Friday, October 7, 2011

SeBuLaN Di KeRiS MaS

Diam tak diam la sebulan masuk UKM ni...
tapi rasa mcm da lame sangat duk kat ukm ni...
apa taknye busy memanjang je...
sampai malam ada program, meeting, kelas lg...
memang sibuk la duk study kat ukm ni...
sebelum ni tak pernah aku lalui hari-hari seperti ni...

kali ini aq nak 'story' tentang kolej...
kolej yg aku maksudkan ialah tmpat tinggal aku kat universiti ni...
knp aku nak cerita tentang ni???
sebab inilah tmpat pertama yang aku kenal kat dlm ukm ni...
lg satu kolej aku ni is the best kolej in ukm...
nak tahu apa yang best baca lah sampai habis...
hakhak..

Mula - mula nak masuk keris mas ni nampak la ucapan selamat datang ni.
bertambah semangat nak masuk.
First sekali time dpt tawaran upu ni...
dpt ukm pas dpt duk pulak kat kolej keris mas...
best nye, x sabar nak masuk u...

antara bangunan pentadbiran kolej yg terbesar di UKM ni.
Seminggu kemudian surat tawaran pun sampai kat rumah aku. Aku excited terus bukak surat tu. Macam-macam aku belek. Masa belek-belek tu aku nampak la nama senarai kolej kat UKM ni. Agak pelik nama kolej aku ni. Knp kolej aku ni Keris Mas. Kolej lain semua nama orang. Nama tokoh yang terkenal macam Dato' Onn, Tun Hussien Onn dan lain-lain lah. Siapa Keris Mas sebenarnya ni. Aku pun biarkan la. Tk penting pun. Yang penting aku dapat balajar kat UKM ni.

KERIS EMAS yg terpacak kat depan bangunan pentadbiran KKM ni
Bukan setakat surat tawaran je aku dapat. Kat facebook pun aku dapat invitation group dr UKM. Aku tak tahu la macam mana orang tahu yang aku ni akan belajar kat UKM ni. Dpat la join 1 group ni nama die sumber maklumat. Kt dalam group ni amcam-macam la boleh tahu pasal UKM ni. Aku pernah 'post' kat group tersebut dan bertanya mengenai kolej yang bakal aku menginap. Ada senior komen yang KKM best tapi jauh dari fakulti. kiranya duk paling hujung UKM la. aku dapat tahu jugak yang UKM ni sewaan yang paling mahal sekali. Lebih mahal dari kolej lain. Dalam hati aku, nanti aku nak tukar lah kolej lain. Duk kat kolej lain sama je.

7 September 2011...
Betapa excitednya aku datang untuk mendaftar sebelum pukul 7 pg lagi. Kaunter pendaftaran pun belum bukak. Kenalah tunggu sejam lebih untuk kaunter bukak. Letih jugak menunggu ni. Baru menunggu. Time pengurusan pendafataran pulak 1 hal. Banyak kali kena turun naik jumpa parent sebab maklumat tak lengkap. Akhirnya pukul 10 baru dapat kunci masuk bilik. Duk jela kat bilik ni sebab kawan pun tak de lagi. Apa yang aku harap masa tu ialah aku dapat kawan yang betul-betul baik. Alhamdulillah aku perolehinya.

Berbalik semula pasal KKM ni. Sebulan kat sini. Sungguh seronok. Bilik best. Tak sangka dapat bilik aras 1. Nama je aras 1 tapi kene gak tangga. Sebab kat KKM ni asrama ni banyak bawah bukit. Lebih kurang Duk kat dalam 'underground' la. Tapi best.

Kemudahan dalam bilik yg sngt best.
Maapla bilik bersepah.
Gambar diambil 5 minit selepas masuk bilik selepas pendaftaran.
Ni nak share sikit la pasal KKM yang tak ada kat kolej lain. Untuk pengetahuan kolej ni baru je 11 tahun penubuhan. Kolej ni merupakan kolej paling baru di antara kolej-kolej di UKM bangi ni. Kolej ni jugak kolej terbesar. Kalau da terbesar penghuni pun ramai la. Kalau cerita pasal kafe pulak. Makanan dia sedap tapi ada sedikit mahal. Puas hati jugak lah. Nak cerita pasal prasarana ni memang tak habis la. KKM ni ada dewan besar, dewan banquet, bilik seminar, bilik konvensyen. Sampai dewan kuliah pun ada. Memang syok la. Ikutkan total jumlah blok kediaman KKM ni ad la 15 blok. 1 blok 6 aras. 1 aras ada 32 bilik. Dapat bayangkan tak betapa ramainya penghuni KKM ni.

Rasa dah jatuh cinta tinggal di KKM ni. Da tak nak tukar kolej lain da. Kolej ni susah nak dapat pasal kolej ni memang special. Kemudahan kat kolej ni cukup la. Kolej lain pun tak ada kemudahan seperti ni. Memang best la.

Salah 1 blok yg ada di KKM ni.


Ni la keadaan dalam DECTAR semasa aku janji.
Sebagai penutup bicara, aku berharap dan bercadang akan tinggal di KOLEJ KERIS MAS sampai aku graduate. Walaupun yuran bilik mahal & jauh dari fakulti, aku selesa tinggal di sini. Aku sayang KERIS MAS!!!...







5 comments:

  1. x penah wujud keris perak...

    antechno : tahu x sape keris mas ni???

    ReplyDelete
  2. keris mas ni sasterawan negara,. tk tahu lg ke? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu tak tahu... tp, skrg ni dah tahu... nama sebenar pun dah tahu... KM jugak... Kamaluddian Mohd...

      Delete
  3. salam.roomate mmg xsmestinye kos yg same ngan kite ya?

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...