Friday, May 4, 2012

Andainya Rasulullah Masih Ada : Ingin Sekali Aku Mengikut Cara Tidurnya

Dihari Juamaat yang mulia ini aku nak kongsi lagi Sunnah Rasulullah. Kali ini mengenai tidur. Kita dapat contohi dan ikut apa Rasulullah buat sebelum tidur. Kita juga boleh buat apa yang dilakukan oleh Baginda. Kadang-kadang kita terlepas pandang tentang cara kita tidur ada kesilapan. Aku pun tak terlepas dari kesilapan tersebut. 


Bestnyelah baby ni tidur. Snap gambar pun tak sedar.


Pertama
Aisyah r.a. meriwayatkan : "Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah s.a.w. selalu menyatukan kedua telapak tangan Baginda seraya membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas, kemudian Baginda meniup kedua telapak tangan baginda. Setelah itu, dengan kedua telapak tengan itu, Baginda mengusap bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai daripada kepala,wajah, lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan tiga kali.
( Riwayat Tirmizi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Nasa'i )

Kedua
Abu Qatadah meriwayatkan : "Jika Rasulullah s.a.w hendak tidur di malam hari, Baginda berbaring menghadap ke kanan. Jika Baginda hendak tidur seketika sebelum subuh, Baginda menegakkan lengandan meletakkan kepala Baginda di atas telapak tangan Baginda.
( Riwayat Tirmizi, Muslim, Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Hakim )

Ketiga
Bara' bin Azib r.a. meriwayatkan : "Ketika hendak tidur, Rasulullah s.a.w. selalu meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan Baginda seraya berdoa : Ya Tuhanku, lindungilah aku dari azab-Mu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hamba-Mu ( dari kubur ).
( Riwayat Tirmizi, Ahmad dan Nasa'i )

Semoga apa yang aku kongsikan ini dapatlah kita manfaatkan bersama. InsyaAllah.

notaFO : Esok dan ahad cuti. Aku tak buat pape. Hanya duk tersadai didalam bilik. :-(

2 comments:

  1. Yg ni agk lain drpada yg sy bca. Prkongisn yg sgt baik! Prnh jgk trdgr psanan dri seseorg yg sgt pnting bg sy.. Mudah2han sy akn slalu ingt..^^

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...