Setiap 16 Mei aku teringat akan peristiwa dulu-dulu. Ye. Semasa sambutan Hari Guru. Lebih aku ingat semasa sekolah rendah. Sebab apa? Nanti kat bawah ni aku ceritakan. Rasanya dah terlalu ramai guru. Kalau aku nak senaraikan sorang-sorang memang tak habislah entry ni. Dari tadika sebingga lah sekarang. Terlalu banyak yang menjadi guru aku.
Semasa sekolah rendah. Bila hari guru disambut, kanak-kanak sibuk berbincang nak bagi hadiah apa. Cikgu pun punya suka lah. Kad paling glemer masa tu. Kurang sikit bajet. Beli manila card. Lepas tu guna kreativiti buat kad cantik-cantik. Siapa punya paling cantik, esoknye cikgu pujilah.
Paling best bila ramai-ramai pakat bagi kat cikgu pen. Pen colour merah plak tu. Pasal apa? Sebabnya cikgu selalu mintak nak pinjam pen kitorang sebab dia tak ada pen merah nak menanda. Esoknya bila masuk kelas, cikgu tu pun cakap yang dia dapat pen merah sampai sebakul. Amik kau! Lepas ni tak payah pinjam pen kitorang lagi. Agaknya sampai beku dakwat pen tu sebab tak sempat nak guna. Haha..
Pantun yang aku ingat cikgu bagi masa sambutan hari guru :
Kalau ada sumur diladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Tahun depan beli banyak hadiah lagi.
Ada jugak macam ni kan? Layan je lah. Bila lagi nak hargai guru kan? Kalau tak Hari Guru. Hari lain tak ada makna nak bagi hadiah semua tu.
Semasa di sekolah menengah. Haa.. Bila dah masuk sekolah menengah ni berbeza sikit. Sebab apa? Sebabnya sambutan hari guru ni tak semeriah semasa aku sekolah rendah. Kenapa jadi macam tu ek?
Nak tahu kenapa? Sebabnya sekolah aku ni mostly ramai budak-budak nakal. Budak-budak kena buang sekolah banyak kat sekolah aku tu. Sekolah aku tu sekolah harian biasa je. Bila time Hari Guru, pelajar ramai-ramai lah pakat tak nak datang sekolah. Dah tu siapa yang sambut Hari Guru tu? Guru, para pengawas dan pelajar yang menghargai guru je yang sambut.
Aku? Mestilah sambut. Kalau tak kerana guru tak sampai aku ke Universiti ni. Semuanya pasal guru. Kalau bab hadiah tu, share lah satu kelas beli hadiah yang best-best. Dah tak main dah pen merah pem biru ni. Macam budak-budak plak. Huhu. Tapi tu lah yang best.
Bila time Matrikulasi dan Universiti. Tak ada sambutan je. Tapi kalau kat Mtrikulasi aku tu ada lah sekejap je. Para Cikgu sekalian bagi ucapan, nyanyi-nyanyi, lepas tu habis. Sejam je sambutan nya. Lepas tu mula kelas balik. Tak meriah!
Tapi, aku cukup hargai dengan cikgu Matrik aku. Sebab diorang best. layan kitorang macam kawan. Bukan sebabgai budak kecik.
Rasanya masih tak terlambat aku nak wish di malam buta ini. Aku nak ucapkan....
SELAMAT HARI GURU KEPADA CIKGU YANG TELAH MENGAJAR AKU SAMA ADA DI TABIKA KEMAS MURNI KG LUKUT KOTA TINGGI, SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT LINTANG KOTA TINGGI, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR KOTA TINGGI, KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN dan sekarang para pensyarah di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Segala jasa anda semua amatlah aku hargai. Terima Kasih Cikgu!
notaFO : Rasanya dah lama blog aku ni tak di hiasai dengan gambar-gambar aku kan? Dah lama tak snap gambar so, macam ni lah jadinya.
Baik punye perli sal pen tu
ReplyDelete