Tragedi ni sepatutnya dah lama di update kan.
Akan tetapi ada beberapa sebab yang tak dapat di elakkan akhirnya dapat juga la di publish.. hehehe.
Semoga enjoy dgn ceritera tragedi ini... hahaha..
Pagi-pagi lagi seawal jam 7.30 pagi ramai umat manusia telah berkumpul di stadium ukm.
Ada budak sekolah rendah, menengah dan budak-bidak U.
Paling ramai budak UKM la.
Lagi ramai budak sekolah.
Datang je pagi-pagi kat stadium tu kena la mendaftarkan diri.
Nak buat perarakan pun kena daftar. Mungkin nak buat statistik.
Lepas daftar pihak penganjur bagi makanan supaya kenayang.
Tak la pengsan masa perarakan nanti.
Pesrta perarakan ni juga telah diberi baju. Dua, tiga helai boleh ambil.
Kami yang wakil Kolej Keris Mas ni berpakat pakai baju warna kuning.
Da macam perhimpunan bersih.
Nak bagi gempak je!!!...
masa nak mula perjalanan |
macam perhimpunan bersih kan. serba kuning. |
Kami berjalan la sejauh 3.3 km bermula dari stadium dan berakhir jgk kat stadium..
Dalam jalan-jalan ni kami ni takde la senyap je...
Kitorang menjerit dam melaungkan...
DERMA DERMA!!!! ORGAN ORGAN!!!
Dari mula sampai habis.
Group mana yang slogan kreatif dapat la hadiah.
cenderamasta yang diperoleh. hihihi. |
maskot. tak pun kitorang panggil ''DOKTOR ORGAN'' |
Kitorang group pertama yang sampai.
Ye la. Barisan depan memang la sampai dulu.
Sampai je ada la persembahan dari mana ntah. Tak ingat plak.
Tapi persembahan ni ada gendang-gendang la. Ala-ala rentak mexico.
Lepas tu ada la persembahan dari Heliza dgn Hafiz Hamidon.
Nyanyi lagu tema derma organ.
Tak ingat plak apa tajuk lagu dia.
Lagu ala-ala nasyid gitu.
Saat yang paling genting apabila pemenang untuk perbarisan ni di umumkan.
Sangat mengejutkan apabila KKM menang tempat ke-3 perbarisan lepas tu dapat plak rm500.
Sangat terkejut dan tak sangka.
Tempat ke-2 dgn pertama budak sekolah rendah menang.
Agak malu la tp ok sebab kolej lain pun tak menang.
Gembira jugak la. Tak sangka tu boleh menang.
tanda kemenangan yang tak dijangka |
da menang bergalak la bergambar atas pentas. Kalau kalah tak bermakna nak buat semua ni. |
Duit kemenangan ni pun da habis buat kenduri jamuan pd 26hb oktober.
Makan la kepsi dgn kek secret recipe.
Berbaloi dan best sangat.
Lain kali ada lagi nak join la.
Lagi ramai lagi best kalau warga KKM ikut.
KKM kan ramai penghuni.
bergambar bersama ''DOKTOR ORGAN'' |
p/s : KKM (Kolej Keris Mas) adalah Kolej Kebiasaan Menang. hehehehe...
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.