Saturday, January 7, 2012

Hebat Hidup di UKM

Aku tak tahu lah nak cakap macam mana. Aku tulis kat blog ni pun sekadar nak kongsi keperitan yang aku dan rakan seangkatan Kolej Keris Mas UKM alami. Aku nak korang rasa sendiri kalau berada dalam situasi macam ni.

Semua sedia maklum yang pada bulan Januari ni adalah exam final semester di kebanyakkan universiti seluruh negara. Termasuklah universiti aku ni. Sebelum masuk dewan peperiksaan ni kena lah study dulu. Buat rivision. Supaya dalam exam ni dapat lah jawab.

Menjelang peperiksaan kebanyakkan kolej di UKM di landa kemarau. Hanya yang mengalami nya dapat merasai. Kemarau yang dimaksudkan ialah bekalan air di UKM hilang secara tiba-tiba. Entah mengapa? Atas sebab apa. Macam-macam cerita aku dengar. Itu pecah lah, ini pecah lah, nak betul kan inilah, nak betulkan itu lah. Ok, alasan diterima! Bila dah keluar perkara macam ni kita yang tinggal kat sini memang payah lah terukan hidup. Kalau setakat mandi dapat lah juga orang nak tahan tapi kalau urusan nak berhadas macam mana. Dah buat aduan pun air lambat sampai. Seminggu alaminya tanpa ada sebarang berita baik sehinggalah semalam.






Seperti kolej aku yang penghuni nya lebih kurang 2000 pelajar ni memang agak sukarlah. Bekalan air yang diperlukan memang banyak. Tapi apa yang di berikan memang terhad. Kadang-kadang lambat. Siapa cepat dia dapat!

Memandangkan musim peperiksaan ni memang agak mencabar untuk semua ini. Buang banyak masa mencari bekalan air. Setelah beberapa hari masalah berlaku tanpa ada khabar berita pihak PMUKM iaitu wakil pelajar UKM telah buat sesuatu dalam selesaikan masalah ini. Untuk maklumat tekan SINI. Ada juga kawan blogger yang lain buat andaian INI. Korang sendiri buat lah penilaian sendiri.

Selepas beberapa hari tiada bekalan air. Kini kafe KKM telah mengutuskan untuk menutup kafe atas alasan tiada bekalan air. Sebelum ni pun dia beroperasi pun memang amat perit. Semakin banyak sampah. Apa tidaknya semua bekas makanan guna polisterine dengan pelastik untuk bungkus air. Semakin banyak SAMPAH!

Bila dah kafe tutup dah bertambah lagi masalah iaitu mencari maknan. Memang banyak cabaran tinggal di kolej aku ni. Bayar paling mahal tapi macam-macam masalah berlaku. Nak selesaikan memakan masa yang lama.

Memang ramai yang kata kita semua patut bersabar. Banyak luahan diluahkan dalam facebook.

Mula-mula berita-berita baik kami terima. Seronok tak terhingga. Mau taknya da lama tak jumpa air. Bila dapat tahu air nak datang tu suka semacam. Tapi apabila berita buruk seperti ini:



Agak-agaknya apa yang korang rasa?


Banyak rungutan-rungutan yang aku baca. Antaranya.





Macam-macam rungutan dan cadangan. Masalah demi masalah hadapi. Kesian juga dengan JAKSA Kolej aku ni. Buat macam-macam asal kebajikan rakyat jelata KKM dapat teruskan hidup. Diorang pun ada kerja lain kan dengan nak final exam lagi tapi sanggup buat semua ni. Tapi tak tahu lah apa silap ni disebabkan semua ini berlaku. Harapan perkara seperti ini dapat diselesaikan secepat mungkin.


p/s : da berlaku macam ni nak study utk final pn dah tak dapat nak fokus pasal fikir nasib esok. Nak mandi kat mana. Nak makan kat mana. Hidup mesti diteruskan. Perjuangan masih berbaki lagi.

15 comments:

  1. eh, ingatkan sekarang dah makin pulih...?


    chill lah. ada hikmah di sebalik dugaan tuh.. mana tahu nanti result meletup ke.. :)

    ReplyDelete
  2. fuhh...sngsara gak ye?hehehe...
    apa nak cakap ek?
    x da jalan lain selain hanya SABAR. Kalau nk marah2 pun, bukannya air tu boleh turun
    mncurah2 dri langit, masuk tangki lepastu keluar dari paip tiba2 kan????

    ReplyDelete
  3. btl tu... itu je yg boleh ckp... sabar... ini adalah 1 pengalaman namenye... klu da terbiasa mcm ni, da tak terkejut sngt...

    ReplyDelete
  4. sabar...sabar..saberrrrr....

    Fikir positif plak selain negatif. Baru balance cas :)

    ReplyDelete
  5. kitorang pernah alami ketiadaan air time final gak rsenye.. byk2kn bersabar.. n keep fighting for ur final k!

    ReplyDelete
  6. haishh..apik pun tak tahu nak cakap camner..dulu masa belajar kat U..ader je takder air sebulan dua..memang perit jugak laa..

    ReplyDelete
  7. ini pengalaman pertama duk final exam kat u ditmbah cabaran dgn ketiadaan air yg ntah bila akn pulih semula...

    ReplyDelete
  8. lai lai lai datang ktho meh..
    sini ada air..hoho.
    sabo ye faizul..
    haritu kitorang tensi gak tp skrg alhamdulillah dah ada air~

    ReplyDelete
  9. wan pon ada buat entri pasal bekalan air terganggu dekat UKM. nasib baik Rahim Kajai ni sehari je x de air

    ReplyDelete
  10. untunglah kat Rahim Kajai sehari je. Keris Mas ni airnya kejap ada kejap tak ada. Macam chipmore.

    ReplyDelete
  11. kat u saye tak penah kene nih :)

    done follow jom hit back :)
    infieyonashoe.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. EM.x thu nk ckp ape.cme takziah sye ucpkn.nk follow tp internet lmbt skit.nnti kalo da lju sye follow .jom tngok blog sye
    h-nadiatul.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Tu la. Aku ajak masuk PALAPES ko x mau. Blok PALAPES constant ada air walaupun kecik, tp masa tu semua tmpt x de air.

    Alhamdulillah, skrg kolej aku dah stabil, x pyh pi bawah. Masjid dekat, nak turun kajang senang, fak dekat. Hahaha..

    >>>gurau je ea..jgn marah nnt kena jual. hehe (ayat p.ramlee.)

    ReplyDelete
  14. air takda budak2 salahkan jaksa,. padahal, jaksa pun sme2 tak mandi gak time takde air,. huhu

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...