ~ Faizul Osman ~
dpt novel? ouh. style :0
ReplyDelete