Hari ini rasa boring...
Aku print nota tiba - tiba 'ink' habis...
Baru semangat nak baca nota...
So, aku apa lagi buat benda lain la...
Apa yang aku buat ialah membaca berita online...
Macam - macam berita aku baca...
Tapi ada 1 berita yang betul-betul tarik perhatian aku sehingga nak tulis pasal ni...
nak tahu pasal apa???
Pasal artis wanita bertudung...
Yang terbaru ni ialah Diana Amir. Korang semua mesti kenal kan siapa Diana Amir ni. Dia ni la pelakon yang berlakon dalam filem 3,2,1 cinta. Dalam filem tu seksikan si Diana Amir ni. ALHAMDULILLAH la. Sampai jugak seru dia untuk dia berubah ke jalan ALLAH. Lepas sorang ke sorang artis muda di Malaysia ni nak menutup aurat. Bermula dari zaman Wardina Saffiyah, Catriona Ross, Noraniza Idris. Itu dari segi artis yang lama. Kalau artis muda ni Irma Hasmie, Raja Farah, Farah AF2. Kira bagus lah jika mereka semua ni dah sedar akan kepentigan menutup aurat.
Inilah wajah terbaru Diana Amir dengan Jilbabnya |
Jangan nak kejar glammer je tapi dosa bertambah. Apa guna kalau glammer di pentas dunia tapi hilang glammer di pandangan ALLAH. Suka pada kenyataan Diana Amir yang dia membayangkan azab yang dia terima jika tidak menutup aurat. Lagi satu, dia juga tidak sanggup melihat bapa dia menanggung dosa kerana ke khilafan dia.
Dalam kenyataan dia juga dia menyatakan dia tidak takut kalau tawaran berlakon akan berkurang kerana dia mengetahui yang rezeki itu datang dari ALLAH. Dia juga menyatakan akan berhati-hati dalam menerima apa sahaja tawaran lakonan selepas ini untuk mencerminkan sebagai wanita muslimah. Kita juga mengetahui yang ALLAH tidak akan berlaku kejam terhadap hambanya.
Perubahan artis wanita seperti ini sedikit sebanyak akan memberi perubahan kepada golongan remaja di Malaysia untuk mengikut jejak langkah artis kita dengan menutup aurat. Remaja di Malaysia mudah terpengaruh dengan fesyen yang dikenakan oleh artis. Jadi, apa salahnyea jika artis Malaysia menampilkan fesyen muslimah yang boleh menjadi ikutan remaja Malaysia. Jika aurat terjaga INSYAALLAH maksiat juga kita dapat jauhi.
Penulis berharap agar penghijrahan ini akan berterusan hingga keakhir hayat. Penulis juga berharap agar lebih ramai artis sedia beruabah kerana berubah ke jalan ALLAH amat dituntut. Tidak perlu penangguhan kerana kita sebagai manusia tidak tahu ajal maut kita.
Untuk mengetahui apa lagi luahan DIANA AMIR tentang penghijrahan ini bile klik SINI
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.