...Assalammualaikum...
Hari kedua, 20 Januari 2013.
Ada gotong royong bersama masyarakat setempat. Tetapi, hujan turun mencurah-curah membasahi tanah bumi. Oh, sungguh mencabar aktiviti gotong royong tu.
Sebelum gotong royong, ada senaman J-robik dgn e-robik. Atas permintaan mak cik mak cik yang ada disitu, poco-poco pun di adakan jugak. J-robik ni hanya terdapat di Johor je. Menggabungkan seni tarian zapin, lepas tu tarian cina dan india. Memang susah step dia dan jugak memenatkan. Selama 1 jam buat senaman tu. Berjuraian air peluh ni.
Yang hebatnya mak cik tu tak reti penat. Nak bersenam 1 hari pun larat.
Selepas letih bersenam, semua peserta serta ajk opkim di bahagikan kepada 7 bahagian untuk bergotong royong di 7 tempat yang berbeza. Aku sendiri memilih surau.
Fuh! Surau tu nampak je kecil sekali dibersihkan mahu keletihan juga. Dalam sibuk mengemas datang lah seorang mak cik memantau kerja kami ni. Kata dia, 'memang sungguh budak-budak ni membersih. Memang bersih surau ni'. Terbangga sekejap.
Dengan itu, mak cik tu menjemput makan nasi kenduri kahwin. Wah! Rezeki jangan ditolak. Lebih-lebih lagi makan nasi kenduri kahwin. Amik berkat lah katakan. Kami semua adalah tetamu pertama dengan berpakain yang selekeh selepas gotong royong surau tu.
Masa makan memang riuh lah jadinya. Macam rumah sendiri.
Dah kenyang je, salam dengan tuan rumah lepas tu balik. Dah kenyang, macam tu lah jadinya. Dah habis gotong royong tu balik ke dewan. Ada majlis perasmian gotong royong yang telah dirasmikan oleh Datuk Zulkarnain Kamisan, Ketua Pemuda UMNO Johor.
Dah habis semua tu, aku bersama adik beradik angkat yang lain balik ke rumah keluarga angkat kami. Tidur sekejap sampailah pukul 3.
Pukul 3.30 ada sukaneka bersama penduduk felda. Malangnya aku tak dapat menyertainya disebabkan kepala aku sakit umpama ditekan-tekan. Memang rugi tak pergi sukaneka tu sebab aku nak tengok gelagat orang yang melucukan.
Apakan daya, badan tak larat, Jadinya aku tidur sampailah pukul 6 petang. Galak betul aku tidur. Bangun tidur kepala pun sihat.
Malam tu selepas isyak aku bersama adik beradik angkat pergi ke masjis sebab ada ceramah perdana yang telah disampaikan oleh Ustaz Khairil Khuzairi Bin Omar yang merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UKM. Banyak input dan ilmu dalam ceramah tu.
Selepas itu, ada majlis penyerahan sumbagan kepada golongan asnaf.
Selepas itu, ada jamuan ringan makan kuih donat dan epok-epok serta minum air soya. Kenyang perut. Dah kenyang dan dah kepenatan semua tu, kami semua pun balik. Seterusnya, membuat tahi mata.
...Bersambung di bahagian 3...
...Sekian,Wassalam...
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.