Sunday, May 6, 2012

Pandang Bulan

Semalam 5 Mei 2012. Kejadian alam Supermoon. Dimana bulan besar sedikit daripada biasa. Aku mengambil peluang untuk memerhatikan bulan. Bukan seorang diri tapi berempat. Bukan dengan perempuan tetapi bersama rakan seperjuangan.


Tak sempat nak snap gambar bulan. Seronok berborak, bergurau senda.


Kami berborak. Kami bercerita. Esok ahad. Cuti. Apasalahnya menjadi kutu embun sementara. Sejam setengah juga aku bersama rakan seperjuangan menjadi kutu embun. Macam-macam cerita yang keluar. Mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi memori yang indah apabila sudah tidak bersama lagi.

Kalau orang yang sedang berkasih sayang mensi seronok kan. Aku? Belum lagi. Masih menanti siapakah yang bakal mengisi ruang hati yang kosong ni. *tetiba jiwang.hehe.

Cerita yang mengganggu otak aku. Apa ada kat bulan sana tu. Ada debu dan kawah. Bersemangat orang nak kesana. Adakah dia indah seperti yang kita lihat kat dunia ni?

Kawan aku pun berkata. Dengan teka teki seperti itulah orang ramai nak tahu. Betul jugak kan?

Allah juga menggalakkan kita semua mengkaji apa yang ada di dunia ini selagi kita sebagai umat manusia tak melanggar segala syariat Islam yang terdapat dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Jadi, menuntut ilmu sehingga ke akhir hayatmu.

nukilan ~ Faizul Osman ~

notaFO : mood mendengar lagu Muhasabah Cinta. Terasa indah sahaja jiwa ni.

5 comments:

  1. supermoon ke semalam? ala. ala. kenapa aku tak tahu ni.

    ReplyDelete
  2. subhanallah.Allah itu maha berkuasa kn?:-)

    ReplyDelete
  3. kan best, kalau dekat sana pon ada kehidupan mcm kat bumi

    ReplyDelete
  4. ya Allah cantik kan...sy pn perasan semalam... sempat jgk dlm 15 minit duduk renung bulan 2...sambil2 imbas zaman kanak2 dulu2 yg selalu ckp dgn bulan...huhuhu

    ReplyDelete
  5. dulu2 suka jgak dok tgk bulan.. klau bulan penuh lagi menarik kn ^^

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...