Thursday, February 14, 2013

Opkim Permaj 2013 - Felda Sg.Mas #Bahagian 4

...Assalammualaikum...


Dah lama tertunda nak bercerita tentang Opkim ni. Entry kali ini aku nak bercerita tentang aktiviti Opkim ni untuk hari ke-4. Hari ke-4 adalah pada 22 Januari 2013 bersamaan dengan Hari Selasa. Hari ini tiga lagi aktiviti yang telah di jalankan.

Bengkel Motivasi di Sekolah Kebangsaan LKTP Sg.Mas

Aku di bahagikan ke tempat ini untuk menjadi fasilitator untuk adik-adik yang bakal menduduki UPSR tahun 2013 ini. Ada lagi 2 sekolah iaitu Tadika Kemas LKTP Sg.Mas dan Sekolah Kebangsaan LKTP Semenchu.

Pukul 10 baru kami semua tiba di sekolah tersebut. Ramai mata-mata kanak-kanak memandang. Seronok lah tu dapat berjumpa kami semua ni.

Murid tahun 6 yang ada di dalam dewan tu hanya 83 orang. Lebih kurang masa aku tahun 6 semasa tahun 2003 dahulu kala. Realiti sekolah kampung memang banyak seperti sahaja pelajarnya bagi setiap tahun.

Acara bersama pelajar ini dimulakan dengan ceramah motivasi oleh wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru. Hampir 2 jam lebih ceramah ini berlangsung. Habis ceramah sahaja, kami dibahagikan kepada 10 kumpulan untuk beramah mesra bersama murid-murid tersebut.


Bermain game dengan pelajar. Gamenya adalah mencari  perkataan lain dari perkataan KEMERDEKAAN. Yang bagi jawapan bukannya pelajar tapi fesi yang bagi jawapan.




Mana satu pelajar, mana satu fesi pun tak tahu lah. Sama besar je. Mereka yang terlalu besar ke atau kami yang terlalu kecik. Yang penting enjoy. Budak yang peramah. Sampai aku sendiri tak reti nak melayan.


Lebih kurang satu jam sahaja masa untuk beramah mesra bersama pelajar. Tak dapat nak bermesra lebih-lebih. Tak puas rasanya. Tak cukup mesra lagi ni. Tak apa lah, lain kali kita jumpa lagi.


Inilah kesemua calon UPSR 2013 untuk sekolah ni. Ramai kan? Good luck for UPSR examination. Nanti boleh masuk UKM.

Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor

Selepas Zohor kami semua pergi ke Pantai Tanjung Balau. Ingatkan nak mandi. Tapi, apakan daya cuaca tidak baik menyebabkan angin kuat serta ombak besar bergulung-gulung tapi bukan tsunami.

Datang sana hanya berposing bersama batu di tepi pantai dan ombak bergulung-gulung. Nak mandi memang tak dapat lah.


Berposing di tepian pantai yang bergulung-gulung. Sebenarnya kami ni tak kenal antara satu sama lain. Dalam program ni baru kenal.



Alangkah kerdilnya aku dikelompok ini. Memang tak kelihatan rupa wajah aku ni.


Berhampiran pantai ini ada sebuah Muzium Nelayan. Kami pergi tempat ni lah. Tak mahal pun hanya RM1 untuk pelajar seperti kami dan  kanak-kanak. Untuk dewasa pula RM2 sekali masuk.

Dalam muzium ni macam-macam ada. Nak bercerita lebih-lebih takut panjang pulak entry ni. Tapi, biasalah muzium ada maklumat dan pameran barang-barang lama. Ini kali pertama aku masuk ke muzium ni walaupun  sejak lahir aku menetap di Kota Tinggi ni. Memang tak sangka yang muzium ni memang menarik.


Benda alah yang ada di dalam muzium.


Tempat-tempat kami berposing. Semua ni ada kat dalam muzium.


Suasana perkampungan nelayan. Ini pun ada kat dalam muzium tu.



Sepatutnya orang masuk muzium untuk mencari maklumat dan mendapatkan ilmu. Tapi tak, kita orang berposing bersama-sama model yang ada kat dalam tu.

Menjelang asar barulah balik ke rumah keluarga angkat masing-masing.

Malam Kebudayaan

Program seperti ini memang tak sah kalau tak ada Persembahan Malam Kebudayaan.

Lepas Isyak majlis ni bermula. Ada macam-macam persembahan tapi yang melambangkan kebudayaan negeri Johor lah seperti Zapin dan Kuda Kepang. Tarian satu Malaysia pun ada. Selain itu ada persembahan akustik dan jugak koir.


Abang yang comel ni nyanyi lagu yang berentak akustik. 3 buah lagu dia nyanyi. Apa tajuknya entah lah, aku lupa pulak. Memang power suara abang ni.


Ini pulak kumpilan koir felda ni. Terdiri dari kanak-kanak dan juga belia remaja. Menyanyi lagu Satu Malaysia Satu Bahtera tu. Ada suara budak perempuan yang pakai tudung hitam berbaju kelabu memang lunak je suara dia. Mesti dah biasa buat persembahan


Persembahan zapin dari student UKM ( gambar atas ) dan penduduk kampung ( gambar bawah )


Ini pulak tarian satu malaysia. Melayu, Cina dan India. Meriah je tarian ni. Ini persembahan dari UKM sendiri.


Ini pula tarian kuda kepang. Penduduk kampung yang persembahkan tarian ni. Dengan iringan muzik gamelan.




Persembahan ini disembahkan oleh pelajar UKM sendiri dan juga penduduk Felda Sg.Mas sendiri.


Sebelum balik, sempatlah bergambar dengan pentas ni. Untung pentas ni pentas batu, kalau tak mesti roboh.

Esoknya pula ada majlis penutup. Itu akan aku cerita pada bahagian 5.

...Sekian, Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...