Soalan di atas sering kite dngr sbg pelajar tak kira la sama ada bdk sekolah rendah, menengah mahupun pelajar ipt. Bila soalan tu keluar dari mulut member atau mak bapak macam-macam alasan atau jawapan yang keluar dari bibir manis mereka. Antara alasan atau jawapan ialah:
1. Soalan : Kau dah study ke?
Jawapan : Belum lagi. Nak study tak de mood la.
Keterangan : Agak-agaknye la time bila mood study tu nak datang? Kalau nak ikot kan mood la, almaklumnya tak study la sampai ke sudah. Jadi, nak study ni tak payah la nak tunggu mood tu sampai ada. Mood nak study ni memang kadang-kadang susah nak datang.
2. Soalan : Kau dah study ke?
Jawapan : Malas la.
Keteranagan : Kalau da keluar perkataan malas ni memang susah la. Malas ni macam satu sindrom. Kalau da start sekali malas. Segala benda akan malas nak buat. Jadi, hindarilah dengan berkata malas. Kalau tak dapat buat banyak, buat sikit pun jadilah supaya kita tak la di label dengan pemalas je.
3. Soalan : Kau dah study ke?
Jawapan : Tak sempat la. Aku busy. Tak ada masa nak study.
Keterangan : Yang ni lagi la tak munasabah. Ada ke nak study tak ada masa. Allah da bagi kat semua makhluk dibumi ni sama rata masa iaitu 24 jam. Tak ada orang dapat lebih pn masa tu. Cuma cara kita mengurus masa je tentukan masa kita ni cukup atau tak.
pernah tak jadi macam ni? |
4. Soalan : Kau dah study ke?
Jawapan : Belum lagi. Nanti aku study la.
Keterangan : Kalau ikutkan nanti tu tak tahu la bila. Dengar nak exam baru la nak study. Bile tak sempat mula la kate ''menyesal aku tak study dari awal''. Kalau macam ni susah la nk berjaya dengan cemerlangnya. Jadi, sebagai pelajar ni kenalah buat kerja segera jangan nak bertangguh.
5. Soalan : Kau dah study ke?
Jawapan : Dah. Dah nak ulang banyak kali da.
Keterangan : Rasanya orang yang bagi jawapan ni ramai tak. Nak dapat sorang dalam seibu pun payah. Tapi, orang macam ni la bagus. Berusaha untu dapat kejayaan.
Jadi, dah tahu kan bermacam-macam alasan dan jawapan yang kita selalu dengar tak pun selalu ucap bila tanya ''Kau dah study ke???''. Korang sendiri pun tahu apa jawapan yang korang bagi jika di tanya soalan macam ni. Agak-agak nya yang mana satu jawapan yang korang selalu bagi? Atau pun ada jawapan lain. Kalau ada bole la share sekali.
p/s : Entry ini adalah untuk peringatan kita bersama. hehe..
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.