11 Februari 2012 berlangsungnya Karnival Waja Diri (KWD) Persatuan Saeni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) di Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ). Karnival ini telah berlangsung selama 1 hari dari jam 10 pagi sehingga jam 8 malam.
Karnival in i telah berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak ( DECTAR ). Sebanyak 37 IPT telah menyertai karnival ini dengan 56 pasukan.
perasmian yang penuh adat istiadat. |
Jujur aku kata kan pada mulanya aku tak faham apa dan bagaimana pertandingan ini dijalankan. Setelah aku melihat sendiri dengan mata kepala aku sendiri baru aku faham yang pertandingan ini hanya sekadar demonstrasi Seni Silat Cekak. Ada juga kawan aku dari silat lain mempersoalkan kenapa silat cekak ni ada pertandingan lawan-lawan. Bukan kah silat cekak ni silat yang membunuh? Masa tu aku tak tahu nak jawab apa. Tapi sekarang aku dapat jawab macam mana pertandingan ini dijalankan.
ini lah guru utama persatuan kami. |
Bila aku dapat lihat sendiri pertandingan ini, aku rasa aku nak masuk pertandingan dalam Karnival Waja Diri ke 6 tahun depan yang akan di adakan di UiTM Melaka.
Karnival ini telah dirasmikan sendiri oleh YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden PSSCM. Manakala perasmian penutup pula dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.
Majlis ni kalau nak tahu penuh adat istiadat umpama kita berada di dalam zaman kesultanan melayu lama. Disamping bergemanya lagu Semerah Padi nyanyian M.Nasir.
peserta ipt yang m,enyertai karnival ini. |
Pertandingan ini di pertandingkan dengan 4 kategori untuk putera dan 4 kategori untuk lelaki. Apa nama setiap kategori tak tahu pula aku. Lupa. Yang aku ingat ialah Juara keseluruhan bagi Putera yang membawa piala pusingan ialah Universiti Teknologi Petronas. Yang Puteri pula ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris.
UKM hanya menang pingat gangsa kategori 1 puteri dan Anugerah Khas Juri untuk kategori Puteri. Walaupun tak banyak tapi boleh lah dari tak bawa balik langsung.
pandangan lambakan peserta dari tingkat atas dewan. |
Aku pun belum cerita apa peranan aku dalam Karnival ini. Sebenarnya petanan aku dalam karnival ini adalah sebagai Urusetia dibawah Jawatankuasa Logistik dan Teknikal.
Kalau tak ada akumesti karnival ni tak jalan. Sebab sebahagian besar barang dalam program ni di usahakan oleh jawatankuasa aku untuk mendapatkannya. Turun naik pejabat dah biasa bagi aku sepanjang perkampungan untuk karnival ni. Dah banyk pengalaman dan pelajaran yang aku peroleh dalam menyertai program seperti ini.
empat gambar diatas adalah sebahagian dari persembahan pertandingan. |
Sebagai AJK program karnival ini aku bersyukur kerana program yang dikendalikan oleh PSSCM UKM ni berjalan dengan lancarnya. Rasa sebak melanda sebab program ini dapat membuka kepercayaan pihak lain yang UKM pun mampu buat event seperti ini.
Alhamdulillah program ini tak memdapat kritikan yang buruk malah dipuji sebab kecekapan AJK karnival dalam mengendalikan program seperti ini.
antara ajk urusetia yang menjayakan program ni. |
gimik yang dilakukan oleh pihak kami. |
muka keceriaan setelah membawa balik pingat. |
ajk yang sentiasa buzy dengan penginapan. |
p/s ; tak sabar nak tamatkan silat cekak ni sebab tahun depan nak cuba rampas piala pusinan yang UKM tak pernah dapat pun.
Aktif sungguh ye..full lah tu 8 jam kredit!.
ReplyDeleteuntongla dia shahmi... 8 kredit tu petik jari ja...
ReplyDeleteaq bukan setakat kumpul jam kredit tp aku minat nak join aktiviti mcm ni..
ReplyDelete