Thursday, May 24, 2012

Cepat Dia Sampai

Rasa gembira menjelma dalam diri aku. Sebab apa? Barang yang aku order online telah sampai. Tak lama penantian aku. Aku order 22 Mei. Sampainya semalam 24 Mei. Memang pantaslah. Terbaik!!!

Apa barang yang aku order? Aku order buku-buku fixi. Kalau korang nak order pun boleh. Pergi kat web http://fixi.com.my/. Semua Buku Fixi ada. Aku order yang set. Aku dapat beli buku Kasino, Pecah, Dendam, Kougar, Ceki dan Kopi. Semua harganya RM106.40. Harga termasuk shipping.


Bungkusan yang aku terima semalam


Aku pun baru berjinak dalam pembacaan novel keluaran Fixi ni. Memang best lah. Orang kata nak baca buku ni fikiran kena open. Janganlah terlalu sempit. Kenapa pulak kan? Kalau nak tahu kena lah baca. Baru korang semua faham apa yang aku maksudkan.

Buku ni memang menarik. Dari segi cover dan tajuk. Cover dia lain dari yang lain. Tak pernah lagi aku nampak novel yang cover dia macam tu. Unik. Itu je yang dapat aku katakan. Tak boleh lebih-lebih. Kalau tajuk pun memang bertambah unik. Satu perkataan je. Tapi dapat menghuraikan dalam bentuk satu novel. Bertambah-tambah lah nak tahu apa yang ada di sebalik tajuk yang satu tu. Betul tak?


Buku-buku ni lah yang ada dalam bungkusan tu. Sama apa yang aku minta.

Pernulis dia berlainan. Ada antara mereka masih belajar. Bukan sembarangan penulis. Masing-masing belajar di Universiti. Kira powerlah diorang ni. Sambil belajar pun boleh menulis.

Ikutkan hati nak je aku habiskan pembacaan novel aku ni. Tapi, memandangkan final exam semakin menghampiri jadi aku tinggalkan dulu pembacaan aku ni. Waktu cuti sementara menunggu tahun dua itulah aku akan menghabiskan pembacaan aku ini.

notaFO : Sehingga sekarang dah banyak novel aku kumpul. Aku tak minat pinjam. Aku minat beli, baca dan kumpul.

4 comments:

  1. wow! nanti review buku kopi tu ehss..macam nak beli jerp buku tu..ehehee

    ReplyDelete
  2. rajinyer membaca..ain sejak kenal dunia belog nie,surat khabar, buku, majalah semua dah tolak tepi..uhuk3

    "Alhamdulillah. ramai sebaya ain dah berkahwin seawal 20 tahun. Bangganya ain ❤ ".

    ReplyDelete
  3. ramai org kata buku keluaran fixi best.huhu.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...