...Assalammualaikum...
Bila cuti sahaja memang akan meriahlah dengan mana-mana undangan walimah dari jiran, orang kampung mahupun sahabat handai.
Jadi, cuti semester selama sebulan ni sebanyak dua undangan walimah yang telah aku dapat dan ke dua-duanya adalah dari rakan seperjuangan aku di UKM. Malangnya, aku tak dapat menghadirkan diri pada kedua-dua majlis tersebut. Memang rugi tak dapat datang ke sana sebab ada masalah tertentu yang tak dapat aku elakkan.
Pasangan pertama : Idris Hasyin dan Raihanah Zakaria
Pernikahan mereka ini agak mencetuskan kejutan aku dan kawan-kawan yang rapat dengan Idris. Apa ke tidaknya seorang yang pendiam dan tidak kepoh seperti aku telah bernikah.
Mengejutkannya lagi, seminggu sebelum pernikahan mereka, mereka baru menjemput rakan-rakan dan menghebahkan berita tentang pernikahan mereka. Ada yang sudah menjangkakan dan ada juga yang tak sangka seperti aku.
Selama ini, perbualan mengenai nikah ketika muda dan masih belajar sering menjadi perbualan antara kami, tapi tidak aku menyangka yang apa yang dibualkan menjadi kenyataan Idris.
Apa pun, aku cukup rasa bahagia bila kawan aku bahagia. Aku turut gembira bila kawan aku gembira.
Nampak Romantik sangat invitation ni. Tak sangka kawan aku si Idris ni jiwang jugak.
Majlis pernikahan dan Jamuan Ikhwah Akhwat mereka telah di jalankan pada 9 Februari 2013 pada jam 9.30 malam di Sentul manakala pada 10 Februari 2013 Majlis Kenduri Kesyukuran telah diadakan di Masjid Al-Islahiayah di Kuang.
Jadi, aku nak mengucapkan kepada kawan aku Idris Hasyin dengan pasangannya Raihanah Zakaria, semoga majlis yang kalian bina ini kekal hingga ke akhir hayat seterusnya kasih kalian membawa ke Syurga. Buat Idris, bila dah bergelar seorang suami ni jangan pulak lupakan kita ni sebagai kawan-kawan kau di UKM ni. Buat Idris jugak, jadilah seorang suami yang soleh dan mithali. Sama jugak buat Isterinya, jadilah seorang yang boleh membahagiakan Idris. Ameen.
Pasangan Kedua : Syazwani Hasnan dan Hariz Hashim
Pernikahan mereka ni memang telah di ketahui sejak awal semester lagi. Jadi tiadalah kejutan. Pernikahan mereka telah di adakan pada 11 Februari 2011 di Kuala Terengganu, Terengganu.
Nampak comel je kad ni.
Buat kawanku Syazwani Hasnan dan pasangannya Hariz Hashim, Selamat Pengantin Baru. Semoga pernikahan yang di bina ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat seterusnya membawa ke Syurga.
Petang tadi, aku buka facebook, then ternampaklah gambar-gambar sekitar majlis pernikahan mereka. Apa yang aku dapat katakan tentang mereka ialah WOW! Memang padan. Sama Cantik Sama Padan. Bagai Pinang Dibelah Dua. Feeeewwwwiiittt!
Sumber gambar dari https://www.facebook.com/syafiq.izhar.5. Harap tak marah lah aku ambil gambar ini. Hehe. Nampak tak kegembiraan pada wajah-wajah pengantin ni. Nampak sangat bahagianya.
*****
Antara fakta menarik yang aku dapat mengetahui dari mereka ialah kawan aku Idris dan Syazwani ni bertemu jodoh dengan bakal doktor dan menuntut di USM Kubang Kerian. Selain itu, kawan-kawan aku ni jugak adalah dari Jurusan yang sama iaitu Mikrobiologi UKM. Macam kebetulan je kan? Qada' dan Qadar namanya ni.
*****
Bila aku bagi ucapan di facebook ataupun twitter ade je komen yang kata 'Selepas ni kau pulak'. InsyaAllah, aku ambil komen-komen tersebut sebagai doa. Bukan setakat di komen-komen itu je. Bila jumpa saudara-mara, semua kata 'lepas belajar ni sibuk nak kahwin pulak'. Aisey! Semua cerita suruh kahwin.
Ye lah, bila umur dah menjengah ke 20-an memang itulah isu yang timbul. Tak kiralah antara kawan mahupun saudara mara mahupun mak dan abah.
Semua itu bergantung pada jodoh. Bila dah sampai seruan, memang tak akan lengah lagi lah. Perkara baik tak perlulah di lambatkan. Tak elok.
Akhir sekali, buat ke empat-empat mereka aku ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga kalian semua menjadi insan yang terbaik di samping pasangan masing-masing. Ingat, pernikahan ini bukan pengakhiran dari kisah cinta kalian tapi ia adalah permulaan kehidupan kalian. Sesungguhnya, banyak lagi ujian yang akan kalian hadapi selepas pernikahan ini. Harap kalian menghadapinya dengan penuh kesabaran.
Aku gembira bila lihat kawan-kawan aku bahagia. Harap aku pun akan menemui kebahagian seperti itu juga.
Aku tahu lepas ni ada lagi kawan-kawan aku yang akan bernikah. Tahniahlah buat mereka semua. Yang penting, jangan lupa jemput aku!
Penuhilah kehidupan anda dengan kata-kata Allah dan Sunnah Rasulullah. InsyaAllah.
...Sekian,Wassalam...
notaFO : Selepas ini sepupu aku berderet-deret bernikah. Macam perlumbaan pernikahan pun ada. Buat masa sekarang ni aku hanya mampu melihat dan meraikan kegembiraan mereka.
nanti abg jemput Faizul. hehe..
ReplyDeletetak lama lg lah tu.. dah terhidu bau nasi lemak ni... patutlah muka berseri2 je... seri pengantin agknya...
DeleteOwh. Kawan kak wani eyh. Sy pun ad buat entry bergambar pernikahan kak wany. Beliau sahabat baik sy sejak skolah. =))
ReplyDeletea'ah... berkawan sejak first year lg...
Delete