Sunday, May 4, 2014

Aura Prof. Dr. Muhaya Mohamad

...Assalammualaikum...

Tarikh : 27 April 2014
Masa : 3.00 pm - 6.00 pm
Tempat : Kampus UKM Bangi

Aku di ajak kawan aku untuk sama-sama menghadiri satu ceramah motivasi. Nak kata ceramah, tak lah ceramah sangat cuma aku rasa ia lebih kepada kelas ataupun bengkel. Rasanya si tukang cakap terlalu dekat dengan jiwa pendengar kat dalam Dectar tu sebab tu aku tak rasa dia sebagai ceramah.

Jujur aku katakan, aku tak pernah berminat sebelum ini untuk membaca buku tulisan beliau mahupun mengikuti nasihat ataupun kata-kata positif beliau di FB, Twitter mahupun di kaca-kaca TV. Tapi, pada hari itu, aku terasa nak pergi mendengar kata-kata yang bakal keluar dari mulutnya. Tak pulak aku kata 'tak nak pegi' atau beri apa-apa alasan untuk tidak pergi ke majlis yang penuh dengan keilmuan tu. Aku tahu dia popular. Ramai yang menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi selain Rasulullah S.A.W.

Aku melangkah masuk ke dalam Dectar. Aku lihat ramai pelajar-pelajar sekolah menjadi tetamu ataupun pendengar kata-kata positif Prof. Dr. Muhaya. Pelajar UKM? Mestilah ada cuma taklah seramai mana pun. Aku duduk. Aku dengar apa yang dikatakan. Segala apa yang terkeluar dari mulutnya semuanya benar. Tak ada salahnya. Aku tak berganjak langsung sejak mula aku masuk ke dalam dewan sehinggalah celoteh beliau tamat. Ada sampai satu tahap tu, bicaranya membuatkan hati aku betul-betul tersentuh sehingga air mata nak gugur. Aku tahan. Cuba untuk tidak menggugurkan air mata. Malu lah pulak kalau air mata aku jatuh depan-depan tu. Nanti orang kata cengeng pulak.

Sebenarnya apa yang dikatakan memang selalu aku dengar. Tapi, auranya yang dikeluarkan membuatkan ramai yang suka akan bicaranya, katanya. Mungkin jiwa aku ni telah lama tidak di tabur dengan motivasi, peringatan atau majlis-majlis ilmu seperti ini. Aku rasa apa yang dikatakan semuanya betul sehingga jiwa aku tersentuh.

Di bawah ni aku kongsikan bicara Prof. Dr. Muhaya Mohamad:

Sifat Yang Perlu Ada Pada Setiap Manusia
1. Hormat pada semua orang
2. Buat sesuatu tanpa niat selain niat kerana ALLAH.
3. Lemah lembut
4. Sentiasa bertanya pada diri, apa yang perlu diberi pada orang lain

5 Perkara yang perlu dilakukan oleh setiap manusia
1. Kasih sayang tanpa syarat
2. Sentiasa memaafkan semua orang
3. Mesti perlu pemurah dengan ilmu, kata-kata dan nasihat.
4. Bergantung pada Allah bukan manusia
5. Sentiasa tenang

Tugas utama Manusia di Dunia
Sebagai seorang khalifah, hamba ALLAH dan pendakwah

Ini apa yang aku dapat catat dalan bicara beliau yang bertajuk Celik Mata Minda. Jika ada lagi bicara seperti ini, aku akan datang. Nak bagi hati ni subur dengan ilmu dan aura positif. 

...Sekian...

notaFO : Aku ingat Prof Dr Muhaya ni Dr dari bidang falsafah, rupanya dia ni memang betul-betul seorang Doktor perubatan. Yang lebih hebat dia adalah Dr pakar mata!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...