Disebabkan kemabukkan aku sehingga ke malam, baru hari ini aku dapat menulis blog aku tentang sebab apa aku mabuk. Tajuk macam tak gempak plak kan?
Semalam 1 Mei 2012. Ramai orang cuti termasuklah aku. Walaupun bukan pekerja tapi tetap jugak kena cuti. Bila dah cuti, aku manfaatkan cuti aku ni. Aku enjoy sepuasnya. Tu yang sampai mabuk tu. Apa yang aku buat sampai mabuk? Aku minum ke? Tak ada lah sampai buat dosa besar tu. Aku mabuk disebabkan buku dan orang ramai. Nasib baik tak pitam.
Kemana aku pergi? Meh sini, aku nak cerita satu persatu.Aku memulakan perjalanan aku dari Kolej Keris Mas ke KTM UKM dengan menaiki bas 6K6Z tepat jam 8 pagi. *orang lain tak bangun aku dah keluar dulu. Aku pergi 3 orang. Semua lelaki dan geng kolej aku. Sampai di KTM jam 8.30 pagi. Dari KTM UKM kami menuju ke Bandar Tasik Selatan yang mengambil masa 45 minit perjalanan. Kemudian pertukaran ke rapid KL menuju ke PWTC juga mengambil masa 45 minit perjalanan. Pukul 10 baru sampai ke destinasi yang di tuju.
Yes!!! Rapid kosong! Bahagia hidup. Boleh main lari-lari. Tiba-tiba "Stesen seterusnya 'Sungai Besi' ". Ahhhhh!! Salah masuk. Patutlah orang lain tak ramai yang masuk.
Mesti dah dapat agak kan aku ke mana. Aku ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ( PBAKL ). Seriously memang ramai orang kat sana. Semasa aku sampai orang memang dah ramai padahal ada lagi booth yang belum bukak.
Misi yang pertama ke PTS. Memang banyak orang. Tak dapat nak tengok buku dengan puasnya. Bila dapat yang aku nak terus ambil dan bayar. Tak dapat nak membelek. Di booth PTS aku dah habiskan duit sebanyak RM62 ( setelah diskaun 25% ). Lepas tu aku main pusing-pusing mencari buku yang best. Sampai dah berpisah dengan kawan aku tu. Dah tak ingat kawan dah. Ikut hati je nak gerak.
Ramainya orang memang tak terkira. Siapa boleh kira? Aku bagi hadiah.
Masa ni Rabbani buat persembahan. Aku dengar suara je. Rabbani nye tak nampak.
Disini bukan sahaja anda membeli buku. Berkhelah pun boleh. Ada yang bawak bekal. Ia adalah sesuatu yang baru yang selama ini kita hanya berkhelah di tepi pantai. Tapi, kali ini anda juga boleh berkhelah di Pesta Buku ini.
Booth tumpuan aku yang lain Karangkraf dengan Telaga Biru. Memang tempat yang aku tuju ni memang ramai orang. Sesak! Jalan-jalan kat karang kraf ada Ramlee Awang Murshid. Penulis buku yang aku minat. Sempat aku ambil tanda tangan dan bergambar. Bahagia hidup aku seketika.
Novelis Thriller idaman pembaca Malaysia. Tak lepaskan peluang aku pun nak menyebok jugak. Orang lain boleh, aku pun buat jugak lah.
Inilah hasil dari beratur panjang untuk bertemu Ramlee Awang Murshid. Ada yang jeles???
Aku rasa masa kat dalam pesta buku tu aku hanya nampak orang je. Aku dah tak nampak buku. Faham kan apa maksudnya? Sampai pukul 12.30 tgh aku kat situ. Menghabiskan sebanyak RM198.90. Kalau harga pasaran lebih RM250 buku tu.
RM198.90. Sikit lagi nak sampai RM200. Ikutkan lagi banyak aku nak beli. Memandangkan orang je yang aku nampak makan inijelah yang jadi milik aku. Sebenarnya banyak yang orang kirim. Yang buku KEA dengan TAKDIR ITU MILIK AKU bukan milik aku. Kawan aku yang punya. Aku tak baca buku macam tu.
Part paling best bila aku ke Aras 3. Aras 3 tu booth publisher buku sekolah yang banyak. Sasbadi, Cerdik dan senagainya. Adalah orang ni cakap dengan aku " Adik koleksi soalan exam ada kat belakang. Ada banyak! Pergilah sana ". Gelak aku dibuatnya. Muka aku ni nampak muda ke? Aku dah belajar kat U dah ni. Dah 4 tahun aku tinggalkan zaman sekolah. Ish...ish...ish...
Kawan aku ada cakap. Ni baru berhadapan orang ramai kat dunia. Macam mana bila kat padang Mahsyar nanti? Sedangkan kat sini pun kita dah boleh terpisah-pisah. Kat akhirat nanti keluarga pun dah tak ingat. Pentingkan diri sebab dosa pahala tanggung sendiri. Betul tak?
Untuk mengetahui mengenai Project Sparkle. Klik di link tersebut.
notaFO : PBAKL2013 tak akan aku lepaskan nanti.
Untuk mengetahui mengenai Project Sparkle. Klik di link tersebut.
notaFO : PBAKL2013 tak akan aku lepaskan nanti.
pehh. banyak nya beli buku woo :0
ReplyDeletegigihnya.cam ramai je yg pergi.crowded sgt
ReplyDeleteHahaha! Ada jgk mmber mcm ni, mabuk dgn org yg rmai. Pening kpala la konon, Diva! Wakakaka! Apapun, untunglaaah dpt prgi pesta buku! Serius sy, hmm, fmily prnh prgi skali. Then diorg lemas, dh taknk prgi dh. Sedih jgk bro, sbb sy ni duk tgk org prgi je.. Sy ni, tak prgi2.. Hati mmg nk prgi.. Bak kta bro la, ada bhagian, mcm Telaga Biru sy nk tgk kat sna. N ada jgk bku sy brimpian nk beli, tp tak trcapai.. Apa nk buat bro, tgk jela.. Blum smpai msanya...
ReplyDeleteApapun, ntah2 org tu pnggil sbb ingt bro ni abah org kot, nk beli bku utk ank2 bro? Wakakaka!~
Faizul ! yg novel satu janji tuh memang best giler ! skarang hilmi dah hampir lengkap dah novel karya ramlee awang murshid ! novel die smue triller mmang gempak2
ReplyDeleteOh, kalau baca buku English, jangan lepaskan big bad wolf books. pesta buku jugak. lagi awesome! buku-buku rm 3-20 mostly. haha, lagi mabuk + gila kat situ. :D
ReplyDelete