Hari ini terasa bosan. So, aku and beberapa geng tengoklah wayang kat Jusco Tebrau. Aku tengok Sumpahan Kum Kum pukul 3.10 petang sampai 4.40 petang. Ceritanya macam ni lah :
Sinopsis
Cerita ini bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat. Malu dengan keadaan rupanya lalu dia berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang larangnya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi kegilaan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.
Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Gadis sunti yang pertama yang dibunuhnya ialah Shima, dimana dia adalah anak kepada Mak Tom. Untuk membalas dendam Mak Tom telah membalas dendam dengan membunuh Mila. Dalam keadaan Mila yang nyawa-nyawa ikan dia sempat bersumpah yang dia akan menghapuskan semua keturunan Mak Tom yang sunti. Apa yang berlaku seterusnya? Tontonlah ceriya ini.
Pendapat Aku
1. Thriller : Tengok je memang dah seram dan memang aku nak merancang tengok filem ni kat wayang. Tak rugi tengok. Jalan cerita yang best. Tak perlu banyak teka. Dia akan ceritakan sampai habis.
2. Pelakon : Janagn cakap lah memang terbaik. Paling terbaik ialah pelakon kanak kanak tu. Ada scene kena lanyak dengan bapak dia. Taka sakit ke badan dia tu kena lanyak dengan Fezrul Khan.
3. Lokasi : Memang tepat. Nampak seram. Rasanya kalau aku nampak secara realiti tempat macam tu pun aku rasa seram jugak.
4. Senematografi & CGI : Ok la. Not bad. Make up semua jadi. Hantu tu memang jadilah seram dia. Terkejut-terkejut jugak aku dalam panggung tadi. CGI memang jadi lah. Make up. Ulat-ulat tu memang nampak menggelikan. Hantu mengerikan.
5. Jalan Cerita : Memang terbaik. Cacat cela kurang. Rasanya aku berpuas hati tonton cerita ni kat panggung. Plot cerita ni memang nampak satu persatu walaupun pada mulanya bermacam persoaln yang timbul. Kenapa, bagaimana semua keluar dalam kepala otak aku. Dah nak habis cerita ni semua terjawab. Pengakhiran cerita memang aku tak sangka jadi macam tu. Kemunculan hantu pun tak disangka.
Secara Keseluruhan
Cerita ini kalau di tonton kat wayang memang tak rugi sebab cerita ni memang best. Terpuas jugak hati aku nak tengok cerita hantu yang agak logik dan jalan cerita yang begitu menarik.
Kawan aku yang tengok sekali pun kata filem ni ok. Kalau filem hantu yang lain nampak serba serbi tak logik tapi cerita ni ok dan menarik.
Aku dapat bagi sehingga 7/10 markah je. Ini pun dah cukup baik aku bagi.
osah boto...mcm pengulas filem dah..hahahaha
ReplyDeleteosah boto...mcm pengulas filem dah..hahahaha
ReplyDeletecito-cito den tu ha nak jd penguleh filem...
ReplyDeletenape 7 je? komen dah gempak tapi bagi tujuh. huhu! rasa ragu2 pula tengok. ceh. akan tengok rabu depan! yeah!!!! :)
ReplyDeletebetul tu faizul, berbanding filem2 hantu yang lain, Kum Kum antara yang bagus la...cam Keramat tu hancur..haha..
ReplyDeletejemput baca review Kum Kum di kakiwayang.com juga...=)
woho..nak tengoklah!
ReplyDeletebez citer nie...jom kaki kaki wayang sekalian....
ReplyDeletehttp://aindzaya.blogspot.com/2012/01/rama-rama-sungguh-cantik.html mari my own opinion... camne? :D