Tuesday, February 7, 2012

Fakta Menarik Tentang Catur

Hari ini aku akan berkongsi mengenai fakta yang telah aku perolehi melalui pembacaan aku. Rasanya tak salah jika aku berkongsi maklumat seperti ini. Fakta yang aku ingin kongsikan adalah Fakta Menarik Tentang Catur.



Fakta tersebut ialah :


1. Catur merupakan permainan paling popular di dunia yang di mainkan oleh lebih dari 700 juta orang.

2. Perlawanan antara Ivan Nakolik dan Goran Arsovic di Belgrade pada tahun 1989 adalah rekod permainan paling lama iaitu selama 20 jam 15 minit dengan 269 gerakan seri.

3. Pada tahun 1999, seorang kanak-kanak berumur lapan tahun bernama David Wei Howell dari East Sussex, England pernah mengalahkan pemain catur profesional iaitu Grandmaster John Nun sekali gus memecah rekod pemain catur paling muda mengalahkan seorang pro!

4. Hanya dua orang sahaja peserta catur kategori wanita yang menyertai kejohanan catur dunia pada 2010. Perlawanan pertama, perlawanan final!

5. Nisbah kemenangan buah putih ialah 38.4 peratus manakala buah hitam 31.9 peratus. Manakala peratusan seri untuk kedua-duanya buah ialah 38.4 peratus.

6. Permainan catur adalah salah satu kurikulum sekolah rendah yang di ajar di hampir 30 buah negara di seluruh dunia antaranya Venezuela, Iceland dan Rusia.

7. Kajian orang Belanda pula mendapati kanak-kanak lelaki yang bermain catur adalah 8 peratus lebih bijak manakala kanak-kanak perempuan 12 peratus. 


Aku Dan Catur

Sekarang catur dah ada bermacam-macam bentuk dan rupa. Dulu buah catur aku hanya tengok dalam keadaan plastik. Tapi sekarang kayu dan kaca pun ada. Ada pula catur ni orang buat perhiasan je. Tak buat permainan pun.

Akan tetapi aku ni memang tak pandai main catur. Dulu pernah nak belajar main catur. Tapi, aku tak practise selalu. So, aku tak dapat lah nak ingat step dia. Step dia kan lain bagi setiap buah yang ada.

Sampai sekarang aku tak pandai nak main catur. Nak belajar memang tak sempat. Paham-paham je lah kalau dah nama pun student IPT serba sibuk.

Nak main catur ni pula kena ada masa yang cukup lama. Kena termenun g dan menunggu. Memang aku tak suka nak tunggu dan termenung macam ni. Tapi, selalunya orang yang main catur ni memang seorang yang IQ tinggi dan sungguh lah bijak.

Betul tak apa yang aku cakap?

8 comments:

  1. bukan termenung dan menunggu la..berfikir dan mengatur strategi!=)

    http://syahmielias.blogspot.com/2012/02/15-fakta-tentang-haiwan-yang-tak-ramai.html

    ReplyDelete
  2. tak reti sngt main catur..ehhe segan den skjp

    follow sini^^

    ReplyDelete
  3. best la main catur,, dlu gua main wakil daerah,, tapi 7 tahun lepas la,,hehe..

    memang best klo mengatur strategi,, then success,, macam perang jugak kene ade stratige.. :D

    ReplyDelete
  4. ta geti camne nak follow blog nieh,, sile beri tunjuk ajar,,mehehe

    ReplyDelete
  5. haha..aku pon dok dan temenung je tgok..kdg2 ade la gak menang2..

    ReplyDelete
  6. Lebih prefer catur plastik. dulu ada catur kaca, tapi last2 prangggg!
    lagipun lepas main tu boleh lambakkan je dlm kotak... kalau kaca mmg sah2lah sumbing.

    Apapun, catur ni bukan sekadar permainan IQ. ianya brkenaan strategi. Kesimpulan saya pulak, kalau seseorang tu dah pro main catur, dia boleh jadi mastermind dlm strategi peperangan:)
    *Saya main catur...bijak ke saya?haha:P

    ReplyDelete
  7. main catur memang sangatttttttt best !

    fazul nanti jom lawann ~

    ReplyDelete
  8. hurmmm.. that great info bro !! i LIKE.. hehe dah macam facebook aje dok like2 nie...

    pape pun thank for that info..
    \\( ^_^ )//

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...