Thursday, January 19, 2012

Lelaki Dan Novel

Dahulu Novel selalu di kaitkan dengan wanita. Hal ini kerana novel dulu banyak yang berkaitan dengan kisah cinta yang romantik dan ada nilai sentimental. Tapi, sekarang novel telah diterima oleh semua golongan sama ada lelaki atau perempuan, tua atau muda. Semua boleh terima kemunculan novel.

Terus terang aku cakap novel sekarang banyak genre. Tak macam dulu yang novel banyak tentang cinta atau pun "love story". Aku pun tak baca sangat novel yang berkaitan LOVE ni.

Kisah Aku Dan Novel

Aku mula berjinak dengan pembacaan novel ni sejak di Matrikulasi lagi. Sebelum  ni terus terang aku cakap, aku tak minat dengan baca novel. Aku kata novel ni tebal, bosan nak baca sampai habis. Sebab dulu, novel sastera komsas Melayu dengan English pun aku tak baca masa di sekolah. Lagi pula novel yang tebal. Lagi lah aku tak baca.

Aku minat pada novel ni pun selepas kawan aku, Sadam yang perkenalkan novel UNGU KARMILA karya Ramlee Awang Murshid masa pergi kedai buku POPULAR Terminal 1 Seremban. Aku percaya and then aku beli lah. Sampai je bilik aku baca. Tak sampai seminggu habis aku baca buku tu. Selepas tu aku terus beli dan cari novel karya RAM.

Sampai sekarang aku baca novel. Sekarang aku nak cuba baca buku karya penulis lain. Baru aneka bacaan.

Gambar hiasan yang aku dapat dari Pak Google.


Lelaki dan Novel

Aku ingat novel ni aku sorang je yang fanatik. Roomate aku masa di matrik pun baca juga. Lagi Fanatik dari aku. Novel yang jiwang punya. Aku minat yang thriller dengan islamik novel je. Tak tahu lah kalau akan datang macam mana kn?

Bila aku pergi kedai buku, ramai juga lelaki melekat di ruangan novel nak cari novel yang best. So, aku tak lah segan mana sebab ramai lelaki yang dah baca novel sekarang ni. Novel sekarang ni tak streotype macam dulu. Sekarang dah banyak genre. Sesuai untuk semua.

Pandangan Wanita Terhadap Lelaki Baca Novel

Pernah juga kawan perempuan kata kat aku yang dia terkejut tengok aku beli novel. Dia ingat lelaki tak baca novel ke. Sekarang dah banyak lah lelaki baca novel. Ingat perempuan je ke yang boleh baca novel? Lelaki pun boleh juga lah.

Ada juga perempuan yang tak sangka lelaki pun minat baca novel. Apa taknya dulu kan novel sononim dengan perempuan. Tapi sekarang tak ye. Semua golongan baca novel.

Kesimpulan

Sesungguhnya pembacaan novel adalah bermanfaat. Nak tahu sebab apa? Dalam novel kita boleh dapat bermacam ilmu. Bukan setakat cerita kosong yang kita dapat. Ilmu pengetahuan yang kita tak tahu pun kita jadi tahu dengan baca novel. Penulis novel ni pun bukan tulis novel dengan angan-angan semata-mata. Dia buat banyak rujukan sehingga terhasillah sebuah novel yang menarik.

Sebenarnya tak rugi kalau baca novel. Tapi, lagi rugi kalau tak baca novel. Banyak yang kita boleh belajar melaluinya. Jadi, bagi yang tak minat novel cuba lah untuk berjinak. Mesti jatuh cinta punya!

p/s : selepas ni nak cuba baca novel english. Nak mantapkan english aku yang tak mantap ni.

10 comments:

  1. sbagai seorang novelis... agak trharu bila ada lelaki buat pengakuan sebegini:')...(walau saya tidaklah brkecimpung dlm genre thriller).
    btw, saya dah agak... ini mesti penangan RAM. ramai dah org boleh berubah angin utk baca novel lepas baca karya RAM...

    *lepas ni trylah baca karya Bahruddin Bekri...penulis novel kehidupan, syarikat PTS. karya dia evergreen...mesejnya berat tpi penyampaian santai. baru page prtama dh boleh tergolek2 ketawa... tpi yg pasti, di akhir cerita beliau, biasanya akan ada 'ssuatu' yg saya dpt....

    ReplyDelete
  2. persamaan!! penangan RAM.
    Isma Haneefa, thanks suggestion. eh? hehe!

    ReplyDelete
  3. ada gak geng lelaki yg minat novel jiwang hingga saya semakin konpius. tapi tu dulu, sekarang sumenye ok.. hehh

    ReplyDelete
  4. myra pun tak gemar baca novel, klu baca novel komsas tu pun trpaksa hbis kan sbb cikgu sgt garang hehe. tp lpas disyorkan oleh kwan utk baca novel ombak rindu, myra mula jatuh hati dgn novel :) baca novel boleh mematang kita secara tk langsung dan bnyk benda boleh belajar drpd penulisan seseorng :)

    ReplyDelete
  5. Wahh..mnat bace novl jugak rupenye..cube bce pnulisan abdul latib talib pulak pasni..

    ReplyDelete
  6. ramlee awang murshid memang terbaikkkkkkkkk. ;)

    tag kamu sini. hee. http://farizafairuz.blogspot.com/2012/01/segmen-hobi-saya-blogwalkingfollow.html

    ReplyDelete
  7. pakjoe x penah pun bca novel lg 1 novel 1 pun x ada dlm blk pakjoe hehehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...