Thursday, February 16, 2012

Hantu Dalam Botol Kicap

Hari ini aku membawa diri untuk menonton wayang. Seorang diri. Membawa hati yang berduka lara. Hari ini aku menonton wayang di Jusco Ulu Tebrau, Johor.



Sinopsis Hantu Dalam Botol Kicap

Aminah dan suaminya Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya. Nek Temah merupakan seorang dukun di kampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka di beritahu pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang di ikat selampang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi tehalang oleh Nek Temah yang berdiri di belakangnya.

Pada suatu haru Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, menyembelih dan mencabut bulu ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya. Seekor hantu terlepas dari dalam botol tersebut.

Apa yang berlaku selepas itu. Sila lah tonton wayang sekarang. Masih ditayangkan lagi.

Pandangan Aku Tentang Filem Ini

Filem yang bergenre komedi seram ini lebih banyak komedi berbanding seram. Aku rasa lebih banyak ketawa dari terkejut.

Lakonan yang biasa tapi berkesan. Pelakon yang sesuai dengan wataknya.

Cerita ni simple je. Tiada yang kelainan sangat. Yang kelainan ialah hantu yang minat pada kicap.

Latar cerita ni memang nampak seram tapi tak seram jadinya sebab plot ceritanya yang komedi. Sarat denagn gelak tawa.

Seriusly aku cakap tengok cerita ni tak tension. Malah boleh release tension.

Markah atau bintang yang aku dapat bagi untuk filem ini ialah 6/10 je. Aku bagi sikit sebab cerita ni biasa sahaja. Tiada yang unik.

p/s : sejak kebelakangan ini aku asik tengok cerita seram je. Tak tahu lah kenapa. Aku minat kot.

1 comment:

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...